Jika KEKAYAAN membuat orang BAHAGIA, tentunya ADOLT MERCKLE, orang TERKAYA dari JERMAN, tidak akan menyerahkan badannya ke KERETA API...
Jika KEMAHSYURAN membuat orang BAHAGIA, tentunya MICHAEL JACKSON, penyanyi TERKENAL di USA, tidak akan meminum UBAT TIDUR hingga OVERDOSE...
Jika KEKUASAAN membuat orang BAHAGIA, tentunya G. VARGAS, Presiden BRAZIL, tidak akan menembak JANTUNGNYA...
Jika KECANTIKAN membuat orang BAHAGIA, tentunya MARLIN MONROE, artis CANTIK dari USA, tidak akan meminum ALKOHOL dan UBAT DEPRESI hingga OVERDOSE...
Jika KESIHATAN bisa membuat orang BAHAGIA, tentunya THIERRY COSTA, Doktor terkenal dari PERANCIS, tidak akan membunuh dirinya akibat acara di TELEVISION..
Ternyata, BAHAGIA atau tidaknya hidup seseorang itu, BUKANNYA ditentukan oleh seberapa KAYA, FAMOUS, CANTIK, BERKUASA, SIHAT atau BERJAYA hidupnya.
Tapi yang membuat seseorang itu BAHAGIA adalah DIRINYA SENDIRI... mampukah dia MENSYUKURI semua yang sudah dimilikinya dlm segala hal.
"Kalau KEBAHAGIAAN boleh DIBELI, pasti orang² kaya akan MEMBELI KEBAHAGIAAN itu... kita tidak akan dapat KEBAHAGIAAN kerana sudah DI BORONG oleh merekα."
"Kalau KEBAHAGIAAN itu ada di suatu TEMPAT, pasti belahan lain di bumi ini akan KOSONG kerana semua orang akan kesana berkumpul dimana KEBAHAGIAAN itu berada ."
Untungnya KEBAHAGIAAN itu berada DI DALAM HATI setiap manusia.
Jadi kita tidak perlu MEMBELI atau pergi MENCARI KEBAHAGIAAN itu.
"Yang kita perlukan adalah HATI yang BERSIH dan IKLAS serta FIKIRAN yang JERNIH, maka kita boleh menciptakan rasa BAHAGIA itu bila2, dimana2 dan dalam apa jua keadaan pun."
KEBAHAGiAAN itu hanya dimiliki oleh "Orang² yang BERSYUKUR".
"JIKA KAMU TIDAK MEMILIKI APA YANG KAMU SUKAI, MAKA SUKAI LAH APA YG KAMU MILIKI SAAT INI"......
BER"SYUKUR" adalah suatu kemampuan yg boleh DIPELAJARI oleh siapapun...
Jumaat, 23 Januari 2015
Sabtu, 27 Disember 2014
237. Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) 2015
Panduan Pelaksanaan SPS 2015
Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) 2015. Download Garis Panduan SPS 2015 yang disertakan bersama Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bil 21. Sistem Pengurusan Sekolah akan dilaksanakan di semua Sekolah Harian di seluruh negara bermula 1 Januari 2015. Sistem SPS ini mengintegrasikan tiga sistem utama kementerian iaitu EMIS, e-Operasi dan APDM. Sistem Pengurusan Sekolah #SPS2015 boleh diakses melalui alamat apps4.moe.gov.my/sps.
PENGEMASKINIAN MAKLUMAT SEKOLAH, GURU DAN MURID
Semua urusan Pengemaskinian Maklumat perlu dilakukan terlebih dahulu mengikut bahagian-bahagian yang telah ditetapkan. Sebagai panduan untuk proses kemaskini maklumat, sila rujuk tetapan berikut
Modul Pengurusan Sekolah – EMIS
Untuk Perlaksanaan Pengemaskinian Maklumat berkaitan Sekolah
Modul Pengurusan Guru – eOperasi
Untuk Perlaksanaan Pengemaskinian Maklumat berkaitan Guru
Modul Pengurusan Murid – APDM
Untuk Perlaksanaan Pengemaskinian Maklumat berkaitan Murid
DOWNLOAD GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN SPS 2015
Pelaksanaan SPS 2015 adalah merujuk Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 21 Tahun 2014 - Panduan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah boleh Dimuat Turun di Panduan SPS 2015 - Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. #SPS2015
Isnin, 22 Disember 2014
Sabtu, 11 Oktober 2014
236. Tahniahh !!! Sejarah Tercipta Lagi... "WIRA TIMSS SMK TAMAN INDAH 2015"
"TIMSS adalah singkatan kepada Trends in International Mathematics and Science Study TIMSS diadakan bagi mengkaji penguasaan pelajar antarabangsa dalam subjek Matematik dan Sains sahaja. Dan juga TIMSS dilaksanakan 4 tahun sekali. Pada tahun ini pelajar Tingkatan dua dari sekolah SMK Taman Indah telah terpilih untuk mewakili Negara dalam pelaksanaan untuk mengkaji penguasaan pelajar antarabangsa dalam subjek Matematik dan Sains.
Bagi mencapai tahap penguasaan yang dikehendaki , pelajar-pelajar tingkatan dua telah diberikan latihtubi soalan-soalan yang telah dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran. Guru mata pelajaran Sains dan Matematik telah menyampaikan pengajaran dengan menggunakan audio dan video kepada pelajar untuk memudahkan pelajar memahami tajuk-tajuk yang yang akan diuji. Soalan-soalan yang diuji dalam ujian TIMSS ini merupakan soalan yang bearasaskan KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ).Dimaklumkan bahawa pelajar Tingkatan 2 Bersih dan 2 Cekap telah terpilih untuk mewakili sekolah SMK Taman Indah untuk menduduki ujian TIMSS yang akan dilaksanakan pada bulan 28 Oktober 2014.
" Pelajar dari dua kelas yang telah terpilih telah di beri gelaran sebagai ‘WIRA TIMSS’...
Sabtu, 4 Oktober 2014
235. Lawatan Mesra Dato' Pengarah JPNS , Dato' Hjh Kalsom binti Khalid
Kunjungan mesra Dato' Pengarah JPNS, Dato' Hhj Kalsom binti Khalid, ke SMK Taman Indah pada 2/10/2014. Terima kasih Dato' atas kunjungan tersebut. Semoga kehadiran Dato' memberi motivasi kepada kami semua untuk menjalankan tugas kami di bumi bertuah ini. Terima kasih atas kata-kata nasihat dan motivasi yang diberikan kepada anak-anak didik SMK TI..Tq, Dato' ..
Jumaat, 26 September 2014
Ahad, 14 September 2014
233. 25 TAHUN SMK TAMAN INDAH....
25 TAHUN SMK TAMAN INDAH....
SMK Taman Indah mula beroperasi pada hari Jumaat 1hb Disember 1989. Dan memulakan sesi persekolahan secara rasmi pada hari Isnin bertarikh 4hb Disember 1989...Pada 1hb Disember 2014 , genaplah 25 tahun usia SMK Taman Indah.Semoga SMK TI terus cemerlang menjadi sekolah bertaraf dunia..
Ahad, 31 Ogos 2014
232. SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN KE 57
SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN KE 57. SEMOGA NEGARA BANGSA MALAYSIA YANG TERBINA PADA 31 OGOS 1957 DAPAT TERUS DIWARISI OLEH GENERASI AKAN DATANG...KITA ADALAH PEWARIS BANGSA..MERDEKA!!! MERDEKA !!! MERDEKA !!
Ahad, 24 Ogos 2014
231. Program Ramah Mesra Merdeka Raya 2014 Peringkat Sekolah SMK Taman Indah...
Pada 23/8/2014, jam 10.30 pagi , SMK TI telah menganjurkan Program Ramah Mesra Merdeka Raya 2014 Peringkat Sekolah. Sambutan ini merupakan acara tahunan di SMKTI selain daripada aktiviti-aktiviti lain. Adanya anjuran program ini, ianya sedikit sebanyak dapat merelisasikan aspirasi negara yang termaktub dalam PPPM 2013-2025 iaitu membentuk warganegara Malaysia yang mempunyai nilia-nilai murni yang tinggi dan saling hormat menghormati di antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama. Selain dari itu, program ini diharapkan dapat merapatkan silaraturrahim di antara semua warga SMK Taman Indah. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Jawatan Kerja Jamuan Merdeka Ria 2014..
Sila layari FB SMK Taman Indah untuk melihat foto-foto yang menarik :
230. Program Gotong Royong Membakar Lemang dan Memasak Rendang 2014 Peringkat SMK TI...
Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya pada 22/8/2014 dari jam 3.00 pm hingga 9.00 pm. Diharapkan dengan mengadakan program seperti ini ianya dapat merapatkan lagi silaturahim di antara semua warga sekolah samada guru , staf sokongan , pekerja swasta , pengawal keselamatan serta murid-murid sekolah. Program ini sedikit sebanyak merealisasikan aspirasi negara yang terkandung dalam PPPM 2013-2025 melahirkan warganegara yang mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Jawatan Kerja Lemang dan Rendang 2014..
Sila layari FB SMK Taman Indah untuk melihat foto-foto yang menarik :
229. Program Ceria Merdeka 2014 Peringkat Sekolah SMK TI..
Salah satu resipi kejayaan murid ialah keceriaan sekolah. Dengan persekitaran yang bersih dan ceria, dapat menarik minat murid hadir ke sekolah seterusnya berasa seronok untuk belajar. Atas maksud tersebut, sempena bulan merdeka 2014 SMK Taman Indah telah melancarkan Program Ceria Merdeka 2014 di mana semua kelas menceriakan kelas masing-masing dengan bantuan guru kelas. Program ini telah dilancarkan pada 18/8/2014..Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid serta guru kelas atas kerja sama yang diberikan bagi menjayakan program ini..
Sila layari FB SMK Taman Indah untuk melihat foto-foto yang menarik :
Selasa, 19 Ogos 2014
Khamis, 14 Ogos 2014
Sabtu, 9 Ogos 2014
Jumaat, 8 Ogos 2014
Isnin, 21 Julai 2014
222. Bahan Kursus GPKHEM - Pelan Intervensi dan OPPM
DI BAWAH DISERTAKAN BAHAN KURSUS GPKHEM DAERAH TAMPIN 2014
UNTUK RUJUKAN GURU SMK TAMAN INDAH:
UNTUK RUJUKAN GURU SMK TAMAN INDAH:
NOTA:
SETIAUSAHA UNIT HEM SMK TI DIMINTA MEMUATTURUN BAHAN DI ATAS SEBAGAI RUJUKAN UNTUK MEMBINA PELAN INTERVENSI DAN OPPM UNIT MASING-MASING. SEKIAN TERIMA KASIH.





































































