SMK TAMAN INDAH MENUJU KELAS DUNIA...SMKTI KEBANGGAAN KAMI..CEMERLANG SMKTI!! ORANG YANG CEMERLANG MELIHAT SETIAP HALANGAN SEBAGAI PELUANG UNTUK MENGASAH POTENSI, MANAKALA ORANG YANG TIDAK CEMERLANG MENGANGGAP SETIAP HALANGAN SEBAGAI ALASAN YANG MENYEBABKAN KEMUNDURANNYA..JADILAH ANDA SEORANG YANG BERFIKIRAN CEMERLANG....!

http://picasion.com/
“Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada Allah dan tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah."

Ahad, 20 Jun 2010

37. Skop Perkhidmatan Kawalan Keselamatan dan Kebersihan Kawasan

Berikut adalah skop perkhidmatan kawalan keselamatan dan perkhidmatan kebersihan kawasan untuk rujukan pihak sekolah, kontraktor dan Pejabat Pelajaran Daerah:
(i).Muat turun skop perkhidmatan kawalan keselamatan.
(ii).Muat turun skop perkhidmatan kebersihan kawasan.

Khamis, 10 Jun 2010


Jumaat, 4 Jun 2010

36. 3K(Kesihatan Mental & Rohani)- Kursus Program Penghayatan Al Quran



Jumaat, 3hb Jun 2010-Seramai 38 orang pelajar SMKTI telah menghadiri Program Penghayatan Al-Quran anjuran Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Inst. Tahfiz Al-Quran, Gemencheh. Program ini berjalan selama 2hari satu malam iaitu bermula dari 3hb Jun hingga 4hb Jun 2010. Sambutan sangat menggalakkan dari kalangan pelajar.Tahniah diucapkan kepada Panitia Pendidikan Islam kerana berjaya menganjurkan program ini. Dan diucapkan ribuan terimakasih kepada fasilitator-fasilitator Inst. Tahfiz Al-Quran, Gemencheh atas kerjasama yang diberikan. Semoga program ini diteruskan untuk masa-masa akan datang. Dan terimakasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

35.3K(Kesihatan)-Pelalian virus HINI


Jumaat,4hb Jun 2010-Bertempat di Pejabat Pelajaran Daerah Tampin telah diadakan program suntikan pelalian virus HINI dengan kerjasama Pusat Kesihatan Tampin. Sasaran program ini terhad kepada 40 orang pihak pengurusan sekolah yang berhampiran PPD Tampin. SMK Taman Indah diwakili oleh Tuan Pengetua, Pn Soon Loi Thai dan GPKHEM iaitu En. Mohammad b Said.Banyak kebaikan program ini.Diharapkan program ini dipanjangkan kepada semua guru-guru dan staf sokongan sekolah-sekolah di PPD Tmpin.

Khamis, 3 Jun 2010

34.Taklimat Pencegahan Ponteng 2010 kali 1-Bersama Agensi Kerajaan


TAKLIMAT PENCEGAHAN PONTENG 2010 KALI 1
Tarikh: 03 Jun 2010(Kamis)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: PPD Tampin
Anjuran: Unit HEM, PPD Tampin
Operasi ini menglibatkan sekolah-sekolah menengah sekitar Pekan Tampin. Antara yang dijemput hadir ke taklimat ini ialah GPKHEM, kaunselor sekolah , ibu ayah angkat sekolah terbabit ( Polis Diraja Malaysia) dan Penguatkuasa Majlis Daerah Tampin. Sekolah-sekolah yang terbabit ialah SMK Taman Indah, SMK Syed Idrus, SMK Tunku Besar Tampin, SMK Sultan Mansor Syah dan SMK Pulau Sebang. Selain menubuhkan Pasukan Bertindak Menangani Ponteng Sekolah , perjumpaan ini juga mengeratkan hubungan dan kerjasama antara pihak sekolah, PPD Tampin serta agensi-agensi kerajaan terutamanya PDRM dan Penguatkuasa Majlis Daerah Tampin.
================================================================
KAWASAN-KAWASAN STRATEGIK DAN BERISIKO
YANG DIPANTAU