Sabtu, 3 Disember 2011

105.Pendaftaran Murid Tingkatan Satu 2012

=========================================
PENDAFTARAN MURID TINGKATAN SATU 2012
===========================================
TARIKH: 3HB dISEMBER 2012
HARI: SABTU
MASA: 9.00 - 12.30 PM
TEMPAT: SMK TAMAN INDAH


Jumaat, 2 Disember 2011

104. Buku panduan Himpunan kes-kes Tatatertib

Senua Guru dan Staf  Sokongan SMK Taman Indah.
Bersama-sama ini disertakan Buku Panduan terbitan Jabatan Perkhidmatan Awam (Himpunan Kes-Kes Tatatertib) untuk makluman tuan/puan. Sila rujuk lampiran yang disertakan.
Harap maklum

Selasa, 22 November 2011

103. Tahniah dan Syabas SMKTI ! Tempat ke 5 Peringkat Kebangsaan dalam Pertandingan Mural MUFORS 2011

=======================================
PERTANDINGAN MURAL MUFORS
SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2011
==============================================
TAHNIAH DAN SYABAS !!! SMKTI BERJAYA MENDAPAT TEMPAT KE 5 DAN MENGONDOL WANG TUNAI SEBANYAK RM5000
TARIKH: 21HB NOVEMBER 2011
TEMPAT:DEWAN BANKUET, PERSADA PLUS , SUBANG JAYA
[ Nota: Untuk melihat lebih banyak gambar, sila klik link ini 

Khamis, 17 November 2011

102. Majlis Penyampaian Bantuan Khas RM100

=====================================
MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KHAS
=====================================
TARIKH: 17HB NOV. 2011
HARI: KHAMIS
JAM: 11.00 PAGI

DIRASMIKAN OLEH:
YB DATO' MOHD KAMIL BIN ABD AZIZ
ADUN GEMENCHEH
 

Jumaat, 11 November 2011

101. Lawatan Penanda Aras ke SMK Rahmat, Kuala Sungai Baru, Melaka

=========================================
LAWATAN PENANDA ARAS KE
SMK RAHMAT, KUALA SUNGAI BARU, MELAKA
=========================================
TARIKH: 11.11.2011
HARI: JUMAAT
MASA: 9.00-12.00 TENGAHARI


PERSONAL: PENTADBIR (4 ORANG)
KETUA BIDANG (4 ORANG)
GURU CEMERLANG (6 ORANG)
KAUNSELOR ( 2 ORANG)

Objektif:
1.Mendedahkan personal ke arah tadir yang baik.
2.Melihat cara-cara P&P yang kini agar dapat diaplikasikan di SMK Taman Indah pada 2012
3.Memotivasikan personal ke arah meningkatkan kualiti pendidikam di SMK Taman Indah.
4.Pembangunan modal insan ke arah melahirkan budaya cemerlang dan semangat sepasukan dikalangan warga sekolah ke arah budaya berpretasi tinggi.
5.Memenuhi impian dan aspirasi sekolah menjadi sekolah terbilang di Daerah Tampin melalui penghasilan PMR dan SPM.




Sabtu, 5 November 2011

100. Majlis Persaraan Pn. Hjh. Rohana bt Hj. Wahab

===========================================
MAJLIS PERSARAAN
PN. HJH. ROHANA BT HJ WAHAB
"BUDI DIJUNJUNG JASA DISANJUNG"
=========================================
TARIKH: 1HB NOVEMBER 2011
HARI: SELASA

Rabu, 19 Oktober 2011

99. Program Kempen Anti Buli Peringkat NS

====================================
PROGRAM KEMPEN 
ANTI BULI DI SEKOLAH
PERINGKAT NEGERI SEMBILAN
==================================
Tarikh:  18 Oktober 2011
Hari: Selasa
Anjuran: Jabatan Pelejaran Negeri Sembilan
Tempat: Dewan Serbaguna Polis IPD Tampin
Perasmian Penutup: YBhg Tuan Abd. Halim b Abd Razak 
 Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan

Khamis, 13 Oktober 2011

98. Seminar Merekayasa Pengurusan Disiplin

==================================================
SEMINAR MEREKAYASA PENGURUSAN DISIPLIN
GURU-GURU GPK HEM SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH NS 2011
=========================================================
TARIKH: 12-13 HB OKTIBER 2011
TEMPAT: HOTEL ALLSON KLANA, NILAI
                                                                                              
MASA/
TARIKH
2.00-4.00pm
4.00pm
4.30-5.30pm
7.00pm
8.00-10.30pm
12/10/2011
Pendaf./Taklimat Peng. HEM/Buku Teks
MINUM
Taklimat Pengurusan HEM/Disiplin dan Kebajikan
MAKAN MALAM
Ucap utama Pengarah NS/Mesyuarat Agong Jk Permuafakatan  GPKHEM
MASA/
TARIKH
7.30-
8.30am
8.30 – 10.30am
10.30 – 11.0am
11.00-1.00pm
1.00 PM
13/10/2011
SARAPAN PAGI
Merekayasa pengurusan disiplin di sekolah oleh Muhamad Fuzi b Mohd Nor dari KPM
KUDAPAN
Merekayasa pengurusan disiplin di sekolah oleh Muhamad Fuzi b Mohd Nor dari KPM
MAJLIS PENUTUP

Jadual Seminar
 Sila muat turun bahan  seminar di bawah:-

Ahad, 2 Oktober 2011

97.Manual Prosedur Kerja Sekolah Menengah Malaysia

*************************************************************
MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA
**************************************************************
Berikut adalah Manual Prosedur Kerja Sekolah Menengah Malaysia  untuk dikongsikan bersama-sama rakan guru SMKTI. Rakan-rakan guru boleh mengklik ikon di bawah untuk memuat turun bahan sebagai  rujukan bersama:


Sabtu, 1 Oktober 2011

94. SMKTI After Rebranding 2011..

===================================================
PANORAMA  SMKTI  SELEPAS PENJENAMAAN SEMULA 2011
==================================================

Jumaat, 30 September 2011

97. Jadual Peperiksaan PMR 2011



JADUAL PEPERIKSAAN PMR 2011
TARIKH
MATAPELAJARAN 
MASA
04/10/2011
(SELASA)
Bahasa Melayu Kertas 1
08.10 – 09.10am
Bahasa Melayu Kertas 2
09.50 – 11.50am
Pendidikan Islam Kertas 1
02.30 – 04.30pm
05/10/2011
(RABU)
Bahasa Inggeris Kertas 1
08.10 – 09.10am
Bahasa Inggeris Kertas 2
09.50 – 11.20am
Geografi Kertas 1
02.30 – 03.45pm
06/10/2011
(KHAMIS)
Science Kertas 1
08.10 – 09.10am
Science Kertas 2
10.30 – 12.00pm
Sejarah Kertas 1
02.30 – 03.45pm
10/10/2011
(ISNIN)
Mathematics Kertas 1
08.10 – 09.45am
Mathematics Kertas 2
10.40 – 12.25pm
Kemahiran Hidup Bersepadu
02.20 – 03.50pm
11/10/2011
(SELASA)
Bahasa Cina Kertas 2
Bahasa Tamil Kertas 2
08.10 – 10.10am
Bahasa Cina Kertas 1
Bahasa Tamil Kertas 1
11.10 – 12.10pm




Khamis, 29 September 2011

95.Majlis Persaraan Pengetua, Puan Soon Loi Thai

**************************************
MAJLIS PERSARAAN  PN. SOON LOI THAI
*****************************************
TARIKH: 28HB SEPTEMBER 2011
HARI: RABU 

Khamis, 21 Julai 2011

92.Mesyuarat dan Taklimat Pengurusan Bantuan Persekolahan JPNS

===============================================
MESYUARAT DAN TAKLIMAT  PENGURUSAN
BANTUAN PERSEKOLAHAN
JPNS
==========================================
TARIKH: 18 HINGGA 20 JULAI 2011
TEMPAT: ROYAL PUTERI BEACH RESORT, MELAKA


91.Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia

=============================
LARIAN SERENTAK
1MURID 1SUKAN
1MALAYSIA
==========================
TARIKH: 2 JULAI 2011
HARI: SABTU
JAM:7.00 PAGI




Rabu, 29 Jun 2011

Isnin, 27 Jun 2011

89. Program Bersama Polis

=======================================
PROGRAM BERSAMA POLIS IPD TAMPIN
========================================
Tarikh: 27hb Jun 2011
Hari: Isnin
Masa:9.00 - 11.00 am
Tempat: Makmal Komputer, SMK Taman Indah
Turut hadir:
Cif. Inspektor Puan Puspa Rani a/p Pavalani
Inspektor Ezwandy b Mad Lajis
 

Ahad, 15 Mei 2011

88.Selamat Hari Guru 2011 - Terimakasih Cikgu

Di Perkebunan Ilmu Guru
Dalam perjalanan hidup
melalui perkebunanmu
pohon merendang redup
harum membunga ilmu

Mengisi makna wawasan
agenda inti pendidikan
lorong berliku payah
di perkebunan lebat buah
pengetahuan di julai pohon
minta dipetik semasa rimbun

Kelesuan budaya membaca
cabaran kepadamu guru
anak murid dan pelajar
tidak akan menjadi pintar
jika tidak membaca segala
dan menapis mentafsir
pancaran mata akal bijaksana.

Sesekali kulihat kesibukan
di ladang perkebunanmu
timbunan kertas dan buku
pen merah dan pen biru
silih berganti menanda kata
salah dan betul pada angka.

Di sini kenangan mengimbau
tika melangkah Tahun satu
ke Tahun Enam telah terjangkau
begitu juga di Tingkatan Satu
Tingkatan Lima mendewasakan aku.

Di perkebunan ilmu guru
masih banyak yang belum kutahu.
(Hasil: Ami Masra, UKM Bangi)

Lagu ini ditujukan khas untuk semua guru SMKTI:

Khamis, 28 April 2011

87. Kursus Sehari SSDM dan SMM Untuk GPKHEM

===============================
KURSUS SEHARI SSDM DAN SMM
UNTUK GPKHEM DAERAH TAMPIN
==============================
TARIKH: 26 APRIL 2011
MASA: 8.00 PAGI - 2.00 PETANG
TEMPAT: PUSAT KECEMERLANGAN DARUL FALAH
PPD TAMPIN 
ANJURAN:
PPD TAMPIN

86. Operasi SC ( Sport Check )

=========================================
OPERASI SC ( SPORT CHECK)
==========================
TARIKH: 25HB APRIL 2010
TEMPAT: TAPAK PERHIMPUNAN
MASA:7.40AM  -  8.20 AM (WAKTU PERHIMPUNAN PAGI)
Anjuran:
LEMBAGA DISPLIN DAN PENGAWAS
DENGAN KERJASAMA 
SEMUA GURU SMKTI

Ahad, 17 April 2011

85. Fail Meja Pengurusan Hal Ehwal Murid SMKTI

FAIL MEJA PENGURUSAN HEM
Berikut adalah Fail Meja Pengurusan Hal Ehwal Murid SMKTI untuk dikongsikan bersama-sama rakan guru SMKTI. Rakan-rakan guru boleh mengklik ikon di bawah untuk memuat turun bahan sebagai  rujukan bersama:

Fail Meja Pengurusan HEM

Isi Kandung Fail Meja:
1.0 Pengurusan Disiplin
2.0 Pengurusan SPBT
3.0 Pengurusan Kantin
4.0 Pengurusan Bimbingan Kaunseling
5.0 Pengurusan Keselamatan
6.0 Pengurusan Kesihatan
7.0 Pengurusan Biasiswa
8.0 Pengurusan RIMUP
9.0 Pengurusan Kooperasi
10.0 Pengurusan HEM
11.0 Pengurusan Asrama
12.0 Pengurusan Kebajikan
13.0 Pengurusan SMM

Jumaat, 15 April 2011

84. Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 21

=============================================================
MESYUARAT AGUNG PIBG &
PENYAMPAIAN HADIAH KECEMERLANGAN
PELAJAR
KALI KE 21
2011
=========================================================
TARIKH: 24 MAC 2011(KHAMIS)
MASA : 2.00 PETANG
TEMPAT ; DEWAN SMKTI
Perasmian dan Penyampaian Hadiah Oleh:
TN. HJ. MAD ARIS BIN AZIS
PPD TAMPIN

Sabtu, 26 Mac 2011

Jumaat, 11 Mac 2011

82.Road Show "Hati ke Hati"...

.==================================
ROAD SHOW
"HATI KE HATI"
==================================
Tarikh: 8 Mac 2011
Masa: 8.00 am - 1.00 tengahari
Tempat: Dewan SMk Tunku Besar Tampin
(40 orang pelajar SMKTI terlibat dalam program ini)
Anjuran:
PPD Daerah Tampin dengan kerjasama MAPAN

Objektif Program:
  1. Melahirkan generasi yang mempunyai fitrah insan yang mampu mengharungi segala cabaran dan tribulasi dunia globalisasi masa kini.
  2. Menyeramakkan sikap prihatin, penyayang serta bertanggungjawab kepada diri,keluarga,masyarakat,agama dan Negara.
  3. Dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan peserta.

Sabtu, 19 Februari 2011

81. Majlis Persaraan Puan Noraini bt Salim

===============================================
MAJLIS PERSARAAN PUAN NORAINI BINTI SALIM
==============================================
TARIKH: 19FEBRUARI 2011


MASA: 7.30 PAGI

TEMPAT: ASTAKA SMKTI

Khamis, 17 Februari 2011

80.SMK Taman Indah Tampin Masuk ‘THE MALAYSIA BOOK OF RECORDS


TAMPIN : 14 Feb – Dengan jumlah keseluruhan lukisan 12,420 logo 1 Malaysia, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Indah, Tampin, Negeri Sembilan telah berjaya melakar nama dalam The Malaysia Book Of Records untuk ‘The Most Number of  1 Malaysia Logo in the School Premises’.
Pencapaian tersebut membuktikan bahawa wujudnya perpaduan dan kerjasama yang erat diantara warga sekolah yang terdiri dari perbagai kaum dan paling utama para palajar yang menunjukkan semangat menyayangi sekolah dan memahami erti konsep 1 Malaysia.
Menteri Besar Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad Hj. Hasan ketika berucap merasmikan Majlis Pengiktirafan  Bilangan Logo 1 Malaysia terbanyak di Premis Sekolah tersebut  berasa amat berbangga dan memuji semua pihak yang terlibat menjayakan aktiviti cemerlang ini.
Beliau menyifatkan segala usaha yang dilakukan dan kejayaan yang dicapai membuktikan betapa pentingnya kerjasama dan kemuafakatan yang erat antara kaum dan bertepatan bila aktiviti ini dilaksanakan diperingkat sekolah lagi kerana ianya dapat memupuk rasa cintakan negara juga kesedaran awal menjaga kesejahteraan masyarakat.
Menteri Besar berharap dapat menjadikan Negeri Sembilan sebagai ‘Lembah Ilmu’ dan untuk tujuan itu pelan perancangan telah dibuat terutama dengan memberi peluang kepada beberapa universiti utama yang ada di negara ini untuk beroperasi dan membuka kampusnya di Negeri Sembilan.
Pada majlis ini Menteri Besar  telah mengumumkan sumbangan dari kerajaan negeri sebanyak RM 25,000-00 kepada tabung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Taman Indah.
Turut hadir, Dato’ Zainab bt Nasir, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan, merangkap Pengerusi  Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Masyarakat dan Tuan Abdul Halim bin Abdul Razak selaku Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan.

Isnin, 14 Februari 2011

79. Majlis Pengiktirafan The Malaysia book Of Records

=============================================================
MAJLIS PENGIKTIRAFAN THE MALAYSIA BOOK OF RECORDS-
"THE MOST NUMBER OF 1MALAYSIA LOGO IN THE SCHOOL PREMISES" 

==============================================================

TARIKH: 14 FEBRUARI 2011
MASA: 2.00 PETANG HINGGA 5.00 PETANG
TEMPAT: ASTAKA SMKTI

DISEMPURNAKAN OLEH:
YAB DATO' SERI UTAMA HJ MOHAMAD BIN HJ HASAN
MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN

1.0 PENDAHULUAN
Gagasan 1Malaysia merupakan pendekatan untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan,kemajuan,dan pembangunan rakyat dan negara Malaysia. Gagasan ini diperkenalkan oleh Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abd. Razak, agar aspirasi negara untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2010 tercapai.

Sehubungan itu, Projek 1Malaysia telah dirancang oleh pihak sekolah demi mencapai matlamat yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri kita. Salah satu aktiviti di bawah Projek 1Malaysia yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2010, iaitu melukis dan mengecat lima ribu Logo 1Malaysia telah berjaya mencatat nama dalam The Malaysia Book of Records sebagai "THE MOST NUMBER OF 1MALAYSIA LOGO IN THE SCHOOL PREMISES".

2.0 MATLAMAT
Majlis ini bertujuan untuk meraikan kejayaan semua warga sekolah yang telah bertungkus-lumus dalam usaha melukis dan mengecat Logo 1Malaysia sehingga mencatat nama dalam The Malaysia Book of Records sebagai "THE MOST NUMBER OF 1MALAYSIA LOGO IN THE SCHOOL PREMISES".

3.0 OBJEKTIF
3.1 Mempamerkan budaya 1Malaysia yang telah dibentuk dalam kalangan warga sekolah.
3.2 Memupuk semangat kesamaan dan kekitaan dalam kalangan guru-guru,ibubapa,murid-murid, dan masyarakat setempat selaras dengan Gagasan 1Malaysia.
3.3 Meningkatkan pensefahaman dan perpaduan antara murid pelbagai kaum.

4.0 KUMPULAN SASARAN
Semua warga SMK Taman Indah , ibubapa, dan masyarakat setempat.

3.0 JAWATANKUASA INDUK
Penasihat: Tn. abdul Halim b Abdul Razak (Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan)
Penasihat: Tn. Hj. Mad Aris b Aziz (Pegawai Pelajaran Daerah Tampin)
Pengerusi Bersama:
1.Pn. Soon Loi Thai (Pengetua SMK Taman Indah)
2.En. Hashim b Sulaiman (Yang di-Pertua PIBG)
Tim.Pengerusi:En.Abd.Aziz bin Abd Rahman (GPK 1)
Naib Pengerusi:
1.En. Mohammad b Said (GPK HEM)
2.En. Hamzah bin Md Yazid ( Menanggung Kerja PK KOKO)
Pengurus Majlis:Cik Hjh Nor Azizah bt Ismail
Setiausaha: Cik Tan Soo Shin
Bendahari:En Tan Eng Chon
AJK:
Ketua Unit Perhubungan & Pendaftaran JPNS
Ketua Unit Pembangunan & Bekalan JPNS
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri
Setiausaha Majlis Daerah Tampin
Pegawai Daerah Tampin
Ketua Polis Daerah Tampin
Pengurus Tenaga Nasional Berhad Daerah Tampin
Pegawai Penerangan Daerah Tampin
Pengurus Syarikat Air Negeri Sembilan (Tampin)
Jurutera JKR Daerah Tampin
Pegawai Kesihatan Daerah Tampin
Pegawai Bomba dan Penyelamat Daerah Tampin
Pengerusi JKKK kampung Repah
Timbalan YDP PIBG SMK Taman Indah

4.0 ATURCARA
2.00 petang:Ketibaan Ibu bapa/Penjaga
2.30 petang:Ketibaan Para Jemputan
2.40 petang:Ketibaan Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan
2.50 petang:Ketibaan ADUN-ADUN
3.00 petang:Ketibaan Tetamu Kehormat Menteri Besar Negeri Sembilan
-Persembahan Tarian Singa
-Nyanyian Lagu Negaraku
-Bacaan Doa
-Persembahan 
-Deklamasi Sajak 1Malaysia
-Tarian 1Malaysia
-Ucapan Pengetua
-Ucapan YDP PIBG
-Ucapan Menteri Besar Negeri Sembilan
-Penyampaian Hadiah
-Penyampaian Cenderamata
-Lawatan ke Pameran 1Malaysia dan Taman herba 1Malysia
5.00 Jamuan/Bersurai

5.00 PENUTUP
Majlis Pengiktirafan ini akan berjaya dan penuh bermakna dengan penglibatan yang beriltizam daripada semua pihak. Majlis ini diharap dapat membantu mencapai misi dan visi sekolah serta merealisasikan matlamat negara.

SILA KLIK GAMBAR DI BAWAH :