RASIONAL
Dalam sistem pendidikan Negara penekanan terhadap pemupukan disiplin diri amat diutamakan. Melaluinya akan lahirlah generasi yang sempurna dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Selaras dengan hasrat pendidikan negera, maka perancangan teliti perlu bagi memastikan sekolah melahirkan anggota masyarakat yang mempunyai sahsiah diri dan bersedia memikul tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara pada masa depan.
MATLAMAT
Membina sahsiah pelajar yang baik melalui penerapan nilai-nilai murni serta melahirkan pelajar yang bertanggungjawab dan sedia menerajui kepimpinan masyarakat dan negara.
OBJEKTIF
1. Melahirkan pelajar yang berdisiplin dan bertanggungjawab serta sedia
mematuhi peraturan dan undang-undang sekolah setiap masa.
2. Meningkatkan disiplin pelajar sebagai pelajar sebagai asas mencapai
kecemerlangan bidang kurikulum dan ko-kurikulum.
3. Membentuk pelajar berakhlak mulia dan menyanjung budaya pelbagai bangsa.
4. Sentiasa berbangga, memelihara dan mengutamakan imej sekolah di mata
masyarakat.
5. Membentuk pelajar yang menghargai persekitaran, harta benda dan kebersihan
sekolah.
6. Melahirkan para pelajar yang perihatin terhadap keharmonian antara pelbagai
kaum, budaya dan agama.
VISI
* Ke arah membina dan memantapkan disiplin pelajar melalui pengenalan dan
penguatkuasaan peraturan sekolah yang berkesan, adil dan berterusan.
* Membentuk pelajar yang beriltizam dan berkeyakinan terhadap diri sendiri serta
bersedia menghadapi kehidupan bermasyarakat.
MANUAL BIDANG DISIPLIN:
TATACARA MURID
* Murid mestilah memiliki Buku Panduan Disiplin Sekolah dan memahami
sepenuhnya.
* Sedia mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan.
* Menghindari segala bentuk salah laku dan pelanggaran disiplin sekolah.
* Berhubung dengan para guru atau kaunselor jika menghadapi masalah.
* Bekerjasama dengan melaporkan segala pelanggaran peraturan sekolah.
* Menerima dan memahami segala hukuman yang diputuskan oleh Badan
Disiplin sekolah.
* Mengambil teladan dan pengajaran terhadap hukuman yang diterima serta
berazam tidak mengulanginya.
TATACARA GURU
* Memahami segala peraturan sekolah dan bersedia melaksankannya.
* Memantau dan prihatin terhadap segala salah laku murid.
* Mengambil tindakan mengikut kesuaian kesalahan murid.
* Mematuhi prosedur tindakan mengikut bidang kuasa yang diberi.
* Merekod atas tindakan yang diambil
* Bekerjasama dengan guru disiplin/Kaunselor dalam mengatasi masalah disiplin
murid.
* Menunjuk contoh atau menjadi ’rule model’ kepada murid.
TATACARA IBU BAPA
* Mengambil tahu dan turut memahami segala peraturan sekolah.
* Mengadakan perjumpaan dangan guru bagi mengetahui perkembangan anak.
* Bersedia ke sekolah jika dihubungi.
* Bekerjasama dalam mengatasi masalah disiplin anak-anak.
* Bersedia menerima hukuman oleh pihak sekolah terhadap anak.
* Menunjukkan contoh atau menjadi ’rule model’ kepada anak.
* Menganggotai mana-mana jawatankuasa diperingkat sekolah.
KRETERIA SALAH LAKU PELAJAR
1. Tingkahlaku Jenayah
• Mencuri
• Melawan/mengancam/mencederakan guru/pengawas/murid
• Memeras ugut
• Membuli/pelancoan
• Menganggotai kumpulan haram
• Menyalahgunaan dadah
• Membawa senjata merbahaya
• Mencabul kehormatan
• Menceroboh bilik-bilik khas/asrama
• Menunjuk perasaan/menganggu ketenteraman
• Bertaruh/berjudi
2. Tingkahlaku Lucah
• Bercumbu-cumbuan
• Berkhalwat
• Membawa bahan-bahan lucah
• Mengintai murid perempuan/lelaki
• Mengeluarkan kata-kata dan tingkahlaku lucah
• Melukis atau menulis perkataan/gambar lucah
3. Kekemasan Diri
• Berambut panjang/fesyen keterlaluan dan mewarnakan rambut
• Berkuku panjang
• Bermisai dan berjanggut
• Memakai barang perhiasan keterlaluan
• Berpakaian yang tidak kemas / lengkap
4. Tidak Mementingkan Masa
• Berkeliaran di kawasan sekolah
• Datang lewat ke sekolah / perhimpunan
• Makan di kantin luar masa rehat
• Melepak
5. Kurang Sopan dan Biadap
• Tidak menghormati/berkelakuan kasar terhadap guru/pengawas dan murid
• Berbahasa kesat
• Menyimpan/mengedar/menghisap rokok
• Menganggu pengajaran dan pembelajaran
• Tidak menghormati bacaan doa
• Tidak menghormati lagu kebangsaan dan lagu negeri
6. Tingkahlaku Musnah
• Merosakkan harta benda sekolah
• Merosakkan harta benda pengetua/guru
• Merosakkan harta benda kantin
• Merosakkan harta benda murid
7. Perbuatan Tidak Jujur / Menipu
• Menipu yang melibatkan wang
• Menipu yang melibatkan kepercayaan
8. Ponteng
• Ponteng sekolah
• Ponteng kelas
• Ponteng perhimpunan
• Ponteng kegiatan ko-kurikulum
• Ponteng ujian
• Ponteng peperiksaan
• Ponteng ”Private Study”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan