SMK TAMAN INDAH MENUJU KELAS DUNIA...SMKTI KEBANGGAAN KAMI..CEMERLANG SMKTI!! ORANG YANG CEMERLANG MELIHAT SETIAP HALANGAN SEBAGAI PELUANG UNTUK MENGASAH POTENSI, MANAKALA ORANG YANG TIDAK CEMERLANG MENGANGGAP SETIAP HALANGAN SEBAGAI ALASAN YANG MENYEBABKAN KEMUNDURANNYA..JADILAH ANDA SEORANG YANG BERFIKIRAN CEMERLANG....!

http://picasion.com/
“Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada Allah dan tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah."

Ahad, 22 September 2013

180. Nasihat Buatku dan Anak-anakku.........

Wahai anakku,
Janganlah engkau meminta sesuatu jawatan, kerana ianya akan menyusahkan kamu nanti di akhirat. Sedang kamu tiada kekuatan untuk memikulnya. 

Wahai anakku, 
Andainya manusia faham betapa beratnya hisaban Allah ke atasnya di akhirat, dan ia akan ditanya semua yang ada dibawah tanggungannya dan apa yang diamanahkan kepadanya, nescaya manusia akan lari daripada bebanan jawatan itu. 

Wahai anakku,
Apakah kekuatan yang kamu ada untuk berhadapan dengan hisaban satu persatu di akhirat nanti. Kerana itu, janganlah engkau berdukacita seandainya kamu tidak dibebankan dengan sebarang jawatan, kerana itu adalah keringanan Allah ke atas kamu. Bersyukurlah bilamana kamu mendengar berita gembira itu, sujud syukurlah agar syaitan akan berputus asa untuk merosakkan imanmu.

Wahai anakku,
Sesungguhnya jawatan itu tiada sebarang manfaat kalaulah bukan kerana Islam. Peliharalah sebaik mungkin tujuan ini, gigitlah dengan gigi gerahammu, dan ikhlaslah dalam setiap tindakanmu. Nescaya engkau memperolihi kekuatan dalam melaksanakan amanahmu.

Wahai anakku,
Bebanan ini akan menjadi ringan kalaulah Allah membantumu, dan Ia tidak akan menolongmu seandainya kamu jauh dariNya. Andainya kamu terasa berat tekanan perasaanmu dalam tugasanmu, maka hendaklah kamu lebih erat hubunganmu denganNya. Kamu tidak akan kecewa dengan celaan makhluk kepadamu, bilamana kamu mengenang celaan yang ditanggung oleh Rasulullah s.a.w lebih berat darimu, Jadilah Baginda sebagai pendorongmu dalam melaksanakan amanahmu, nescaya engkau akan memperolehi model terbaik dalam hidupmu.

Wahai anakku,
Aku hairan ada orang yang bersungguh-sungguh untuk memperolehi jawatan, sebingga sanggup melobi dan memburukkan orang lain. Apakah ia sedar apa yang menantinya di akhirat ?. Saidina Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali menolak jawatan dan merasakan ada orang lain yang lebih layak sebagai khalifah. Imam Abu Hanifah menolak jawatan Mufti, sedang ia jauh lebih warak dan taqwanya dari kita. Umar Bin Abd Aziz merayu- rayu agar tidak dilantik. Namun Allah akan memberi kekuasaan kepada siapa yang dikehendakinya.

Wahai anakku,
Seandainya kamu dipilih juga memikul bebanan jawatan itu, gunalah sebaik mungkin untuk menyelamatkan mereka di bawah tanggungjawabmu dari kemurkaan Allah dan azabNya di akhirat. Laksanakanlah amanah ini dengan memohon pertolongan kepada Allah, dan bersabarlah di atas sebarang mehnah, kerana aku yakin Allah akan membantumu.

Wahai anakku,
Allah sentiasa melihat dan mendengar rintihanmu dalam kesusahan engkau menanggung bebanan amanah ini, dan pasti Dia tidak akan membiarkan kamu. Bersabarlah dan sungguh- sungguh kamu kena sabar dengan melihat mereka yang jauh lebih berat tekanan dan bebanan darimu, nescaya kamu akan terasa ringannya bebanan yang sedang kamu hadapi.

Ya Allah, janganlah engkau bebankan aku dengan sebarang jawatan di dunia ini untuk menyusahkan aku di akhirat. Bantulah aku dalam amanah ini, dan janganlah engkau bebankan aku dengan perkara yang aku tidak mampu melakukannya.

Senyumlah kepada rahmat Tuhanmu.....

Sabtu, 21 September 2013

179. Program 3K:Pemeriksaan Mulut Untuk Sesi Kalibrasi Status Gingiva

Pada 11hb September dan 12hb September 2013 , 80 orang pelajar SMK Taman Indah telah terlibat bagi sesi kalibarasi Status Gingiva  atas kerjasama  Klinik Pergigian Daerah Tampin . Program ini diadakan di Bilik Komputer SMKTI dari jam 8.30 am hingga 1.00 tengahari. Program ini adalah bertujuan untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan pergigian kepada murid-murid sekolah. Terima kasih diucapkan kepada pegawai Pergigian Klinik Daerah Tampin yang menjayakan program ini.

Sabtu, 7 September 2013

178. Ceria Merdeka 2013 : SMKTI Ceria, Bersih dan Indah....

SMK Taman Indah ceria, indah dan bersih...Sekolahku SMK Taman Indah Kebanggan Kami !!! Tempat kami menuntut ilmu pengetahuan dan pengalaman..Kami warga SMK TI bangga denganmu, SMK TI...
Tahniah dan syabas kepada semua warga SMK Taman Indah atas kejayaan SMK TI layak masuk ke peringkat kebangsaan dalam Pertandingan Ceria Merdeka 2013. Semoga SMK TI berjaya merangkul Johan dalam pertandingan ini.


Untuk melihat lebih banyak lagi foto-foto yang menarik bolehlah melayari Facebook SMKTI di bawah:

Rabu, 4 September 2013

177.Gerbang Merdeka : Semangat Patriotisme Warga SMK Taman Indah.

Semangat patriotisme warga SMK Taman Indah dizahirkan melalui Pintu Gerbang Merdeka yang siap dibina pada 4hb September 2013. Berdiri megah...Tahniah dan syabas kepada warga SMK TI yang terlibat membina pintu gerbang ini.
Untuk melihat lebih banyak foto mengenai program ini boleh klik link di bawah:

Selasa, 3 September 2013

176.SKPM2010 versi Disember 2012

SKPM2010 EDISI DISEMBER 2012

SKPM2010 STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN