Pendahuluan
Dalam memastikan setiap perancangan dapat dilaksanakan dengan jayanya maka pengurusan yang mantap dan berkesan amat diperlukan. Begitulah juga dalam soal disiplin, ianya memerlukan pengurusan disiplin yang terancang, mantap dan mampu diterjemahkan dalam pelaksanaan setiap program yang dirancang. Jesteru itu, sebagai GPKHEM sekolah, saya meletakkan fokus utama dalam usaha memantapkan pengurusan disiplin di sekolah ini dalam usaha membentuk keperibadian unggul di kalangan pelajar iaitu:
1.1 Perancangan Strategik Penngurusan HEM.
1.2 Pemantapan Pengurusan Disiplin dan Pembangunan Staf
1.3 Pemantapan Sistem Fail dan Data Murid
1.4 Pemantapan Sistem Salah laku Disiplin Murid (SSDM)
1.5 Pemantapan Pelaksanaan Program Disiplin dan Pembagunan Sasiah.
Berasaskan fokus tersebut, setiap perancangan dan pelaksanaan pogram adalah berpandukan Perancangan Strategik Pengurusan HEM
Program Pemantapan Disiplin di SMK Taman Indah Tahun 2010:
A. Pemantapan Disiplin Murid Ke Arah Kecemerlangan Kurikulum
1.Program Pengesanan Ponteng Kelas
1.1 Buku Pergerakan Pelajar/Buku Kehadiran Harian Murid
2. Borang Pelaporan Akademik
3. Perjumpaan Pengetua/GPKHEM/JK Disiplin dengan Pelajar Bermasalah
4. Program Rodaan Bersepadu Jawatan Kuasa Disiplin-Jadual Rodaan diedarkan
B. Pemantapan Disiplin dalam Pembentukan Jatidiri dan Sahsiah Murid
1. Buku peraturan dan Disiplin Pelajar-Program Mentelaah Bersama Pelajar
2. Sistem Merit Demerit
3. Pemantapan Badan Pengawas sekolah
4. Sport Check
5. Pengurusan dan Pemantauan Buku Kedatangan Murid
6. Program Kerohanian dan Pembangunan Insan (KPI)
7. Program Bimbingan dan Kaunseling
8. Kod Tingkah laku Pelajar
9. Program Pemantauan Perhimpunan Sekolah
10.Program Sinar Gemilang
C. Pemantapan Disiplin dalam Menjana Kecemerlangan Kokurikulum
1. Pakaian T-Shirt untuk Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
2. Pakaian T-Shirt Rumah Sekolah
3. Pakaian T-Shirt dan Uniform Kokurikulum
4. Buku Penilaian Prestasi Kokurikulum
5. Program Rumah Sukan
7. Kem Korikulum
D. Sekolah dan Masyarakat dalam Menangani Disiplin Pelajar
1. Peranan PIBG – Mesyuarat AJK dan Mesyuarat Agong PIBG
2. Polis dan Sekolah – Ceramah / Program Angkat
3. Pasukan Bertindak Menangani Ponteng Sekolah.
Penutup
SMK Taman Indah sentiasa memastikan kualiti kecemerlangan dalam semua bidang termasuk pembangunan diri pelajar. Sebagai GPKHEM sekolah ini, adalah tanggungjawab dan amanah untuk memimpin, mengurus, mendidik dan membimbing para pelajar agar mereka menjadi manusia yang berguna pada masa hadapan. Tugas menangani disiplin murid adalah sangat mencabar. Justeru, sebagai salah seorang pemimpin sekolah, saya sentiasa menyedari bahawa pentingnya unsur kebijaksanaan dalam menangani masalah disiplin dengan berlandaskan undang-undang dan pekeliling-pekeliling yang sedia ada. Kerjasama dan komitmen semua guru serta hubungan baik dengan ’stakeholder’, ibu bapa dan masyarakat amat diperlukan dalam menjayakan setiap usaha bagi memastikan iklim dan persekitaran sekolah yang kondusif dapat diwujudkan bagi merangsangkan perkembangan murid dalam aspek jasmani, emosi , rohani dan intelek sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sebagai GPKHEM sekolah ini, ’Membangunkan Modal Insan’ akan menjadi fokus penting dalam merancang dan melaksanakan setiap program di sekolah ini dalam usaha melahirkan pelajar yang memiliki keperibadian unggul pada masa hadapan.
Disediakan oleh:
MOHAMMAD BIN SAID
GPK HEM
SMK TAMAN INDAH
71300 TAMPIN, N.SEMBILAN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan