Khamis, 17 Februari 2011

80.SMK Taman Indah Tampin Masuk ‘THE MALAYSIA BOOK OF RECORDS


TAMPIN : 14 Feb – Dengan jumlah keseluruhan lukisan 12,420 logo 1 Malaysia, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Indah, Tampin, Negeri Sembilan telah berjaya melakar nama dalam The Malaysia Book Of Records untuk ‘The Most Number of  1 Malaysia Logo in the School Premises’.
Pencapaian tersebut membuktikan bahawa wujudnya perpaduan dan kerjasama yang erat diantara warga sekolah yang terdiri dari perbagai kaum dan paling utama para palajar yang menunjukkan semangat menyayangi sekolah dan memahami erti konsep 1 Malaysia.
Menteri Besar Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad Hj. Hasan ketika berucap merasmikan Majlis Pengiktirafan  Bilangan Logo 1 Malaysia terbanyak di Premis Sekolah tersebut  berasa amat berbangga dan memuji semua pihak yang terlibat menjayakan aktiviti cemerlang ini.
Beliau menyifatkan segala usaha yang dilakukan dan kejayaan yang dicapai membuktikan betapa pentingnya kerjasama dan kemuafakatan yang erat antara kaum dan bertepatan bila aktiviti ini dilaksanakan diperingkat sekolah lagi kerana ianya dapat memupuk rasa cintakan negara juga kesedaran awal menjaga kesejahteraan masyarakat.
Menteri Besar berharap dapat menjadikan Negeri Sembilan sebagai ‘Lembah Ilmu’ dan untuk tujuan itu pelan perancangan telah dibuat terutama dengan memberi peluang kepada beberapa universiti utama yang ada di negara ini untuk beroperasi dan membuka kampusnya di Negeri Sembilan.
Pada majlis ini Menteri Besar  telah mengumumkan sumbangan dari kerajaan negeri sebanyak RM 25,000-00 kepada tabung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Taman Indah.
Turut hadir, Dato’ Zainab bt Nasir, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan, merangkap Pengerusi  Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Masyarakat dan Tuan Abdul Halim bin Abdul Razak selaku Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan