Jumaat, 8 Mac 2013

160.Pembudayaan PBS:Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS)

PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan dan kurikulum kebangsaan. Kompenen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik. Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah(PS) dan Pentaksiran Pusat (PP) , manakala kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik(PPsi) dan PentaksiranAktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum(PAJSK). Kedua-dua kategori ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan penyaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah.
1.Pentaksiran Sekolah
Pentaksiran sekolah yang dirancang, dibina, ditakbir, diperiksa,direkod dan dilapor oleh guru yang berkenaan.
a.Pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran(P&P). Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian,kuiz,senarai semak,laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian.
b.Pentaksiran sumatif dijalankan pada akhir setiap unit pembelajaran, penggal, bulan dan tahun.
PS berfungsi sebagai untuk pembelajaran(assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran(assessment of learning)
2.Pentaksiran Pusat
Pentaksiran Pusat yang ditadbir,diperiksa,direkod di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan peraturan pentaksiran, instrumen pentaksiran,tugasan,garis panduan,peraturan penskoran dan penggredan dikeluarkan oleh LP dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran. Pelaporan dikeluarkan LP.
3.Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
Pentaksiran yang ditadbir,direkod dan dilaporkan di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan penyertaan,penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti sukan,kokurikulum dan ekstrakurikulum. Standard Kecegasan Fizika Kebangsaan(SEGAK) dan Body Mass Index(BMI) dilaksanakan untuk menilai dan melaporkan aktiviti fizikal murid.
4.Pentaksiran Psikometrik
Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah dan / atau pusat untuk mengukur kebolehan(innate ability dan acquired ability), kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah,minat,kecenderungan,sikap dan personaliti murid.Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran.
 
Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS) sekolah rendah mulai tahun 2011 dan peringkat menengah rendah mulai tahun 2012.
 
Nota:  Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai PBS , bolehlah mengakses link di bawah:
                               http://www.mediafire.com/?q9qyj5u6064p9ra

Tiada ulasan:

Catat Ulasan