Pada 20hb Julai hingga 21 Julai 2010 telah diadakan Kem Motivasi Pelajar Tingkatan 3 bertempat di Pusat Kokurikulum Daerah Alor Gajah, Melaka. Kem ini telah dihadiri oleh 92 orang pelajar Tingkatan 3 sekolah SMKTI. Antara objektif Kem Motivasi ini ialah:
(1). Meningkatkan keyakinan diri pelajar dan membentuk peribadi yang mulia.
(2).Mewujudkan daya saing dan motivasi yang tinggi dalam diri pelajar
(3). Memupuk semangat kerjasama dan setia kawan .
(4).Melatih pelajar meningkatkan pengurusan diri dan masa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan