SMK TAMAN INDAH MENUJU KELAS DUNIA...SMKTI KEBANGGAAN KAMI..CEMERLANG SMKTI!! ORANG YANG CEMERLANG MELIHAT SETIAP HALANGAN SEBAGAI PELUANG UNTUK MENGASAH POTENSI, MANAKALA ORANG YANG TIDAK CEMERLANG MENGANGGAP SETIAP HALANGAN SEBAGAI ALASAN YANG MENYEBABKAN KEMUNDURANNYA..JADILAH ANDA SEORANG YANG BERFIKIRAN CEMERLANG....!

http://picasion.com/
“Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada Allah dan tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah."

Khamis, 16 Ogos 2012

139. Program Ihya' Ramadan 2012

====================================
PROGRAM IHYA' RAMADAN 1433H/2012M
====================================
TARIKH: 21 JULAI 2012 - 15 OGOS 2012
TEMPAT: SURAU AL-HIDAYAH SMK TAMAN INDAH
ANJURAN:
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
Program Ihya' Ramadan 1433H.2012M SMK Taman Indah telah diadakan pada 1 Ramadan 1433H hingga 26 Ramadan 1433 H bersamaan 21 Julai 2012 hingga 15 Ogos 2012 bertempat di Surau Al-Hidayah SMK Taman Indah. Antara aktiviti yang telah diadakan adalah:
1. Solat terawih berjemaah.
2.Majlis Berbuka puasa.
3.Majlis Tadarus Al-Quran dan Majlis Khatam Al-Quran.
4.Majlis Penyampaian sumbangan anak yatim dan miskin.
5.Tazkirah dan bicara keilmuan.
6.Program Gotong Royong Memasak Bubur Lambok serta pengagihan kepada warga SMKTI.
"SYABAS KEPADA SEMUA WARGA SMKTI YANG MENJAYAKAN PROGRAM INI"

Selasa, 14 Ogos 2012

138. Projek Ceria Merdeka Raya 2012

======================================
PROJEK CERIA MERDEKA RAYA 2012
=====================================
Tarikh : 13 - 14 hb Ogos 2012
Tempat: SMK Taman Indah
Anjuran:
Bidang Kemanusiaan SMKTI  dan Panitia Sejarah SMKTI
Tujuan dan Latar belakang Projek:
Program diadakan dengan tujuan memberi pengiktirafan serta penghormatan kepada rakyat Malaysia sama ada individu atau organisasi yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi untuk sama-sama menyemarakkan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara.
Objektif:
i. Memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara.
ii.Meningkatkankan kesedaran dan penghayatan kemerdekaan negara.
iii.Mendorong dan mencetus kreativiti dan generasi baru dalam menyemarakkan sambutan kemerdekaan negara.
Rumusan:
Adalah diharapkan agar projek yang dijalankan akan dapat menanamkan semangat cintakan negara dikalangan warga SMKTI disamping dapat mencungkil kreativiti dikalangan warga SMKTI bagi membantu kejayaan sekolah. Akhir kata,syabas dan tahniah atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak iaitu murid, guru, bukan guru, pekerja swasta , pengawal keselamatan dan seluruh warga SMKTI yang menjayakan program ini. Terima kasih dan syabas sekali lagi kepada semua.