SMK TAMAN INDAH MENUJU KELAS DUNIA...SMKTI KEBANGGAAN KAMI..CEMERLANG SMKTI!! ORANG YANG CEMERLANG MELIHAT SETIAP HALANGAN SEBAGAI PELUANG UNTUK MENGASAH POTENSI, MANAKALA ORANG YANG TIDAK CEMERLANG MENGANGGAP SETIAP HALANGAN SEBAGAI ALASAN YANG MENYEBABKAN KEMUNDURANNYA..JADILAH ANDA SEORANG YANG BERFIKIRAN CEMERLANG....!

http://picasion.com/
“Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada Allah dan tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah."

Rabu, 28 Julai 2010

46. Bengkel Pemantapan Pengurusan HEM

______________________________________________
BENGKEL PEMANTAPAN PENGURUSAN HEM
PROGRAM BERSAMA UNIT HEM JPNS
DENGAN MAJLIS PERMUAFAKATAN PK HEM
SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH NEGERI SEMBILAN
__________________________________________________
Tarikh: 27 Julai 2010
Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Putera SM Sains Seremban
____________________________

Objektif  Program ialah GPKHEM jelas tentang:
1.Prosedur sesuatu tindakan yang diambil
2.Memahami punca kuasa sesuatu prosedur tindakan
3.Dapat membuat perancangan pencegahan terhadap kemungkinan salah laku.
4.Cara bertindak yang profesional dalam menangani isu/kes.

Jumaat, 23 Julai 2010

45. Kem Motivasi Pelajar Tingkatan 3


Pada 20hb Julai hingga 21 Julai 2010 telah diadakan Kem Motivasi Pelajar Tingkatan 3 bertempat di Pusat Kokurikulum Daerah Alor Gajah, Melaka. Kem ini telah dihadiri oleh 92 orang pelajar Tingkatan 3 sekolah SMKTI. Antara objektif  Kem Motivasi ini ialah:
(1). Meningkatkan keyakinan diri pelajar dan membentuk peribadi yang mulia.
(2).Mewujudkan daya saing dan motivasi yang tinggi dalam diri pelajar
(3). Memupuk semangat kerjasama dan setia kawan .
(4).Melatih pelajar meningkatkan pengurusan diri dan masa.

Isnin, 12 Julai 2010

42. Pameran Bas Bergerak AADK

12hb Julai 2010(Isnin)-AADK Daerah  Tampin dengan kerjasama KDN Malaysia telah megadakan  Pameran Bergerak di sekolah ini, Yang menarik ialah pameran bergerak ini adalah yang julung kalinya diadakan di sekolah ini dan pertama di Daerah Tampin pada tahun ini. Kedatangan bas ini telah menarik perhatian warga sekolah SMKTI. Semoga program seperti ini diperluaskan ke sekolah-sekolah lain.

Khamis, 8 Julai 2010

41. Program Perjumpaan 3 Penjuru 2010

 [Arkib gambar sila klik link ini]
Rabu,7hb Julai 2010-SMKTI telah mengadakan Program 3 Penjuru 2010. Program ini diadakan setiap tahun sebagai usaha untuk meningkatkan pencapaian dan motivasi pelajar. Ibu bapa dan penjaga akan diberi motivasi dan kesedaran tentang pentingya peranan mereka untuk mendidik anak-anak ke arah kecemerlangan.Program ini juga memberi peluang kepada ibu bapa untuk bertemu guru-guru dan membincangkan tentang permasalahan anak mereka dan mengenal pasti prestasi pelajaran mereka berdasarkan keputusan pertengahan tahun.


Objektif:
1.Ibu bapa/penjaga berpeluang berkenalan dengan guru-guru yang mengajar anak mereka.
2.Ibu bapa/penjaga dapat berbincang tentang prestasi akademik anak-anak.
3.Ibu bapa/penjaga dapat mengetahui sahsiah anak-anak semasa di sekolah.
4.Guru-guru dapat memohon kerjasama ibu bapa bagi meningkatkan prestasi murid-murid dan segi akademik dan sahsiah.
5.Dapat mengeratkan silaturahim antara ibu bapa dan guru-guru.

Aturcara Program:
2.00 ptg - 2.15 ptg: Ketibaan ibu bapa/penjaga
2.15 ptg - 2.30 ptg:Ucapan Tuan Pengetua
2.30 ptg - 5.00 ptg:Perjumpaan
2.00 ptg - 5.00 ptg:Tayangan Power Point ( Aktiviti dan Pencapaian SMKTI)

Khamis, 1 Julai 2010

40. Program Minggu 3K SMKTI 2010

PROGRAM MINGGU 3K SMKTI 2010
---------------------------------------------------------------------
TARIKH: 28HB JUN HINGGA 3 JULAI 2010
TEMPAT: SMK TAMAN INDAH

PELANCARAN OLEH:
PUAN SOON LOI THAI
(PENGETUA SMK TAMAN INDAH)
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
28hb Jun 2010-SMKTI telah mengadakan Program Minggu 3K mulai 28hb Jun hingga 3 hb Julai 2010 peringkat sekolah. Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Pengetua SMK Taman Indah pada 28hb Julai 2010(Isnin) jam 7.30 pagi. Selepas pelancaran , program ini diteruskan dengan ceramah oleh En. Norsham b Mohd Safian dari Agensi Anti-Dadah Kebangsaan  Daerah Tampin selama 30 minit. Di bawah ini dinyatakan Tentatif Program Minggu 3K SMKTI.
TENTATIF PROGRAM MINGGU 3K SMKTI 2010
Hari
 Masa
Acara
Sasaran
Lokasi
Isnin
( 28Jun )
7.30 am-8.30 am
-Pelancaran Minggu 3K

-Ceramah Anti Dadah
Semua pelajar
Tapak Perhimpunan
Selasa
(29 Jun )
7.20 am-7.40 am
-Kuiz 3K
Semua pelajar
Tapak Perhimpunan
Rabu
(30 Jun )
8.00 am-5.00 am
-Pameran Kesihatan dan Anti Merokok
-Pertandingan Melukis bertemakan kehidupan sihat
-Pameran Anti Dadah
-Gotong Royong (Tanam pokok,membersihkan kawasan sekolah, bilik-bilik khas)
-Kitar semula
Semua pelajar
Kantin

 Kantin
Kantin



Khamis
( 1 Julai)
7.40 am-2.40 pm
-Keceriaan dan Kebersihan Kelas
Semua Pelajar

Jumaat
(2 Julai)
7.20 am-7.50 am
3.00pm-4.30pm
-Senamam Tai Ji
 -Pertandingan Memasak Menu Sihat
Semua warga sekolah
Tapak Perhimpunan
Bilik ERT