SMK TAMAN INDAH MENUJU KELAS DUNIA...SMKTI KEBANGGAAN KAMI..CEMERLANG SMKTI!! ORANG YANG CEMERLANG MELIHAT SETIAP HALANGAN SEBAGAI PELUANG UNTUK MENGASAH POTENSI, MANAKALA ORANG YANG TIDAK CEMERLANG MENGANGGAP SETIAP HALANGAN SEBAGAI ALASAN YANG MENYEBABKAN KEMUNDURANNYA..JADILAH ANDA SEORANG YANG BERFIKIRAN CEMERLANG....!

http://picasion.com/
“Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada Allah dan tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah."

Ahad, 16 Mei 2010

33. Selamat Hari Guru - Guru Pembina Negara Bangsa


"Guru oh Guru..."

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979


TERIMA KASIH CIKGU................

Isnin, 10 Mei 2010

32. 3K(Kesihatan) - Pemeriksaan Kesihatan Murid-Murid Sekolah



10hb Mei 2010(Isnin)- Pejabat Kesihatan Daerah Tampin telah mengadakan Pemeriksaan Kesihatan Murid . Kumpulan sasaran ialah murid tingkatan 3 sekolah ini. Antara aktiviti yang dijalankan ialah mengukur tinggi dan menimbang berat badan, pemeriksaan mata dan suntikan pelalian Tetanus.

Selasa, 4 Mei 2010

31.Muat turun Kod Merit dan Kod Demerit

Semua guru SMK Taman Indah,

Sila klik DISINI untuk muat turun Kod Merit dan Kod Demerit yang telah dikemaskini sebagai rujukan tuan/puan dalam pengisian Sistem Merit Demerit.

Daripada:
Mohammad b Said
GPKHEM
SMK Taman Indah, 73000 Tampin, N.Sembilan.