Isnin, 14 Februari 2011

79. Majlis Pengiktirafan The Malaysia book Of Records

=============================================================
MAJLIS PENGIKTIRAFAN THE MALAYSIA BOOK OF RECORDS-
"THE MOST NUMBER OF 1MALAYSIA LOGO IN THE SCHOOL PREMISES" 

==============================================================

TARIKH: 14 FEBRUARI 2011
MASA: 2.00 PETANG HINGGA 5.00 PETANG
TEMPAT: ASTAKA SMKTI

DISEMPURNAKAN OLEH:
YAB DATO' SERI UTAMA HJ MOHAMAD BIN HJ HASAN
MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN

1.0 PENDAHULUAN
Gagasan 1Malaysia merupakan pendekatan untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan,kemajuan,dan pembangunan rakyat dan negara Malaysia. Gagasan ini diperkenalkan oleh Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abd. Razak, agar aspirasi negara untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2010 tercapai.

Sehubungan itu, Projek 1Malaysia telah dirancang oleh pihak sekolah demi mencapai matlamat yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri kita. Salah satu aktiviti di bawah Projek 1Malaysia yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2010, iaitu melukis dan mengecat lima ribu Logo 1Malaysia telah berjaya mencatat nama dalam The Malaysia Book of Records sebagai "THE MOST NUMBER OF 1MALAYSIA LOGO IN THE SCHOOL PREMISES".

2.0 MATLAMAT
Majlis ini bertujuan untuk meraikan kejayaan semua warga sekolah yang telah bertungkus-lumus dalam usaha melukis dan mengecat Logo 1Malaysia sehingga mencatat nama dalam The Malaysia Book of Records sebagai "THE MOST NUMBER OF 1MALAYSIA LOGO IN THE SCHOOL PREMISES".

3.0 OBJEKTIF
3.1 Mempamerkan budaya 1Malaysia yang telah dibentuk dalam kalangan warga sekolah.
3.2 Memupuk semangat kesamaan dan kekitaan dalam kalangan guru-guru,ibubapa,murid-murid, dan masyarakat setempat selaras dengan Gagasan 1Malaysia.
3.3 Meningkatkan pensefahaman dan perpaduan antara murid pelbagai kaum.

4.0 KUMPULAN SASARAN
Semua warga SMK Taman Indah , ibubapa, dan masyarakat setempat.

3.0 JAWATANKUASA INDUK
Penasihat: Tn. abdul Halim b Abdul Razak (Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan)
Penasihat: Tn. Hj. Mad Aris b Aziz (Pegawai Pelajaran Daerah Tampin)
Pengerusi Bersama:
1.Pn. Soon Loi Thai (Pengetua SMK Taman Indah)
2.En. Hashim b Sulaiman (Yang di-Pertua PIBG)
Tim.Pengerusi:En.Abd.Aziz bin Abd Rahman (GPK 1)
Naib Pengerusi:
1.En. Mohammad b Said (GPK HEM)
2.En. Hamzah bin Md Yazid ( Menanggung Kerja PK KOKO)
Pengurus Majlis:Cik Hjh Nor Azizah bt Ismail
Setiausaha: Cik Tan Soo Shin
Bendahari:En Tan Eng Chon
AJK:
Ketua Unit Perhubungan & Pendaftaran JPNS
Ketua Unit Pembangunan & Bekalan JPNS
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri
Setiausaha Majlis Daerah Tampin
Pegawai Daerah Tampin
Ketua Polis Daerah Tampin
Pengurus Tenaga Nasional Berhad Daerah Tampin
Pegawai Penerangan Daerah Tampin
Pengurus Syarikat Air Negeri Sembilan (Tampin)
Jurutera JKR Daerah Tampin
Pegawai Kesihatan Daerah Tampin
Pegawai Bomba dan Penyelamat Daerah Tampin
Pengerusi JKKK kampung Repah
Timbalan YDP PIBG SMK Taman Indah

4.0 ATURCARA
2.00 petang:Ketibaan Ibu bapa/Penjaga
2.30 petang:Ketibaan Para Jemputan
2.40 petang:Ketibaan Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan
2.50 petang:Ketibaan ADUN-ADUN
3.00 petang:Ketibaan Tetamu Kehormat Menteri Besar Negeri Sembilan
-Persembahan Tarian Singa
-Nyanyian Lagu Negaraku
-Bacaan Doa
-Persembahan 
-Deklamasi Sajak 1Malaysia
-Tarian 1Malaysia
-Ucapan Pengetua
-Ucapan YDP PIBG
-Ucapan Menteri Besar Negeri Sembilan
-Penyampaian Hadiah
-Penyampaian Cenderamata
-Lawatan ke Pameran 1Malaysia dan Taman herba 1Malysia
5.00 Jamuan/Bersurai

5.00 PENUTUP
Majlis Pengiktirafan ini akan berjaya dan penuh bermakna dengan penglibatan yang beriltizam daripada semua pihak. Majlis ini diharap dapat membantu mencapai misi dan visi sekolah serta merealisasikan matlamat negara.

SILA KLIK GAMBAR DI BAWAH :







Tiada ulasan:

Catat Ulasan