Setiap ibu bapa sayangkan anak mereka. Mereka inginkan si anak berjaya dalam apa juga bidang yang diceburi. Jasa mereka terhadap kita besar sekali. Jika dihitung dari segi kewangan, nilai sumbangan mereka kepada kita sejak dilahirkan hingga tamat sekolah atau universiti adalah terlalu tinggi dan tidak mungkin dapat ditaksirkan. Misalnya berperanan sebagai pengasuh, pencuci, tukang masak, jururawat, guru, penjaga, pengawal keselamatan dan kadang-kadang sebagai pencari rezeki. Semua ini dilakukan bukan setahun dua , tetapi sehingga anak itu dewasa. Maknanya jasa ibu dan bapa terhadap kita terlalu besar.
Sebagai balasan apakah yang dikehendaki oleh mereka. Sumbangan kewangan? Walaupun tindakan tersebut elok dibuat oleh anak-anak, ibu bapa tidak mengharapkan itu sebenarnya. Mereka sudah cukup gembira sekiranya kita berjaya dalam hidup kita. Maka sebagai langkah permulaan, kita hendaklah berjaya di dalam peperiksaan dan baik tingkah laku.
( oleh : Dr. Shukri Abdullah)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan