Modul ini telah diedit pada kali pertama pada 12hb Disember 2012. Soalan PMR 2012 termasuk di dalam modul ini. Untuk memuat turun Modul Matematik ini anda boleh mengakses link di bawah:
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
PETUA SEORANG GURU:
"Kalau guru mengajar sambil duduk
Murid belajar sambil mengantuk
Kalau guru mengajar sambil berlakon
Murid belajar dengan tekun
Kalau guru mengajar tanpa alat
Murid belajar dengan ralat
Kalau guru mengajar banyak bercakap
Ada murid bertambah gagap
Kalau guru menjadi pemudah cara
Ramai murid pandai berbicara
Kalau guru mengajar tanpa menilai
Takkan tahu murid bodoh dan pandai
Kalau guru berbudi bahasa
Dikenang murid sepanjang masa..
"Guru jangan sekali-kali menganggap dirinya orang yang paling berjasa kepada pelajar, sekalipun pelajar berterimakasih kepadanya. Sebaliknya dia hendaklah menganggap pelajarnya berjasa kepadanya kerana dengan adanya mereka, ia dapat mendekati Allah dengan menanamkan ilmu kepada mereka..."
terima kasih kerana sudi berkongsi bahan....
BalasPadammemang begitu membantu...teruskan usaha murni cikgu....