Khamis, 4 Februari 2010

10. Lawatan Penanda Aras Sistem Merit Demerit

Pada 13hb Januari (Rabu) telah diadakan satu lawatan penanda aras ke SMJK Pulau Sebang . Lawatan ini disertai oleh Puan Soon Loi Thai (Pengetua), En.Mazlan b Lambak (Guru Disiplin) , En. Aris b Mihat (Kaunselor) dan En. Mohammad b Said (GPKHEM)bertujuan untuk melihat bagaimana Sistem Merit Demerit dilaksanakan di sekolah tersebut. Banyak perkara diperolehi hasil lawatan ini di antaranya ialah bagaimana penyediaan fail dan borang Sistem Merit Demerit , perekodan maklumat , siapa yang merekodkan maklumat tersebut di dalam borang merit demerit dan banyak lagi. Yang lebih berharga ialah hasil perbincangan dan perkongsian ilmu bersama-sama Tuan Pengetua(En. Chu Eng Koh), GPKHEM(En. Ng Boon Kway) dan Guru Pengawas(En. Chua Cheng Her) sekolah berkenaan. Rumusan, hasil lawatan ini sungguh bermakna dan berjaya. Semoga dengan adanya maklumat-maklumat dari lawatan ini , SMKTI dapat melaksanakan Sistem Merit Demerit dengan lebih berkesan. Diharapkan usaha sebegini akan diteruskan di masa-masa akan datang . Terima kasih Tuan Pengetua SMJK Pulau Sebang atas kesudian beliau menerima lawatan kami .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan