Khamis, 3 Jun 2010

34.Taklimat Pencegahan Ponteng 2010 kali 1-Bersama Agensi Kerajaan


TAKLIMAT PENCEGAHAN PONTENG 2010 KALI 1
Tarikh: 03 Jun 2010(Kamis)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: PPD Tampin
Anjuran: Unit HEM, PPD Tampin
Operasi ini menglibatkan sekolah-sekolah menengah sekitar Pekan Tampin. Antara yang dijemput hadir ke taklimat ini ialah GPKHEM, kaunselor sekolah , ibu ayah angkat sekolah terbabit ( Polis Diraja Malaysia) dan Penguatkuasa Majlis Daerah Tampin. Sekolah-sekolah yang terbabit ialah SMK Taman Indah, SMK Syed Idrus, SMK Tunku Besar Tampin, SMK Sultan Mansor Syah dan SMK Pulau Sebang. Selain menubuhkan Pasukan Bertindak Menangani Ponteng Sekolah , perjumpaan ini juga mengeratkan hubungan dan kerjasama antara pihak sekolah, PPD Tampin serta agensi-agensi kerajaan terutamanya PDRM dan Penguatkuasa Majlis Daerah Tampin.
================================================================
KAWASAN-KAWASAN STRATEGIK DAN BERISIKO
YANG DIPANTAU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan