SMK TAMAN INDAH MENUJU KELAS DUNIA...SMKTI KEBANGGAAN KAMI..CEMERLANG SMKTI!! ORANG YANG CEMERLANG MELIHAT SETIAP HALANGAN SEBAGAI PELUANG UNTUK MENGASAH POTENSI, MANAKALA ORANG YANG TIDAK CEMERLANG MENGANGGAP SETIAP HALANGAN SEBAGAI ALASAN YANG MENYEBABKAN KEMUNDURANNYA..JADILAH ANDA SEORANG YANG BERFIKIRAN CEMERLANG....!

http://picasion.com/
“Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada Allah dan tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah."

Selasa, 14 Ogos 2012

138. Projek Ceria Merdeka Raya 2012

======================================
PROJEK CERIA MERDEKA RAYA 2012
=====================================
Tarikh : 13 - 14 hb Ogos 2012
Tempat: SMK Taman Indah
Anjuran:
Bidang Kemanusiaan SMKTI  dan Panitia Sejarah SMKTI
Tujuan dan Latar belakang Projek:
Program diadakan dengan tujuan memberi pengiktirafan serta penghormatan kepada rakyat Malaysia sama ada individu atau organisasi yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi untuk sama-sama menyemarakkan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara.
Objektif:
i. Memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara.
ii.Meningkatkankan kesedaran dan penghayatan kemerdekaan negara.
iii.Mendorong dan mencetus kreativiti dan generasi baru dalam menyemarakkan sambutan kemerdekaan negara.
Rumusan:
Adalah diharapkan agar projek yang dijalankan akan dapat menanamkan semangat cintakan negara dikalangan warga SMKTI disamping dapat mencungkil kreativiti dikalangan warga SMKTI bagi membantu kejayaan sekolah. Akhir kata,syabas dan tahniah atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak iaitu murid, guru, bukan guru, pekerja swasta , pengawal keselamatan dan seluruh warga SMKTI yang menjayakan program ini. Terima kasih dan syabas sekali lagi kepada semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan