Sabtu, 17 April 2010

30. Surat Siaran Unit HEM - Garis Panduan Pelajar

SURAT SIARAN UNIT HEM

Semua Guru SMK Taman Indah,
73000 Tampin, N.Sembilan

Tuan/puan,

MEMATUHI GARIS PANDUAN, PROSES DAN PROSEDUR KESELAMATAN DIRI PELAJAR SEMASA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN SERTA KEGIATAN KOKURIKULUM DAN SUKAN DI DALAM DAN DI LUAR KAWASAN SEKOLAH

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Akhir-akhir ini beberapa insiden yang melibatkan murid sekolah semasa menjalankan kegiatan kokurikulum dan sukan. Oleh yang demikian pihak pentadbiran sekolah ingin mengingatkan semua guru-guru SMK Taman Indah agar sentiasa mematuhi garis panduan, proses dan prosedur yang telah dinyatakan dalam surat pekeliling ikhtisas yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran:

i. SPI Bil.9/2000 – Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Serta Kegiatan Kokurikulum Dan Sukan Di Dalam Dan Di Luar Sekolah.
( http://apps.emoe.gov.my/bs/spi/2000/9-2000.pdf )


ii. SPI Bil.9/2000 (Tambahan)
(http://apps.emoe.gov.my/bs/spi/2000/9t-2000.pdf )

iii. SPI Bil.1/1995 – Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah.
( http://apps.emoe.gov.my/bs/spi/1995/1-1995.pdf )


iv. SPI Bil.8/1995 – Penyertaan Pelajar Dalam Pertandingan Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan Badan Induk Sukan.
( http://apps.emoe.gov.my/bs/spi/1995/8-1995.pdf )

4. Pekeliling Ikhtisas di atas hendak juga dibaca bersama-sama dengan Polisi Keselamatan Semasa Menjalankan Aktiviti Koko SMK Taman Indah yang telah dimaklumkan dalam bahan edaran Unit HEM sebelum ini. .

3. Segala kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan di dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


( MOHAMMAD BIN SAID )
GPK HEM
SMK Taman Indah
73000 Tampin
N.Sembilan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan