Sabtu, 27 Disember 2014

237. Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) 2015

Panduan Pelaksanaan SPS 2015

Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) 2015. Download Garis Panduan SPS 2015 yang disertakan bersama Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bil 21. Sistem Pengurusan Sekolah akan dilaksanakan di semua Sekolah Harian di seluruh negara bermula 1 Januari 2015. Sistem SPS  ini mengintegrasikan tiga sistem utama kementerian iaitu EMIS, e-Operasi dan APDM. Sistem Pengurusan Sekolah #SPS2015 boleh diakses melalui alamat apps4.moe.gov.my/sps.

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT SEKOLAH, GURU DAN MURID

Semua urusan Pengemaskinian Maklumat perlu dilakukan terlebih dahulu mengikut bahagian-bahagian yang telah ditetapkan. Sebagai panduan untuk proses kemaskini maklumat, sila rujuk tetapan berikut

Modul Pengurusan Sekolah – EMIS 
Untuk Perlaksanaan Pengemaskinian Maklumat berkaitan Sekolah
Modul Pengurusan Guru – eOperasi
Untuk Perlaksanaan Pengemaskinian Maklumat berkaitan Guru
Modul Pengurusan Murid – APDM
Untuk Perlaksanaan Pengemaskinian Maklumat berkaitan Murid

DOWNLOAD GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN SPS 2015

Pelaksanaan SPS 2015 adalah merujuk Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 21 Tahun 2014 - Panduan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah boleh Dimuat Turun di Panduan SPS 2015 - Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. #SPS2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan