40 Tanda Sekolah Anda Hebat:
Syabas kepada mana-mana sekolah yang memenuhi ciri-ciri seperti yang disenaraikan ini:
1.Keharmonian dan kemesraan dalam kalangan staf anda sangat jelas kelihatan.
2.Semua warga sekolah tidak berasa tertekan oleh pihak pengurusan sekolah.
3.Semua warga sekolah mempunyai cinta dan sayang akan sekolah mereka.
4.Terdapat kemesraan dalam interaksi antara sesama guru dan para pelajar.
5.Pihak sekolah mengambil berat tentang pelajar yang lemah dan sentiasa mengadakan pelbagai program yang berkesan untuk membantu mereka.
6.Tukang kebun menanam pokok-pokok bunga yang menarik, tanpa arahan pihak sekolah.
7.Guru-guru menggunakan kemudahan komputer dan internet dengan sebaik-baiknya.
8.Pelajar dan guru sentiasa bercakap tentang kebaikan sekolah itu dengan rakan-rakan mereka apabila bercakap tentang sekolah.
9.Anda sering melihat para pelajar duduk-duduk di tempat-tempat rehat yang disediakan untuk mentelaah atau berbincang mengenai pelajaran mereka.
10.Guru-guru prihatin tentang kebersihan di dalam bilik guru.
11.Pelajar yang tamat belajar di sekolah anda berasa sedih untuk meninggalkan sekolahnya.
12.Pihak sekolah mengambil berat mengenai pelajar-pelajar yang miskin dan sentiasa berikhtiar untuk membantu mereka.
13.Guru-guru tidak berebut-rebut untuk pulang apabila loceng akhir berbunyi.
14.Para guru sanggup menjalankan kelas tambahan untuk pelajar-pelajar yang memerlukan perhatian yang lebih tanpa mengharapkan sebarang imbuhan.
15.Seluruh warga sekolah turut bersimpati sekiranya terjadi sesuatu mala petaka atau kemalangan dalam kalangan warga sekolah.
16.Ucapan salam(menurut agama masing-masing) diamalkan oleh semua warga sekolah dengan ikhlas termasuklah sesama pelajar.
17.Pihak sekolah amat mementingkan ciri-ciri keselamatan di kawasan sekolah.
18.Guru-guru mengamalkan pemberian hadiah-hadiah kecil untuk pelajar-pelajarnya yang berjaya dalam sesuatu bidang.
19.Pelajar-pelajar mengutip sampah dan membuangnya ke dalam tong sampah tanpa disuruh atau dipaksa.
20.Semua warga sekolah sentiasa berpakaian kemas.
21.Pelajar yang lebih dewasa sentiasa membantu pelajar yang lebih muda daripadanya.
22.Guru-guru menziarahi pelajar yang malang di hospital.
23.Pelajar juga begitu terhadap guru-guru mereka.
24.Sekali-sekala kelihatan guru makan semeja dengan pelajr-pelajar.
25.Hubungan ibu bapa dengan pihak pengurusan sekolah sangat akrab.
26.Ibu bapa terlibat dalam hal-hal yang berkaitan dengan aktiviti untuk menceriakan kawasan sekolah.
27.Pihak sekolah tidak suka membazirkan masa dengan apa-apa aktiviti yang tidak mendatangkan faedah.
28.Oleh itu semua aktiviti dirancang dengan teliti dengan mementingkan faktor keberkesanannya.
29.Pelajar-pelajar menghulurkan hadiah kepada guru-guru pada Hari Guru, Hari Raya, Tahun baru dan sebagainya.
30.Pelajar pintar sentiasa tidak keberatan untuk membantu pelajar yang lemah.
31.Pihak ibu bapa menganjurkan jamuan untuk guru-guru sebagai ucapan terima kasih sesuatu kejayaan anak-anak mereka.
32.Kafeteria sekolah sering dikunjungi oleh ibu bapa untuk bersarapan atau makan tengah hari.
33.Guru-guru dan pelajar-pelajar di sekolah anda tidak mempunyai semangat perkauman dan sentiasa mengamalkan nilai keadilan dalam tindakan mereka.
34.Terdapat kerjasama daripada komuniti di sekitar sekolah anda. Misalnya,pemain bola sepak yang terkenal sering memberikan tunjuk ajar kepada pasukan bola sepak anda.Terdapat kerjasama daripada ibu bapa. Misalnya , membantu dan membimbing pelajar dalam masalah-masalah kewangan,pelajaran dan sebagainya.
35.Pelajar-pelajar dan guru-guru menyanyikan lagu Negaraku dengan besemangat dalam perhimpunan mingguan.
37.Pihak sekolah kerap mengadakan program yang melihatkan kerjasa sama antara guru dengan pelajar seperti kerja-kerja gotong-royong untuk menjalankan sesuatu aktiviti demi kepentingan bersama.
37.Program bacaan dijalankan dengan jayanya.
38.Pihak kafeteria sering mengadakan jamuan percuma untuk guru-guru bagi menunjukkan kegembiraannya atau untuk menyambut majlis tertentu.
39.Terdapat dalam kalangan pelajar yang mewakili negeri ke sesuatu pertandingan di peringkat kebangsaan.
40.Semua warga sekolah amat prihatin dan menyambut baik Kempen Kita Semula, serta mengamalkannya di sekolah.
( Sumber: Majalah Pendidik-Bil.10 Nov.-Dis. 2004)