Jumaat, 6 April 2012

123. Merealisasikan Surat Siaran KPM Bil 4/2012 - Bantuan Susulan Kepada Keluarga Sarah Anisah bt Abd Aziz Mangsa Kebakaran.

======================================================
Kunjungan ke Rumah Keluarga Sarah Anisah bt Abd Aziz ( 5 Sains )
Mangsa Kebakaran - Masih Ada Yang Sayang.
========================================================
Sebagaimana yang telah sedia maklum pada 21hb Mach 2012 , satu bencana telah menimpa keluarga salah seorang pelajar SMKTI iaitu Sarah Anisa bt Abd. Aziz dari Tingkatan 5 Sains. Kebakaran yang berlaku di rumahnya telah memusnahkan seluruh keperluan termasuk barangan keperluan sekolah dan harian.Atas rasa tanggungjawab sosial, Jawatankuasa Kelab Guru dan Staf SMKTI  telah melancarkan usaha bantuan susulan setelah pungutan derma kilat pertama dahulu dilakukan. Satu kunjungan perahatin telah dibuat terhadap keluarga tersebut di kediaman sementara di Taman Suria, Tampin pada 6hb April 2012 pada hari Jumaat bagi menyampaikan bantuan yang telah berjaya dikumpulkan. Sumbangan ikhlas yng sedikit ini akan memberi pengertian yang besar kepada penerima. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua wrga guru dan staf sokongan yang telah menghulurkan sumbangan tersebut. Hanya Allah s.w.t yang dapat membalasnya. Terima kasih semua . Bagi keluarga Sarah Anisah, semoga kalian bersabar dan tabah atas ketentuan Illahi itu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan