Jika kita berusaha dari sekarang dan sanggup mengharungi pelbagai ketidakselesaan nescaya kita tidak akan menyesal di kemudian hari. Masa hadapan pula lebih cerah.
Masalah wujud apabila ramai pelajar yang memilih untuk seronok sekarang tanpa memikirkan bahawa mereka akan sakit kemudian hari. Seronok sekarang dalam erti kata leka dan berhibur sepanjang masa semasa di bangku sekolah yang cuma lima tahun sahaja ( Tingkatan Satu - Lima ). Tetapi penyesalan(sakit) kerana kegagalan dalam peperiksaan lantaran tidak berpeluang menceburkan diri dalam bidang yang diminati selepas keluar sekolah mungkin selama 50 tahun ( umur 20 - 70 tahun).
Jadi berfikirlah dengan bijaksana dan rebutlah peluang sementara ada agar tidak sakit di kemudian hari.
(Dr. Shukri Abdullah)
Jadi berfikirlah dengan bijaksana dan rebutlah peluang sementara ada agar tidak sakit di kemudian hari.
(Dr. Shukri Abdullah)