Khamis, 27 September 2012

143. Tip Motivasi Belajar - Ingat Jasa Ibu & Ayah

       Setiap ibu bapa sayangkan anak mereka. Mereka inginkan si anak berjaya dalam apa juga bidang yang diceburi. Jasa mereka terhadap kita besar sekali. Jika dihitung dari segi kewangan, nilai sumbangan mereka kepada kita sejak dilahirkan hingga tamat sekolah atau universiti adalah terlalu tinggi dan tidak mungkin dapat ditaksirkan. Misalnya berperanan sebagai pengasuh, pencuci, tukang masak, jururawat, guru, penjaga, pengawal keselamatan dan kadang-kadang sebagai pencari rezeki. Semua ini dilakukan bukan setahun dua , tetapi sehingga anak itu dewasa. Maknanya jasa ibu dan bapa terhadap kita terlalu besar.
      Sebagai balasan apakah yang dikehendaki oleh mereka. Sumbangan kewangan? Walaupun tindakan tersebut elok dibuat oleh anak-anak, ibu bapa tidak mengharapkan itu sebenarnya. Mereka sudah cukup gembira sekiranya kita berjaya dalam hidup kita. Maka sebagai langkah permulaan, kita hendaklah berjaya di dalam peperiksaan dan baik tingkah laku.
( oleh : Dr. Shukri Abdullah)

142. Lawatan beramah Mesra dengan Warga Tua - Rumah Kenangan Cheng, Melaka.

Pada 19/9/2012 , seramai 40 orang pelajar dan 4 orang guru  anjuran Panitia Sivik dan Kewarganegaraan SMK Taman Indah telah mengadakan lawatan beramah mesra dengan warga tua di rumah Kenangan Cheng, Melaka. Ini merupakan program Khidmat Masyarakat yang bertemakan " Hubungan Kekeluargaan".
Antara objektif program ialah:
i. mendedahkan murid kepada budaya luar yang sihat.
ii.memupuk nilai murni dengan melakukan aktiviti berfaedah.
iii.mengeratkan hubungan mesra dengan agensi kebajikan masyarakat.

***Tahniah diucapkan kepada Panitia Sivik dan Kewarganegaraan atas penganjuran program ini. Diharapkan banyak lagi program seperti ini dapat dilaksanakan pada masa-masa akan datang .Syabas kepada semua yang menjayakan program ini.

Selasa, 25 September 2012

141. Permohonan Ke SBP, Sekolah Kawalan/SM Agama, KRK, Kolej Vokasional dan SM Teknik serta Matrikulasi 2013

UNTUK MEMOHON SILA KLIK BANNER DI BAWAH INI:
Untuk keterangan lanjut sila berjumpa Kaunselor sekolah.

Selasa, 4 September 2012

140. Menyampaikan Sumbangan kepada Keluarga Siti Masturah Jamari(1B)

Pada 4hb September 2012, GPK HEM bersama Ustaz Safri dan En. Khairuddin telah pergi menziarahi rumah keluarga murid SMK Taman Indah bernama Siti Masturah bt Jamari  di Kg. Keru Dusun yang telah kehilangan bapanya (meninggal dunia) . Atas rasa simpati dan tanggungjawab, pihak sekolah dan Kelab Guru/Staf  telah menghulurkan sumbangan berbentuk kewangan dan barang  keperluan bagi tujuan meringankan bebanan keluarga tersebut. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terimakasih atas sumbangan yang telah diberikan oleh warga sekolah .. Hanya Allah s.w.t yang dapat membalas jasa kalian. Bagi Siti Masturah dan keluarga bersabarlah atas pemergian orang yang tersayang dan semoga roh beliau dimasukkan dikalangan orang-orang yang soleh.