Rabu, 16 Disember 2009

5. Sejarah Sekolah SMK Taman indah

Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Menengah Rendah Tampin. Walau bagaimanapun penduduk tempatan mengenali sekolah ini dengan nama Sekolah Menengah Rendah Repah dan ada juga yang mengenalinya sebagai Sekolah Tuanku Zainon. En.Abdul Latif bin Idrus adalah Pengetua pertama berkhidmat di sekolah ini.

Pada 28 November 1989 satu mesyuarat diadakan di Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Darul Khusus yang telah dihadiri oleh lima orang Pengetua sekolah baru di Negeri Sembilan, mereka bagi membincangkan nama sekolah-sekolah tersebut, Tn.Hj.Hussain B.Salleh Pegawai Pendidikan Daerah Tampin/ Rembau telah mencadangkan nama Sekolah Menengah Taman Indah kerana kedudukannya di kawasan perumahan Taman Indah. Cadangan tersebut telah dipersetujui oleh Timbalan Pengarah 1, Tn.Hj Hisham B.Omar dan En.Abd.Latif Idrus. Mulai hari itu sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Taman Indah.

Pelan asal sekolah mempunyai tiga blok bangunan. Satu blok merupakan bangunan tiga tingkat , dimana terletaknya bilik alat pandang dengar, perpustakaan, bilik komputer, bilik bimbingan kaunseling, bilik gerakan, bilik guru, pejabat, bilik SPBT , bilik ERT dan bengkel KHB. Satu blok lagi mengandungi sebelas bilik darjah, tiga makmal dan sebuah surau.

Luas kawasan sekolah ini ialah 10 ekar, Pada peringkat permulaan pembukaan sekolah keadaan tanahnya tandus dan gersang serta berbatu-batu. Tiada tumbuhan hiasan didapati yang ada hanyalah rumput rampai meliar. Walau bagaimanapun usaha secara berterusan telah dijalankan untuk mengindah dan menceriakan kawasan persekitaran sekolah.

Sekolah ini mula beroperasi pada hari jumaat 1 Disember 1989 dan kakitangan terdiri daripada Pengetua, lapan orang guru, seorang kerani, seorang pelayan pejabat, seorang pekerja dan seorang jaga. Penggal persekolahan bermula pada hari isnin 4 Disember 1989 dengan bilangan pelajar seramai 156 orang terdiri dari 40 orang pelajar melayu, 66 orang pelajar cina dan 50 orang pelajar India.

Pengetua-pengetua yang pernah berkhidmat di sekolah ialah:

1. En.Abdul Latif B. Idrus : 1989 hingga 1992
2. Tn.Hj.Mustafa B. Musa : 1992 hingga 1993
3. Tn.Hj.Mohd Som B.Ali : 1993 hingga 1996
4. En.Teo Lay Swee : 1996 hingga 1998
5. En.Maspan B. Mat Ubin : 1998 hingga 1998
6. Tn.Hj.Md Jadi B. Md.Nor : 1998 hingga 2000
7. Pn.Hjh Saleha Bt Sharif : 2000 hingga 2002
8. En.Teo Lay Swee : 2002 hingga 2005
9. Pn.Soon Loi Thai : 2005 hingga September 2011
10. Tn. Hj. Ramli b Ibrahim: Oktober 2012 hingga kini
Kumpulan pertama pelajar sekolah ini telah menduduki peperiksaan sijil rendah pelajaran pada tahun 1992 (SRP terakhir).Secara keseluruhan, keputusan kali pertama ini dapat dibanggakan. Sekolah ini termasuk dalam kumpulan sepuluh buah sekolah terbaik dalam Peperiksaan SRP 1992 di Negeri Sembilan. Seramai 68 orang calon SRP 1992, 54 orang telah lulus. Pencapaian keseluruhan ialah 83.1%

Pada tahun 1997 nama sekolah telah ditukar secara rasmi kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Indah atas arahan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan. SMK Taman Indah akan terus berdiri kukuh, terus maju menuju kecemerlangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan