Jumaat, 23 Ogos 2013

175. Program Sambutan Merdeka Raya Tahun 2013

PENDAHULUAN
Hari Kemerdekaan yang disambut setiap tahun mempunyai peranan yang sangat penting dalam membina sebuah negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat. Generasi muda yang bakal menjadi pewaris negara perlu memahami dan menghayati sejarah perjuangan mencapai kemerdekaan dalam erti kata yang sebenar. Mereka perlu dididik untuk membina generasi muda yang mempunyai rasa cinta kepada negara, sentiasa mengingati jasa dan pengorbanan negarawan-negarawan ulung terdahulu dan mempunyai jati diri yang jitu. Di samping itu, mereka juga perlu mempunyai semangat patriotisme yang tinggi yang dapat dizahirkan dengan menghormati Lagu Kebangsaan dan Jalur Gemilang. Mereka hendaklah menjadi bangsa yang berani, tegas, dihormati dan berkeyakinan serta mempunyai komitmen yang tinggi untuk sedia berkorban demi kedaulatan agama, bangsa dan negara.

OBJEKTIF
Melalui program ini diharap objektif berikut akan dicapai:
i.Menerapkan kesedaran dikalangan murid tentang semangat patriotisme dan mensyukuri perjuangan pejuang-pejuang terdahulu membolehkan negara mencapai kemerdekaan.
ii.Membentuk semangat jati diri yang mantap dan jitu dalam kalangan warga sekolah sebagai bangsa Malaysia yang berdaulat.
iii.Memupuk semangat perpaduan dalam usaha membentuk kedamaian dan kesejahteraan dalam kehidupan bermasyarakat, baik di institusi sekolah mahupun dalam konteks negara.
ATURCARA PROGRAM
MASA
PERKARA
7.30 pagi
Perhimpunan dan MAjlis Pelancaran Sambutan Kemerdekaan peringkat sekolah 2013
9.00 pagi
Perhimpunan tamat dan rehat
9.45 pagi
Perarakan Merdeka Raya sekitar Taman Indah Bermula
11.15 pagi
Perarakan tamat dan jamuan hari raya kepada semua murid
12.00 tgh
Jamuan hari raya untuk semua guru dan staf

Khamis, 22 Ogos 2013

Khamis, 15 Ogos 2013

173.Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku

56 Tahun Kemerdekaan

Setelah 56 tahun mengecapi kemerdekaan, Malaysia membangun dengan penuh bergaya. Pembangunan yang dicapai begitu pantas dan dinamik. Kekukuhan ekonomi dan perpaduan kaum menjadi kunci kepada keutuhan kemerdakaan yang telah dilalui. Rakyat menikmati agihan kestabilan politik, kemewahan ekonomi dan keadilan sosial yang sama dan seimbang. Pendidikan terus memacu rakyat untuk menjadi bangsa yang moden, beradab dan dihormati. Malaysia harum di pentas dunia sebagai sebuah negara membangun yang maju dan stabil.

Beberapa mercu tanda seperti projek pengeluaran kereta nasional pertama Proton Saga yang merintis industri permotoran negara, pembinaan Menara Berkembar Kuala Lumpur yang pernah diiktiraf sebagai di Menara Tertinggi Di Dunia, pembinaan Litar Antarabangsa Sepang yang berjaya menaikkan imej negara khususnya dalam penganjuran sukan lumba kereta Formula One selain mengangkat nama Petronas dalam melahirkan tenaga mahir dalam bidang permotoran dan pelbagai lagi mercu tanda dan kejayaan yang dicapai menjadi produk kebanggaan rakyat Malaysia.

Persediaan menghadapi badai langit terbuka telah dilakukan dengan penubuhan Koridor Raya MultiMedia (Multimedia Super Corridor) agar setanding dengan Lembah Silikon di Amerika Syarikat. Pencapaian rakyat Malaysia juga tidak kurang hebatnya apabila sekumpulan pendaki berjaya menawan puncak Everest pada 15 Mei 1997, berenang merentasi selat Inggeris pada 3 Ogos 2003, ekspedisi penerjunan di kutub utara pada 2003 dan ekspedisi solo menawan benua Anrtartika pada 2004. Pada 10 Oktober 2007, angkasawan Malaysia yang pertama telah dihantar ke Stesyen Angkasa Antarabangsa (ISS).
Suara Malaysia didengar di persada antarabangsa apabila suatu ketika, Malaysia mempelopori usaha menentang Dasar Apartheid di Afrika Selatan. Keamanan yang dicapai oleh negara dipohon oleh PBB untuk membawa misi tersebut di negara-negara seperti Congo (1960-1963), Somalia (1993-1994), Bosnia (1993-1998), Kampuchea (1991-1994), Angola (1991) dan Timor Leste (2006). Segala pencapaian cemerlang negara adalah cetusan pemimpin dan aspirasi rakyat yang digembeling bersama untuk menjadi Malaysia benar-benar cemerlang, gemilang dan terbilang.

Kini segala usaha yang digarap oleh seluruh lapisan rakyat menjadi hadiah yang amat berharga untuk sambutan 56 Tahun Kemerdekaan Malaysia. Menghadapi alaf baru yang penuh cabaran, rakyat Malaysia seharusnya lebih berwaspada. Biarpun suatu ketika dahulu, rakyat digembar-gemburkan dengan penjajahan bentuk baru melalui pengaruh pemikiran, ekonomi, sosial, adat dan budaya, ternyata, kini, penjajahan ke atas negara lemah dan mundur yang suatu ketika dahulu telah lama ditinggalkan oleh manusia bertamadun, kini kembali semula dalam bentuk dan alasan baru.

Kita juga dikepung oleh ledakan teknologi komunikasi maklumat dan era globalisasi yang menuntut lebih pengorbanan dan tanggungjawab daripada rakyat untuk terus mempertahankan kemerdekaan sedia ada. Dunia tanpa sempadan yang diperkenalkan kepada seluruh rakyat menuntut kita supaya lebih peka dengan persekitaran yang berlaku. Justeru, konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan akan menjadi wadah untuk rakyat membangunkan negara dengan penuh keimanan kepada tuhan, berilmu, kehidupan yang harmoni, agihan kekayaan yang adil, bertamadun dan beretika.

Selasa, 30 Julai 2013

Sabtu, 6 Julai 2013

171.Program 3K : Hari Kecergasan dan Kecerdasan Pringkat SMK TI


Pada 6hb Julai 2013 (Sabtu), satu lagi acara yang meriah berlangsung di SMK TI iaitu Hari Kecergasan dan Kecerdasan di peringkat sekolah.Program ini adalah anjuran bersama PPD Tampin, Unit 3K dan Panitia PJK SMK TI. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua, Tn. Hj. Ramli b Ibrahim. Antara aktiviti ysng berlansung sepanjang hari ini ialah senamrobik, jalan 10 000 langkah , pertandingan futsal dan bola jaring. Tahniah kepada Panitia PJPK dan Unit 3K kerana berjaya mengadakan program ini.Kepada guru-guru,kakitangan serta murid-murid SMK TI terima kasih atas kerjasama dan komitmen bagi menjayakan program ini.

Selasa, 25 Jun 2013

Isnin, 17 Jun 2013

170.Program 3K : Program Sehari Bersama Polis Diraja Malaysia

Perasmian oleh:
TUAN HAJI RAMLI B IBRAHIM
Pengetua SMK Taman Indah
Matlamat
Memberi pendedahan kepada semua pelajar tentang pendidikan pencegahan jenayah dan kesan-kesan negative yang berlaku di sekeliling pelajar.
Objektif
1.Menimbulkan perubahan sikap dan pembangunan sahsiah pelajar.
2.Memupuk perubahan sikap dan pembangunan sahsiah pelajar.
3.Memberi kesedaran awal tentang pencegahan jenayah.
4.Mengurangkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar.
Tentatif Program:
Tarikh / Hari
Masa
Aktiviti
  
17 Jun  2013
Isnin
07.10 am
07.40 am
07.50 am



09.00 am







10.20 am
10.40 am
12.00 tgh
Semua pelajar duduk di  Dataran Ilmu
Ucapan Pengerusi dan Perasmian
Oleh: Tn. Hj. Ramli b Ibrahim
Ceramah Polis1: Salah Laku Jenayah Oleh :
 Sjn. Md Salleh b Hj Harmanie
dari IPK Polis Seremban
Pameran Polis:
i.      Anti Jenayah
ii.     Anti Dadah
iii.    Trafik
iv.     Perhubungan Awam
v.     Tayangan Vedio(Bilik Komputer)
(Pelajar melawat pameran mengikut jadual yang telah ditetapkan)
Rehat
Sambungan Lawatan ke tapak pameran
Pameran ditutup
JUTAAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT TERUTAMA PIHAK POLIS DIRAJA MALAYSIA YANG MENJAYAKAN PROGRAM YANG JULUNG PERTAMA DIADAKAN INI....TERIMAKASIH PDRM!
[GAMBAR PROGRAM - KLIK LINK INI]

Khamis, 16 Mei 2013

169. Hari Guru 2013 Peringkat SMK Taman Indah

=========================
TERIMA KASIH CIKGU !!!!!!!
=============================
"Guru yang hebat bagaikan bah besar jika ada daratan  yang tinggi cuba menghalang di depannya maka, ia langsung menerjang dan naik ke puncaknya. Sebaliknya jika ada lubang atau lurah dan lembah maka ia akan memenuhinya dengan air. Begitu juga jika ada batu besar yang menghalang di depannya, maka ia menghala ke kanan dan ke kiri. Dan jika tiada pilihan berkemungkinan besar dia akan memecahkan batu tersebut. Itulah ibarat guru yang hebat."
TERIMA KASIHKU UCAPKAN PADAMU..DAN SELAMAT HARI  GURU !!! 
SYABAS DAN TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA BARISAN PENGAWAS ATAS PENGANJURAN MAJLIS HARI GURU 2013..TERUSKAN USAHA ANDA. TIDAK KETINGGALAN JUGA DIUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA BARISAN GURU DAN STAF SOKONGAN YANG MENJAYAKAN MAJLIS YANG SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG...
[Untuk melihat gambar-gambar  yang lebih menarik sempena majlis ini bolehlah mengakses link yang disertakan ini : https://www.facebook.com/media/set/?set=a.554212237954798.1073741831.124540130922013&type=3 ]

Rabu, 15 Mei 2013

168.Karnival Ko Akademik 2013

==================================================
KARNIVAL KOAKADEMIK 2013
SMK TAMAN INDAH  
==================================================
TEMA: KOAKADEMIK MENJANA KECEMERLANGAN INSAN
TARIKH: 1 APRIL HINGGA 26 APRIL 2013
PERASMIAN OLEH:
ENCIK NAZRI B A. ABD RAHMAN
PENOLONG PPD TAMPIN (BIDANG BAHASA)
Klik link di bawah untuk melihat aktiviti-aktiti yang telah dijalankan : 
https://www.facebook.com/pages/1-MALAYSIA-SEKOLAH-MENENGAH-KEBANGSAAN-TAMAN-INDAH/124540130922013?sk=photos_albums

Isnin, 6 Mei 2013

Rabu, 1 Mei 2013

166. Program Badan Disiplin-Taklimat Disiplin dan Pengagihan Buku Peraturan Sekolah

==========================================
TAKLIMAT DISIPLIN
DAN
PENGAGIHAN BUKU PERATURAN SEKOLAH
KEPADA PELAJAR SMKTI
========================================    
Anjuran: Badan Disiplin SMKTI

165. Program Badan Disiplin SMKTI - Program Bersama Polis

================================
PROGRAM  BERSAMA POLIS DIRAJA MALAYSIA
================================
Anjuran : Badan Disiplin SMKTI



Jumaat, 22 Mac 2013

163.Program 3K: Seminar Kesedaran Keselamatan Kebakaran

==============================================
SEMINAR KESEDARAN KESELAMATAN KEBAKARAN
==============================================
Tarikh: 20hb Mac 2013
Masa:3.00pm - 4.30pm
Hari:Rabu
Sasaran: Warga Pendidik dan Staf Sokongan SMK Taman Indah
Penceramah: Pn. Anne Cheng (Fire Prevention Centre, Kuala Lumpur)
Anjuran: SMK Taman Indah
Objektif: Meningkatkan kesedaran keselamatan kebakaran di kalangan warga SMK Taman Indah dan mengurangkan risiko kebakaran kerugian yang dialami di Malaysia.

Isnin, 18 Mac 2013

162.Program Outreach PBS - Public Engagement PIBG

==================================
PROGRAM OUTREACH PBS -
PUBLIC ENGAGEMENT PIBG DAERAH TAMPIN
==================================
    Tarikh: 13hb Mac 2013
 Tempat: Dewan SMK Taman Indah
Masa: 2.30 pm - 5.00 pm
Anjuran : Lembaga Peperiksaan Malaysia, PPD Tampin dan SMK Taman Indah
Perasmian oleh:
Tn. Hj. Hamzah b Hj. Abu
PPD Tampin
 Mukadimah:
Dimaklumkan bahawa PBS sedang dilaksanakan bagi murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 serta murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 sekolah menengah. Maka itu bagi memastikan pelaksanaan PBS difahami oleh semua pihak yang berkepentingan, LPM mengambil iniasitif dengan berkerjasama dengan PPD Tampin dan SMK Taman Indah untuk melaksanakan Program Outreach PBS-Public Engagement PIBG bagi Daerah Tampin untuk memberi penerangan dan penjelasan tentang pelaksanaan PBS. Kumpulan sasaran bagi program ini ialah ahli PIBG sekolah rendah dan sekolah menengah Daerah Tampin.



Ahad, 17 Mac 2013

161.Profil SMK Taman Indah

PROFIL SMK TAMAN INDAH
  

Jumaat, 8 Mac 2013

160.Pembudayaan PBS:Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS)

PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan dan kurikulum kebangsaan. Kompenen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik. Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah(PS) dan Pentaksiran Pusat (PP) , manakala kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik(PPsi) dan PentaksiranAktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum(PAJSK). Kedua-dua kategori ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan penyaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah.
1.Pentaksiran Sekolah
Pentaksiran sekolah yang dirancang, dibina, ditakbir, diperiksa,direkod dan dilapor oleh guru yang berkenaan.
a.Pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran(P&P). Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian,kuiz,senarai semak,laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian.
b.Pentaksiran sumatif dijalankan pada akhir setiap unit pembelajaran, penggal, bulan dan tahun.
PS berfungsi sebagai untuk pembelajaran(assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran(assessment of learning)
2.Pentaksiran Pusat
Pentaksiran Pusat yang ditadbir,diperiksa,direkod di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan peraturan pentaksiran, instrumen pentaksiran,tugasan,garis panduan,peraturan penskoran dan penggredan dikeluarkan oleh LP dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran. Pelaporan dikeluarkan LP.
3.Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
Pentaksiran yang ditadbir,direkod dan dilaporkan di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan penyertaan,penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti sukan,kokurikulum dan ekstrakurikulum. Standard Kecegasan Fizika Kebangsaan(SEGAK) dan Body Mass Index(BMI) dilaksanakan untuk menilai dan melaporkan aktiviti fizikal murid.
4.Pentaksiran Psikometrik
Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah dan / atau pusat untuk mengukur kebolehan(innate ability dan acquired ability), kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah,minat,kecenderungan,sikap dan personaliti murid.Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran.
 
Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS) sekolah rendah mulai tahun 2011 dan peringkat menengah rendah mulai tahun 2012.
 
Nota:  Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai PBS , bolehlah mengakses link di bawah:
                               http://www.mediafire.com/?q9qyj5u6064p9ra

Jumaat, 22 Februari 2013

Khamis, 21 Februari 2013

158. Lawatan Penanda Aras PBS ke SMK Tinggi Perempuan Melaka

================================
LAWATAN PENANDA ARAS PBS
KE SMK TINGGI PEREMPUAN MELAKA
====================================
Tarikh: 21hb Februari 2013
Hari: Khamis
Masa: 2.30 pm

Ahad, 17 Februari 2013

157.Modul Matematik PMR 2013-Edisi Terkini

Modul ini telah diedit pada kali pertama pada 12hb Disember 2012. Soalan PMR 2012 termasuk di dalam modul ini. Untuk memuat turun Modul Matematik ini anda boleh mengakses link di bawah: