Jumaat, 22 Februari 2013

Khamis, 21 Februari 2013

158. Lawatan Penanda Aras PBS ke SMK Tinggi Perempuan Melaka

================================
LAWATAN PENANDA ARAS PBS
KE SMK TINGGI PEREMPUAN MELAKA
====================================
Tarikh: 21hb Februari 2013
Hari: Khamis
Masa: 2.30 pm

Ahad, 17 Februari 2013

157.Modul Matematik PMR 2013-Edisi Terkini

Modul ini telah diedit pada kali pertama pada 12hb Disember 2012. Soalan PMR 2012 termasuk di dalam modul ini. Untuk memuat turun Modul Matematik ini anda boleh mengakses link di bawah:

Khamis, 14 Februari 2013

156. Barisan Pengurusan SMK TI 2013

BARISAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SMK TI 2013

Rabu, 13 Februari 2013

Sabtu, 9 Februari 2013

154.Majlis Maulidur Rasul Peringkat SMKTI 2013

"TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM ATAS PENGANJURAN MAJLIS INI. TERIMA KASIH JUGA DIUCAPKAN KEPADA SEMUA GURU, PELAJAR DAN WARGA SMKTI YANG MENJAYAKAN PROGRAM INI."

Khamis, 7 Februari 2013

153.Majlis Penyampaian Hadiah Tempat ke 2 Peringkat Kebangsaan dalam Pertandingan Ceria Merdeka 2012.

==================================
MAJLIS PENYAMPAIAN PLAK/WANG TUNAI
TEMPAT KE 2 PERINGKAT KEBANGSAAN
PERTANDINGAN CERIA MERDEKA 2012
 ====================================
Masa: 10.20 am - 11.00 am
Tempat: Dataran Ilmu
Tarikh: 6hb Februari 2013
Disempurnakan oleh: Tn. Haji Hashim Bedu
Pengarah Penerangan N.Sembilan
"TAHNIAH DAN SYABAS SEMUA WARGA SMK TAMAN INDAH"

Rabu, 30 Januari 2013

152. Program Sekolah-Program Budaya Membaca

=================================
PROGRAM BUDAYA MEMBACA
================================
Masa: 7.00 - 7.40 pagi
Tempat: Dataran Ilmu SMKTI
Objektif: 
-Memupuk budaya membaca
Sasaran:
-Semua warga sekolah
Pelaksanaan:
-Laluan Iqra'(Membaca) selama 40 minit di tapak perhimpunan.
-Program Bahasa Melayu pada hari Isnin.
-Program Nilam pada hari Selasa.
-Program LAZER pada hari Rabu
-Taklimat disiplin pada hari Khamis.


Sabtu, 12 Januari 2013

151. Welcome Drink 2013

============================
WELCOME DRINK 2013
============================
TARIKH: 3HB JAN 2013
MASA: 3 PETANG
TEMPAT: RUMAH REHAT TAMPIN  


Jumaat, 11 Januari 2013

150. Program Orientasi Pelajar Tingkatan Satu dan Peralihan 2013


2 Januari 2013 : Unit Bimbingan & Kaunseling (UBK) dan Lembaga Pengawas SMK Taman Indah telah mengadakan Program Orientasi Tingkatan 1/2013 bertempat di Dewansekolah .
Objektif utama Program Orientasi Tingkatan 1/2013 diadakan adalah;
1. Menyesuaikan diri peserta dengan persekitaran sekolah.
2. Mengeratkan silaturrahim antara pelajar baru dengan warga SMK Taman Indah.
3. Mendedahkan pelajar kepada matlamat, visi dan peraturan sekolah serta menyemai budaya ilmu dalam kalangan pelajar baru.
4. Mencungkil potensi diri dan bakat kepimpinan para peserta.

Sabtu, 5 Januari 2013

149.Notis Mesyuarat Lembaga Disiplin & Pengawas dan Guru Tingkatan

------------------------------------------------------------------
MESYUARAT LEMBAGA DISIPLIN & PENGAWAS
DAN GURU TINGKATAN KALI PERTAMA 2013
_________________________________________
Tarikh : 7 Januari 2013
Hari: Isnin
Masa:3.00 petang
Tempat: Bilik Gerakan
 Agenda:
1.Ucapan Pengerusi
2.e-Hadir
3.Laporan Semasa Disiplin Murid daripada
Guru Disiplin,kaunselor dan Guru Tingkatan
4.Perancangan Tahunan 2013
5.Perbincangan Isu-isu Semasa Disiplin
6.Hal-hal Lain
 p/s: Bahan-bahan yang perlu dibawa semasa mesyuarat ialah
-bahan edaran semasa mesyaurat guru kali pertama
-senarai nama murid kelas yang terkini (guru tingkatan)  

Sabtu, 15 Disember 2012

147. Cara Semakan Keputusan Peperiksaan PMR 2012 melalui Online dan SMS:

 
Kini para ibubapa dan penjaga pelajar boleh membuat semakan secara online keputusan peperiksaan UPSR, PMR ataupun SPM melalui SAPS.

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) adalah perkhidmatan percuma diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia kepada ibu bapa / penjaga untuk menyemak dan memudahkan untuk mengetahui keputusan peperiksaan dalaman ( termasuk peperiksaan percubaan ) atau peperiksaan awam anak jagaan mereka secara online.
Di bawah cara-cara:
1)Klik sini Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) 

2) Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak
3)Pilih Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah
4)klik butang Semak Laporan.

SISTEM ANALISIS SEKOLAH(SAPS)
 
CARA SEMAKAN KEPUTUSAN PMR 2012 CARA SISTEM SMS  :

Rabu, 21 November 2012

146.Majlis Persaraan Pn. Halimaton bt Kairon - Jasamu Dikenang

------------------------------------------------------------------------------
MAJLIS PERSARAAN PN. HALIMAHTON BT. KAIRON
-------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 9hb. November 2012
Tempat: Dataran Ilmu SMK TI
Masa: 9.30 am
Anjuran:
Badan Pengawas SMK TI
"Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua guru dan pengawas atas penganjuran majlis tersebut"

145.Jamuan Akhir Tahun SMKTI 2012

+++++++++++++++++++++++++++++++++
JAMUAN AKHIR TAHUN SMK TI 2012
+++++++++++++++++++++++++++++++++
Tarikh : 2hb November 2012
Tempat: Hotel Pemaisuri, MITC Melaka
Masa: 2.30 Petang
Anjuran:
Kelab Guru dan Staf SMK Taman Indah
"TAHNIAH DAN TERIMAKASIH KE ATAS KELAB GURU DAN STAFF SMKTI ATAS PENGANJURAN MAJLIS TERSEBUT."

Ahad, 21 Oktober 2012

144. Tip Motivasi Belajar - Setiap orang perlu menghadapi dua kesakitan : Sakit kerana mendisiplinkan diri atau sakit kerana menyesal.....

        Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Untuk menggapai cita-cita yang tinggi, kita haruslah mengharungi segala kesulitan dan kesakitan terlebih dahulu.
         Jika kita berusaha dari sekarang dan sanggup mengharungi pelbagai ketidakselesaan nescaya kita tidak akan menyesal di kemudian hari. Masa hadapan pula lebih cerah.
        Masalah wujud apabila ramai pelajar yang memilih untuk seronok sekarang tanpa memikirkan bahawa mereka akan sakit kemudian hari. Seronok sekarang dalam erti kata leka dan berhibur sepanjang masa semasa di bangku sekolah yang cuma lima tahun sahaja ( Tingkatan Satu - Lima ). Tetapi penyesalan(sakit) kerana kegagalan dalam peperiksaan lantaran tidak berpeluang menceburkan diri dalam bidang yang diminati selepas keluar sekolah mungkin selama 50 tahun ( umur 20 - 70 tahun).
         Jadi berfikirlah dengan bijaksana dan rebutlah peluang sementara ada agar tidak sakit di kemudian hari.
(Dr. Shukri Abdullah)

Khamis, 27 September 2012

143. Tip Motivasi Belajar - Ingat Jasa Ibu & Ayah

       Setiap ibu bapa sayangkan anak mereka. Mereka inginkan si anak berjaya dalam apa juga bidang yang diceburi. Jasa mereka terhadap kita besar sekali. Jika dihitung dari segi kewangan, nilai sumbangan mereka kepada kita sejak dilahirkan hingga tamat sekolah atau universiti adalah terlalu tinggi dan tidak mungkin dapat ditaksirkan. Misalnya berperanan sebagai pengasuh, pencuci, tukang masak, jururawat, guru, penjaga, pengawal keselamatan dan kadang-kadang sebagai pencari rezeki. Semua ini dilakukan bukan setahun dua , tetapi sehingga anak itu dewasa. Maknanya jasa ibu dan bapa terhadap kita terlalu besar.
      Sebagai balasan apakah yang dikehendaki oleh mereka. Sumbangan kewangan? Walaupun tindakan tersebut elok dibuat oleh anak-anak, ibu bapa tidak mengharapkan itu sebenarnya. Mereka sudah cukup gembira sekiranya kita berjaya dalam hidup kita. Maka sebagai langkah permulaan, kita hendaklah berjaya di dalam peperiksaan dan baik tingkah laku.
( oleh : Dr. Shukri Abdullah)

142. Lawatan beramah Mesra dengan Warga Tua - Rumah Kenangan Cheng, Melaka.

Pada 19/9/2012 , seramai 40 orang pelajar dan 4 orang guru  anjuran Panitia Sivik dan Kewarganegaraan SMK Taman Indah telah mengadakan lawatan beramah mesra dengan warga tua di rumah Kenangan Cheng, Melaka. Ini merupakan program Khidmat Masyarakat yang bertemakan " Hubungan Kekeluargaan".
Antara objektif program ialah:
i. mendedahkan murid kepada budaya luar yang sihat.
ii.memupuk nilai murni dengan melakukan aktiviti berfaedah.
iii.mengeratkan hubungan mesra dengan agensi kebajikan masyarakat.

***Tahniah diucapkan kepada Panitia Sivik dan Kewarganegaraan atas penganjuran program ini. Diharapkan banyak lagi program seperti ini dapat dilaksanakan pada masa-masa akan datang .Syabas kepada semua yang menjayakan program ini.

Selasa, 25 September 2012

141. Permohonan Ke SBP, Sekolah Kawalan/SM Agama, KRK, Kolej Vokasional dan SM Teknik serta Matrikulasi 2013

UNTUK MEMOHON SILA KLIK BANNER DI BAWAH INI:
Untuk keterangan lanjut sila berjumpa Kaunselor sekolah.

Selasa, 4 September 2012

140. Menyampaikan Sumbangan kepada Keluarga Siti Masturah Jamari(1B)

Pada 4hb September 2012, GPK HEM bersama Ustaz Safri dan En. Khairuddin telah pergi menziarahi rumah keluarga murid SMK Taman Indah bernama Siti Masturah bt Jamari  di Kg. Keru Dusun yang telah kehilangan bapanya (meninggal dunia) . Atas rasa simpati dan tanggungjawab, pihak sekolah dan Kelab Guru/Staf  telah menghulurkan sumbangan berbentuk kewangan dan barang  keperluan bagi tujuan meringankan bebanan keluarga tersebut. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terimakasih atas sumbangan yang telah diberikan oleh warga sekolah .. Hanya Allah s.w.t yang dapat membalas jasa kalian. Bagi Siti Masturah dan keluarga bersabarlah atas pemergian orang yang tersayang dan semoga roh beliau dimasukkan dikalangan orang-orang yang soleh.