Sabtu, 15 Disember 2012

147. Cara Semakan Keputusan Peperiksaan PMR 2012 melalui Online dan SMS:

 
Kini para ibubapa dan penjaga pelajar boleh membuat semakan secara online keputusan peperiksaan UPSR, PMR ataupun SPM melalui SAPS.

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) adalah perkhidmatan percuma diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia kepada ibu bapa / penjaga untuk menyemak dan memudahkan untuk mengetahui keputusan peperiksaan dalaman ( termasuk peperiksaan percubaan ) atau peperiksaan awam anak jagaan mereka secara online.
Di bawah cara-cara:
1)Klik sini Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) 

2) Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak
3)Pilih Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah
4)klik butang Semak Laporan.

SISTEM ANALISIS SEKOLAH(SAPS)
 
CARA SEMAKAN KEPUTUSAN PMR 2012 CARA SISTEM SMS  :

Rabu, 21 November 2012

146.Majlis Persaraan Pn. Halimaton bt Kairon - Jasamu Dikenang

------------------------------------------------------------------------------
MAJLIS PERSARAAN PN. HALIMAHTON BT. KAIRON
-------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 9hb. November 2012
Tempat: Dataran Ilmu SMK TI
Masa: 9.30 am
Anjuran:
Badan Pengawas SMK TI
"Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua guru dan pengawas atas penganjuran majlis tersebut"

145.Jamuan Akhir Tahun SMKTI 2012

+++++++++++++++++++++++++++++++++
JAMUAN AKHIR TAHUN SMK TI 2012
+++++++++++++++++++++++++++++++++
Tarikh : 2hb November 2012
Tempat: Hotel Pemaisuri, MITC Melaka
Masa: 2.30 Petang
Anjuran:
Kelab Guru dan Staf SMK Taman Indah
"TAHNIAH DAN TERIMAKASIH KE ATAS KELAB GURU DAN STAFF SMKTI ATAS PENGANJURAN MAJLIS TERSEBUT."

Ahad, 21 Oktober 2012

144. Tip Motivasi Belajar - Setiap orang perlu menghadapi dua kesakitan : Sakit kerana mendisiplinkan diri atau sakit kerana menyesal.....

        Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Untuk menggapai cita-cita yang tinggi, kita haruslah mengharungi segala kesulitan dan kesakitan terlebih dahulu.
         Jika kita berusaha dari sekarang dan sanggup mengharungi pelbagai ketidakselesaan nescaya kita tidak akan menyesal di kemudian hari. Masa hadapan pula lebih cerah.
        Masalah wujud apabila ramai pelajar yang memilih untuk seronok sekarang tanpa memikirkan bahawa mereka akan sakit kemudian hari. Seronok sekarang dalam erti kata leka dan berhibur sepanjang masa semasa di bangku sekolah yang cuma lima tahun sahaja ( Tingkatan Satu - Lima ). Tetapi penyesalan(sakit) kerana kegagalan dalam peperiksaan lantaran tidak berpeluang menceburkan diri dalam bidang yang diminati selepas keluar sekolah mungkin selama 50 tahun ( umur 20 - 70 tahun).
         Jadi berfikirlah dengan bijaksana dan rebutlah peluang sementara ada agar tidak sakit di kemudian hari.
(Dr. Shukri Abdullah)

Khamis, 27 September 2012

143. Tip Motivasi Belajar - Ingat Jasa Ibu & Ayah

       Setiap ibu bapa sayangkan anak mereka. Mereka inginkan si anak berjaya dalam apa juga bidang yang diceburi. Jasa mereka terhadap kita besar sekali. Jika dihitung dari segi kewangan, nilai sumbangan mereka kepada kita sejak dilahirkan hingga tamat sekolah atau universiti adalah terlalu tinggi dan tidak mungkin dapat ditaksirkan. Misalnya berperanan sebagai pengasuh, pencuci, tukang masak, jururawat, guru, penjaga, pengawal keselamatan dan kadang-kadang sebagai pencari rezeki. Semua ini dilakukan bukan setahun dua , tetapi sehingga anak itu dewasa. Maknanya jasa ibu dan bapa terhadap kita terlalu besar.
      Sebagai balasan apakah yang dikehendaki oleh mereka. Sumbangan kewangan? Walaupun tindakan tersebut elok dibuat oleh anak-anak, ibu bapa tidak mengharapkan itu sebenarnya. Mereka sudah cukup gembira sekiranya kita berjaya dalam hidup kita. Maka sebagai langkah permulaan, kita hendaklah berjaya di dalam peperiksaan dan baik tingkah laku.
( oleh : Dr. Shukri Abdullah)

142. Lawatan beramah Mesra dengan Warga Tua - Rumah Kenangan Cheng, Melaka.

Pada 19/9/2012 , seramai 40 orang pelajar dan 4 orang guru  anjuran Panitia Sivik dan Kewarganegaraan SMK Taman Indah telah mengadakan lawatan beramah mesra dengan warga tua di rumah Kenangan Cheng, Melaka. Ini merupakan program Khidmat Masyarakat yang bertemakan " Hubungan Kekeluargaan".
Antara objektif program ialah:
i. mendedahkan murid kepada budaya luar yang sihat.
ii.memupuk nilai murni dengan melakukan aktiviti berfaedah.
iii.mengeratkan hubungan mesra dengan agensi kebajikan masyarakat.

***Tahniah diucapkan kepada Panitia Sivik dan Kewarganegaraan atas penganjuran program ini. Diharapkan banyak lagi program seperti ini dapat dilaksanakan pada masa-masa akan datang .Syabas kepada semua yang menjayakan program ini.

Selasa, 25 September 2012

141. Permohonan Ke SBP, Sekolah Kawalan/SM Agama, KRK, Kolej Vokasional dan SM Teknik serta Matrikulasi 2013

UNTUK MEMOHON SILA KLIK BANNER DI BAWAH INI:
Untuk keterangan lanjut sila berjumpa Kaunselor sekolah.

Selasa, 4 September 2012

140. Menyampaikan Sumbangan kepada Keluarga Siti Masturah Jamari(1B)

Pada 4hb September 2012, GPK HEM bersama Ustaz Safri dan En. Khairuddin telah pergi menziarahi rumah keluarga murid SMK Taman Indah bernama Siti Masturah bt Jamari  di Kg. Keru Dusun yang telah kehilangan bapanya (meninggal dunia) . Atas rasa simpati dan tanggungjawab, pihak sekolah dan Kelab Guru/Staf  telah menghulurkan sumbangan berbentuk kewangan dan barang  keperluan bagi tujuan meringankan bebanan keluarga tersebut. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terimakasih atas sumbangan yang telah diberikan oleh warga sekolah .. Hanya Allah s.w.t yang dapat membalas jasa kalian. Bagi Siti Masturah dan keluarga bersabarlah atas pemergian orang yang tersayang dan semoga roh beliau dimasukkan dikalangan orang-orang yang soleh.

Khamis, 16 Ogos 2012

139. Program Ihya' Ramadan 2012

====================================
PROGRAM IHYA' RAMADAN 1433H/2012M
====================================
TARIKH: 21 JULAI 2012 - 15 OGOS 2012
TEMPAT: SURAU AL-HIDAYAH SMK TAMAN INDAH
ANJURAN:
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
Program Ihya' Ramadan 1433H.2012M SMK Taman Indah telah diadakan pada 1 Ramadan 1433H hingga 26 Ramadan 1433 H bersamaan 21 Julai 2012 hingga 15 Ogos 2012 bertempat di Surau Al-Hidayah SMK Taman Indah. Antara aktiviti yang telah diadakan adalah:
1. Solat terawih berjemaah.
2.Majlis Berbuka puasa.
3.Majlis Tadarus Al-Quran dan Majlis Khatam Al-Quran.
4.Majlis Penyampaian sumbangan anak yatim dan miskin.
5.Tazkirah dan bicara keilmuan.
6.Program Gotong Royong Memasak Bubur Lambok serta pengagihan kepada warga SMKTI.
"SYABAS KEPADA SEMUA WARGA SMKTI YANG MENJAYAKAN PROGRAM INI"

Selasa, 14 Ogos 2012

138. Projek Ceria Merdeka Raya 2012

======================================
PROJEK CERIA MERDEKA RAYA 2012
=====================================
Tarikh : 13 - 14 hb Ogos 2012
Tempat: SMK Taman Indah
Anjuran:
Bidang Kemanusiaan SMKTI  dan Panitia Sejarah SMKTI
Tujuan dan Latar belakang Projek:
Program diadakan dengan tujuan memberi pengiktirafan serta penghormatan kepada rakyat Malaysia sama ada individu atau organisasi yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi untuk sama-sama menyemarakkan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara.
Objektif:
i. Memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara.
ii.Meningkatkankan kesedaran dan penghayatan kemerdekaan negara.
iii.Mendorong dan mencetus kreativiti dan generasi baru dalam menyemarakkan sambutan kemerdekaan negara.
Rumusan:
Adalah diharapkan agar projek yang dijalankan akan dapat menanamkan semangat cintakan negara dikalangan warga SMKTI disamping dapat mencungkil kreativiti dikalangan warga SMKTI bagi membantu kejayaan sekolah. Akhir kata,syabas dan tahniah atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak iaitu murid, guru, bukan guru, pekerja swasta , pengawal keselamatan dan seluruh warga SMKTI yang menjayakan program ini. Terima kasih dan syabas sekali lagi kepada semua.

Jumaat, 20 Julai 2012

137.Majlis Pelancaran Kibarkan Jalur Gemilang

===============================================
MAJLIS PELANCARAN KIBARKAN JALUR GEMILANG
================================================
Tarikh: 20 Julai 2012
Masa: 7.30 am
Tempat: Dataran Ilmu SMK Taman Indah
 Dirasmikan oleh:
Tn. Hj. Ramli bin Ibrahim
Pengetua SMK Taman Indah
TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT !!!!!

Rabu, 18 Julai 2012

136.Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin arrives in NS for half-day visit - Latest - New Straits Times (18/7/2012)


TAMPIN: Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin arrived here today for a half-day official visit to Negeri Sembilan.

He arrived at the Tampin Mini Stadium, here at 11.55am on board a helicopter and was greeted by Works Minister Datuk Seri Shaziman Abu Mansor, who is also the Member of Parliament for Tampin, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan and state Barisan Nasional leaders.
Shortly after arrival, Muhyiddin, who was accompanied by his wife, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, made a courtesy call on the Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri at the Balai Tunku Besar Tampin, here and left half-an-hour later.
The Deputy Prime Minister later attended the official opening of the additional building at Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kampung Baru, here at 12.40pm.
Muhyiddin was scheduled to attend a gathering of the leader with non-governmental organisations (NGOs) in the Tampin parliamentary constituency and the Repah state constituency at the Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Indah field at 2pm.
Shortly after, Muhyiddin was scheduled to perform the 'Asar' prayer before attending a gathering with all the imam and nazir throughout Tampin at the Surau Taman Indah before departing for Kuala Lumpur at 5pm. -- BERNAMA
Read more: Muhyiddin arrives in NS for half-day visit - Latest - New Straits Times http://www.nst.com.my/latest/muhyiddin-arrives-in-ns-for-half-day-visit-1.108871#ixzz20yxCKqh0




Jumaat, 13 Julai 2012

135. Program Lawatan Bersama Y.A.B. TPM ke Daerah Tampin, NS.



=======================================================================
PROGRAM LAWATAN BERSAMA YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA
KE DAERAH TAMPIN, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
========================================================================
Dimaklumkan dengan sukacitanya bahawa YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran akan mengadakan lawatan kerja ke daerah Tampi Negeri Sembilan. Program tersebut akan melibatkan lawatan ke sekolah yang terpilih seperti ketetapan di bawah:
Tarikh: 17 Julai 2012 ( Selasa)
Masa: 1.00 Tengahari
Tempat: SMK Taman Indah,
Sehubungan itu, tuan/puan adalah dengan hormatnya dijemput hadir ke program lawatan itu .

Khamis, 5 Julai 2012

134. Program 3K - Majlis Perasmian Program "Benteras AIDS Tanggungjawab Bersama"

======================================================
Majlis Perasmian Program "Benteras AIDS Tanggungjawab Bersama"
Serta Pelancaran Combi dan Prostar Sekolah Menengah Daerah Tampin"
========================================================
Tarikh: 4 Julai 2012 ( Rabu)
Tempat: 
Tapak Perhimpunan, SMK Taman Indah
Perasmian Penutup oleh:
Tn. Hj. Hamzah Hj. Abu
Pegawai Pelajaran Daerah
Pejabat Pelajaran Daerah Tampin
Anjuran:
Pejabat Kesihatan Daerah Tampin,Pejabat Pelajaran Daerah Tampin dan SMK Taman Indah

ATUR CARA PROGRAM
7.00 – 7.30 pg
Pendaftaran peserta
7.45 – 8.45 pg
Pelepasan peserta bagi acara 10,000 Langkah seramai 325 orang
9.00 – 11.30 pg
-Program Taklimat & latihan AJK COMBI Sekolah
Oleh:Unit Promosi Kesihatan, Jab. Kesihatan, NS.
-Pameran Kesihatan
-Kuiz Kesihatan
-Kajian Soal Selidik Pengetahuan HIV/AIDS Remaja
-Pertandingan Futsal
-Pertandingan Bola Jaring
11.30 – 1.00 tgh
Ketibaan para tetamu
Nyanyian lagu Negaraku
Ucapan aluan
Pelancaran perasmian penutup
Majlis Penyampaian Sijil
Majlis penyampaian hadiah
Jamuan makan dan Majlis bersurai



Selasa, 26 Jun 2012

132. Program Majlis Perjumpaan Tiga Penjuru 2012

====================================
MAJLIS PERJUMPAAN TIGA PENJURU 
SMK TAMAN INDAH 2012
=====================================
Tarikh : 26hb Jun 2012
Masa: 12.00tgh - 2.00 ptg
Tempat: Bilik Darjah, Kantin dan Makmal SMKTI
Pengenalan
Program terancang bertujuan untuk ibu bapa/guru/pelajar mengetahui kemajuan akademik dan mencari jalan ke arah memperbaiki pencapaian akademik, sahsiah dan lain-lain lagi supaya anak-anak mereka memiliki ilmu dan kemahiran untuk menjadikan Tampin maju dan mencapai wawasan 2020.
Matlamat/Objektif
  • Peluang kepada penjaga/ibu bapa/guru dan pelajar berinteraksi supaya akademik anak-anak dapat diperbaiki dan dipertingkatkan.
  • Menyokong segala usaha SMKTI ke arah kecemerlangan.
    • Menjenamakan semula SMKTI sebagai institusi pendidikan unggul di Bandar Tampin
    TENTATIF PROGRAM
    MASA
    AKTIVITI/PROGRAM
    TINDAKAN
    11.00 pg – 12.00 thg
    Kehadiran ibu bapa/penjaga
    -AJK Pendaftaran
    & Sambutan
    12.00 tgh – 12.10 tgh
    Taklimat ringkas oleh Pengetua.GPK 1/GPK HEM/GPK Koku
    - Pengacara Majlis
    12.10 tgh – 2.00 ptg
    Pelajar, ibu bapa/penjaga & guru-guru mata pelajaran/tingkatan bersemuka & mengambil keputusan p & p setengah tahun
    -  Guru tingkatan
    - Guru mata pelajaran
    2.00 ptg
    Bersurai – ibu bapa/penjaga bersama anak-anak mereka balik ke rumah

















Ahad, 17 Jun 2012

131. Sambutan Hari Guru Peringkat SMK Taman Indah 2012

====================================================================
SAMBUTAN HARI GURU 2012 PERINGKAT SMK TAMAN INDAH -
"GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"
==================================================================
TARIKH : 16HB  MEI 2012
HARI: SELASA
ANJURAN:
BADAN PENGAWAS SMK TAMAN INDAH.

DIUCAPKAN SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN SAMBUTAN HARI GURU 2012 SMK TI TERUTAMANYA KEPADA BARISAN PENGAWAS...TAHNIAH SEMUA !!!!

Khamis, 10 Mei 2012

130. Lawatan ke rumah pelajar

Pada 9/5/2012 (Rabu), GPKHEM bersama guru disiplin En. Mazlan b Lambak telah membuat lawatan ke rumah salah seorang pelajar yang bermasalah displin. Tujuan lawatan ini adalah ingin bertemu dengan penjaga pelajar berkenaan untuk memaklumkan perkembangan dan perihal anak jagaan mereka. Disamping itu untuk menyampaikan mesej kepada mereka supaya peri pentingnya mereka mengambil berat mengenai disiplin anak jagaan mereka. Program ini akan diteruskan dari masa ke semasa...

129. Program Pautan Kasih

Pada 10/5/2012 (Khamis) telah diadakan Program Pautan Kasih yang mana bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pelajar pelajar, guru pelajar dan ibubapa pelajar. Dengan adanya program diharapkan perhubungan di antara  pelajar , penjaga dan guru bertambah erat.