Khamis, 10 Mei 2012
130. Lawatan ke rumah pelajar
Pada 9/5/2012 (Rabu), GPKHEM bersama guru disiplin En. Mazlan b Lambak telah membuat lawatan ke rumah salah seorang pelajar yang bermasalah displin. Tujuan lawatan ini adalah ingin bertemu dengan penjaga pelajar berkenaan untuk memaklumkan perkembangan dan perihal anak jagaan mereka. Disamping itu untuk menyampaikan mesej kepada mereka supaya peri pentingnya mereka mengambil berat mengenai disiplin anak jagaan mereka. Program ini akan diteruskan dari masa ke semasa...
129. Program Pautan Kasih
Pada 10/5/2012 (Khamis) telah diadakan Program Pautan Kasih yang mana bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pelajar pelajar, guru pelajar dan ibubapa pelajar. Dengan adanya program diharapkan perhubungan di antara pelajar , penjaga dan guru bertambah erat.
Khamis, 3 Mei 2012
128. Lawatan ke Rumah Pelajar
Pada 3hb Mei 2012(Khamis) , GPK HEM bersama dengan Tuan Pengetua, Tn. Hj. Ramli b Ibrahim telah melakukan satu lawatan ke rumah pelajar (Kg. Keru) yang tidak hadir ke sekolah untuk mengetahui masalah sebenar pelajar tersebut. Di samping itu cuba menasihati penjaga mereka peri pentingnya mereka mengambil berat pelajaran anak-anak mereka. Program ini secara tidak langsung merealisasikan Surat Siaran KPM Bil. 4/2012.
Rabu, 18 April 2012
126. Program Kesedaran dan Kepimpinan Sekolah Bebas Dadah
======================================
PROGRAM KESEDARAN DAN KEPIMPINAN
SEKOLAH BEBAS DADAH
========================================
Tarikh: 18 April 2012
Masa : 8.30 am
Tempat: Dewan SMK Taman Indah
Penyertaan: Guru dan Pelajar
Anjuran Bersama:
Unit Bimbingan Kaunselin SMKTI, PEMADAM Daerah Tampin
Dan IPD Tampin
Anjuran Bersama:
Unit Bimbingan Kaunselin SMKTI, PEMADAM Daerah Tampin
Dan IPD Tampin
Perasmian Penutup:
YB Dato' Mohd Kamil B Abd Aziz
ADUN Gemencheh
Objektif:
1. Memberi pengetahuan dan kesedaran bahaya dadah.
2.Menyebarkan pengetahuan dan kemahiran PPDa kepada warga sekolah
3. Menghayati dan mengamalkan sikap yang positif dalam menjalani kehidupan yang sihat selamat dan sejahtera.
Aturcara
|
|
8.00 am
|
Pendaftaran
|
8.30 am
|
Ucapan Urusetia pengajur
|
9.00 am
|
Ceramah 1:
-Kesan Penyalahgunaan Dadah Terhadap Manusia serta Kaedah
Pemulihannya
|
10.00 am
|
Rehat
|
10.30 am
|
Ceramah 2:
-Tindakan Undang-undang ke Atas Penagih, Pengedar dan Kumpulan
Penyalahgunaan Dadah
|
12.00 t.hari
|
Majlis Penutup
|
1.00 pm
|
Bersurai
|
Ahad, 15 April 2012
125. Modul Matematik PMR 2012
3 Modul Matematik PMRdi atas dibina adalah bertujuan persediaan para pelajar saya tingkatan tiga dan SMKTI yang akan menduduki PMR 2012 tahun ini. Alhamdullillah, Pecutan Minda Matematik PMR 2012 telah berjaya disiapkan hari ini.. Pecutan Minda Matematik PMR ini adalah terdiri daripada soalan-soalan kertas 2 PMR 2004 hingga PMR 2011 yang telah disusun mengikut topik bagi memudahkan pra pelajar membuat latihan dan mengulangkaji semasa kelas tambahan kelak.
Diharapkan modul ini dapat membantu para guru dalam penyediaan bahan kelas tambahan mereka. Semoga usaha yang sedikit ini memberi manfaat kepada para guru matematik dan pelajar SMKTI serta guru Matematik Se Malaysia amnya......Sekian terima kasih.
Isnin, 9 April 2012
124.Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas SMKTI 2012
=================================
MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH
PELANTIKAN PENGAWAS SMKTI
TAHUN 2012
===================================
Disempurnakan oleh:
Cif. Inspektor Pn. Puspa Rani a/p Palaniandy
Tetamu yang turut serta ialah:
Sarjan Mejar Musa b Ismail ( Timbalan Ketua Balai Polis Tampin)
En. Ridwan b Idris ( Penolong PPD Tampin)
En. Kamil b Puasa ( Penyelia Unit HEM PPD Tampin)
Jumaat, 6 April 2012
123. Merealisasikan Surat Siaran KPM Bil 4/2012 - Bantuan Susulan Kepada Keluarga Sarah Anisah bt Abd Aziz Mangsa Kebakaran.
======================================================
Kunjungan ke Rumah Keluarga Sarah Anisah bt Abd Aziz ( 5 Sains )
Mangsa Kebakaran - Masih Ada Yang Sayang.
========================================================
Sebagaimana yang telah sedia maklum pada 21hb Mach 2012 , satu bencana telah menimpa keluarga salah seorang pelajar SMKTI iaitu Sarah Anisa bt Abd. Aziz dari Tingkatan 5 Sains. Kebakaran yang berlaku di rumahnya telah memusnahkan seluruh keperluan termasuk barangan keperluan sekolah dan harian.Atas rasa tanggungjawab sosial, Jawatankuasa Kelab Guru dan Staf SMKTI telah melancarkan usaha bantuan susulan setelah pungutan derma kilat pertama dahulu dilakukan. Satu kunjungan perahatin telah dibuat terhadap keluarga tersebut di kediaman sementara di Taman Suria, Tampin pada 6hb April 2012 pada hari Jumaat bagi menyampaikan bantuan yang telah berjaya dikumpulkan. Sumbangan ikhlas yng sedikit ini akan memberi pengertian yang besar kepada penerima. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua wrga guru dan staf sokongan yang telah menghulurkan sumbangan tersebut. Hanya Allah s.w.t yang dapat membalasnya. Terima kasih semua . Bagi keluarga Sarah Anisah, semoga kalian bersabar dan tabah atas ketentuan Illahi itu
Jumaat, 30 Mac 2012
122.Pelancaran Program PPDA 2012
TEMA : 'KE ARAH SMKTI BEBAS DADAH'
Program yang akan dijalankan adalah seperti berikut :
BIL
|
PROGRAM PPDa
|
BULAN PELAKSANAAN
|
CATATAN
|
1
|
UJIAN URIN
|
FEBRUARI
|
UNIT AADK TAMPIN
|
2
|
PEMERIKSAAN TEMBAKAU
|
MACH
|
UNIT PENGUATKUASA KESIHATAN TAMPIN
|
3
|
CERAMAH BAHAYA DADAH
|
APRIL
|
PEMADAM TAMPIN
|
4
|
PAMERAN DADAH & ROKOK/HIV/KESIHATAN
|
APRIL
|
AADK / JABATAN KESIHATAN
|
5
|
PIDATO 5 MINIT ANTI DADAH
|
MEI
|
KELAB PENCEGAHAN JENAYAH
|
6
|
MELUKIS POSTER
|
JUN
|
KELAB SENI
|
Isnin, 26 Mac 2012
121. Merealisasikan Surat Siaran KPM Bil. 4/2012- Pertandingan Keceriaan Kelas
====================================
PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN
KECERIAAN KELAS
OLEH EN. ABD. AZIZ B ABD RAHMAN (GPK 1)
=======================================
Jumaat, 23 Mac 2012
121. Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Daerah Tampin - 24/3/2012
''TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SEMUA WARGA SMK TAMAN INDAH DAPAT MELAKSANAKAN MAJLIS MTAQ DAERAH PPD TAMPIN KALI KE 38 DENGAN JAYANYA. JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YNG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN MAJLIS INI. SEMOGA ALLAH S.W.T. MEMBERKATI USAHA SERTA TENAGA DAN BUAH FIKIRAN TUAN/PUAN DI DALAM MENJAYAKAN MTAQ PADA TAHUN 1433H BERSAMAAN 2012M"
Rabu, 21 Mac 2012
Sabtu, 3 Mac 2012
119.Program KPI - Majlis Simulasi Haji 2012
===========================================
MAJLIS SIMULASI HAJI 2012
============================================
Tarikh : 3hb Mac 2012
Masa: 8.30am hingga 1.30 petang
Tempat : Padang dan Surau SMK Taman Indah
Anjuran bersama Panitia Pendidikan Islam dan Tabung Haji Tampn
Penceramah:
Tuan Haji Shamsudin b Ahmad
Pengurus Tabung Haji Tampin
Objektif:
a).Meningkatkan keyakinan pelajar dalam menghadapi peperiksaan
dan ibadat kepada Allah.
b).Menyuntik semangat dan kerajinan pelajar.
c).Meningkatkan kesempurnaan dalam ibdat kepada Allah.
d).Bersama-sama mengaharapkan pertolongan Allah.
Objektif:
a).Meningkatkan keyakinan pelajar dalam menghadapi peperiksaan
dan ibadat kepada Allah.
b).Menyuntik semangat dan kerajinan pelajar.
c).Meningkatkan kesempurnaan dalam ibdat kepada Allah.
d).Bersama-sama mengaharapkan pertolongan Allah.
TENTATIF
PROGRAM
|
|
8.30 am
|
Kehadiran pelajar dan guru-guru
Persiapan
|
8.40 am
|
Simulasi/Praktikal Haji
|
10.30 am
|
Rehat
|
11.00 am
|
Teori dan ceramah haji
|
12.45 tgh
|
Sesi refleksi
|
1.30 pm
|
Sesi ujian
|
1.45 pm
|
Bersurai
|
(Pihak sekolah mengucapkan ribuan terimakasih kepada pihak Tabung Haji terutama
Tn. Hj. Shamsudin b Ahmnad selaku Pengurus TH Tampin kerana sudi hadir ke SMK Taman Indah untuk memberi ceramah kepada warga sekolah SMK TI . Terima kasih Tuan).
Tn. Hj. Shamsudin b Ahmnad selaku Pengurus TH Tampin kerana sudi hadir ke SMK Taman Indah untuk memberi ceramah kepada warga sekolah SMK TI . Terima kasih Tuan).
Jumaat, 2 Mac 2012
118. Program KPI (Kerohanian dan Pembangunan Insan)
==============================================================
Program KPI ( Kerohanian dan Pembangunan Insan)
==============================================================
Dilaksanakan: Setiap pagi Jumaat
Masa: 7.20 pagi hingga 7.50 pagi
Guru-guru dan para pelajar akan berkumpul mengikut kaum
di tempat yang telah ditentukan seperti di bawah:
Guru-guru dan para pelajar akan berkumpul mengikut kaum
di tempat yang telah ditentukan seperti di bawah:
Tempat: i) Surau SMK Taman Indah - Pelajar Islam
ii). Dataran Ilmu - Pelajar Cina
iii). Dataran Mawar-Pelajar India
Khamis, 1 Mac 2012
116. Program KPI - Ceramah Sambutan Maulidur Rrasul 2012
=======================================
CERAMAH SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2012
PERINGKAT SMK TAMAN INDAH
=======================================
DISAMPAIKAN OLEH:
TN. HJ. SAIFOL ISLAM B HJ DOL MAD
( IMAM MASJID TUNKU BESAR TAMPIN)
Selasa, 21 Februari 2012
115.Merealisasikan Surat Siaran KPM Bil. 4/2012 - Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum
===========================================================
ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM 2012-
JOHAN DALAM PERTANDINGAN BADMINTON DAN BOLA KERANJANG
PERINGKAT DAERAH TAMPIN
Sabtu, 18 Februari 2012
Rabu, 15 Februari 2012
113.Mesyuarat Agong PIBG ke 22
================================
MESYUARAT AGONG PIBG
DAN
PENYAMPAIAN HADIAH KECEMERLANGAN PELAJAR
KALI KE 22/2012
================================================
TARIKH: 15HB FEB. 2012
MASA: 2.00 PETANG
TEMPAT: DEWAN BESAR SMK TAMAN INDAH
PERASMIAN DAN PENYAMPAIAN OLEH:
YB. DATO' MOHD KAMIL B ABD. AZIZ
ADUN GEMENCHEH
TERIMA KASIH DATO' !! ATAS SUMBANGAN SEBANYAK RM5000 UNTUK PROGRAM KECEMERLANGAN PELAJAR SMK TAMAN INDAH...
Rabu, 11 Januari 2012
110. Program Bersama PPD Tampin
==============================
PROGRAM BERSAMA PPD TAMPIN
- TAKLIMAT/CERAMAH MOTIVASI
================================
OLEH:
EN. RIDWAN BIN IDRIS
PEN. PPD TAMPIN
TARIKH: 11HB JAN 2012
MASA: 7.45 - 8.45 AM
HARI: RABU




































































