Sabtu, 19 Februari 2011

81. Majlis Persaraan Puan Noraini bt Salim

===============================================
MAJLIS PERSARAAN PUAN NORAINI BINTI SALIM
==============================================
TARIKH: 19FEBRUARI 2011


MASA: 7.30 PAGI

TEMPAT: ASTAKA SMKTI

Khamis, 17 Februari 2011

80.SMK Taman Indah Tampin Masuk ‘THE MALAYSIA BOOK OF RECORDS


TAMPIN : 14 Feb – Dengan jumlah keseluruhan lukisan 12,420 logo 1 Malaysia, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Indah, Tampin, Negeri Sembilan telah berjaya melakar nama dalam The Malaysia Book Of Records untuk ‘The Most Number of  1 Malaysia Logo in the School Premises’.
Pencapaian tersebut membuktikan bahawa wujudnya perpaduan dan kerjasama yang erat diantara warga sekolah yang terdiri dari perbagai kaum dan paling utama para palajar yang menunjukkan semangat menyayangi sekolah dan memahami erti konsep 1 Malaysia.
Menteri Besar Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad Hj. Hasan ketika berucap merasmikan Majlis Pengiktirafan  Bilangan Logo 1 Malaysia terbanyak di Premis Sekolah tersebut  berasa amat berbangga dan memuji semua pihak yang terlibat menjayakan aktiviti cemerlang ini.
Beliau menyifatkan segala usaha yang dilakukan dan kejayaan yang dicapai membuktikan betapa pentingnya kerjasama dan kemuafakatan yang erat antara kaum dan bertepatan bila aktiviti ini dilaksanakan diperingkat sekolah lagi kerana ianya dapat memupuk rasa cintakan negara juga kesedaran awal menjaga kesejahteraan masyarakat.
Menteri Besar berharap dapat menjadikan Negeri Sembilan sebagai ‘Lembah Ilmu’ dan untuk tujuan itu pelan perancangan telah dibuat terutama dengan memberi peluang kepada beberapa universiti utama yang ada di negara ini untuk beroperasi dan membuka kampusnya di Negeri Sembilan.
Pada majlis ini Menteri Besar  telah mengumumkan sumbangan dari kerajaan negeri sebanyak RM 25,000-00 kepada tabung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Taman Indah.
Turut hadir, Dato’ Zainab bt Nasir, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan, merangkap Pengerusi  Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Masyarakat dan Tuan Abdul Halim bin Abdul Razak selaku Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan.

Isnin, 14 Februari 2011

79. Majlis Pengiktirafan The Malaysia book Of Records

=============================================================
MAJLIS PENGIKTIRAFAN THE MALAYSIA BOOK OF RECORDS-
"THE MOST NUMBER OF 1MALAYSIA LOGO IN THE SCHOOL PREMISES" 

==============================================================

TARIKH: 14 FEBRUARI 2011
MASA: 2.00 PETANG HINGGA 5.00 PETANG
TEMPAT: ASTAKA SMKTI

DISEMPURNAKAN OLEH:
YAB DATO' SERI UTAMA HJ MOHAMAD BIN HJ HASAN
MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN

1.0 PENDAHULUAN
Gagasan 1Malaysia merupakan pendekatan untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan,kemajuan,dan pembangunan rakyat dan negara Malaysia. Gagasan ini diperkenalkan oleh Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abd. Razak, agar aspirasi negara untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2010 tercapai.

Sehubungan itu, Projek 1Malaysia telah dirancang oleh pihak sekolah demi mencapai matlamat yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri kita. Salah satu aktiviti di bawah Projek 1Malaysia yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2010, iaitu melukis dan mengecat lima ribu Logo 1Malaysia telah berjaya mencatat nama dalam The Malaysia Book of Records sebagai "THE MOST NUMBER OF 1MALAYSIA LOGO IN THE SCHOOL PREMISES".

2.0 MATLAMAT
Majlis ini bertujuan untuk meraikan kejayaan semua warga sekolah yang telah bertungkus-lumus dalam usaha melukis dan mengecat Logo 1Malaysia sehingga mencatat nama dalam The Malaysia Book of Records sebagai "THE MOST NUMBER OF 1MALAYSIA LOGO IN THE SCHOOL PREMISES".

3.0 OBJEKTIF
3.1 Mempamerkan budaya 1Malaysia yang telah dibentuk dalam kalangan warga sekolah.
3.2 Memupuk semangat kesamaan dan kekitaan dalam kalangan guru-guru,ibubapa,murid-murid, dan masyarakat setempat selaras dengan Gagasan 1Malaysia.
3.3 Meningkatkan pensefahaman dan perpaduan antara murid pelbagai kaum.

4.0 KUMPULAN SASARAN
Semua warga SMK Taman Indah , ibubapa, dan masyarakat setempat.

3.0 JAWATANKUASA INDUK
Penasihat: Tn. abdul Halim b Abdul Razak (Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan)
Penasihat: Tn. Hj. Mad Aris b Aziz (Pegawai Pelajaran Daerah Tampin)
Pengerusi Bersama:
1.Pn. Soon Loi Thai (Pengetua SMK Taman Indah)
2.En. Hashim b Sulaiman (Yang di-Pertua PIBG)
Tim.Pengerusi:En.Abd.Aziz bin Abd Rahman (GPK 1)
Naib Pengerusi:
1.En. Mohammad b Said (GPK HEM)
2.En. Hamzah bin Md Yazid ( Menanggung Kerja PK KOKO)
Pengurus Majlis:Cik Hjh Nor Azizah bt Ismail
Setiausaha: Cik Tan Soo Shin
Bendahari:En Tan Eng Chon
AJK:
Ketua Unit Perhubungan & Pendaftaran JPNS
Ketua Unit Pembangunan & Bekalan JPNS
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri
Setiausaha Majlis Daerah Tampin
Pegawai Daerah Tampin
Ketua Polis Daerah Tampin
Pengurus Tenaga Nasional Berhad Daerah Tampin
Pegawai Penerangan Daerah Tampin
Pengurus Syarikat Air Negeri Sembilan (Tampin)
Jurutera JKR Daerah Tampin
Pegawai Kesihatan Daerah Tampin
Pegawai Bomba dan Penyelamat Daerah Tampin
Pengerusi JKKK kampung Repah
Timbalan YDP PIBG SMK Taman Indah

4.0 ATURCARA
2.00 petang:Ketibaan Ibu bapa/Penjaga
2.30 petang:Ketibaan Para Jemputan
2.40 petang:Ketibaan Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan
2.50 petang:Ketibaan ADUN-ADUN
3.00 petang:Ketibaan Tetamu Kehormat Menteri Besar Negeri Sembilan
-Persembahan Tarian Singa
-Nyanyian Lagu Negaraku
-Bacaan Doa
-Persembahan 
-Deklamasi Sajak 1Malaysia
-Tarian 1Malaysia
-Ucapan Pengetua
-Ucapan YDP PIBG
-Ucapan Menteri Besar Negeri Sembilan
-Penyampaian Hadiah
-Penyampaian Cenderamata
-Lawatan ke Pameran 1Malaysia dan Taman herba 1Malysia
5.00 Jamuan/Bersurai

5.00 PENUTUP
Majlis Pengiktirafan ini akan berjaya dan penuh bermakna dengan penglibatan yang beriltizam daripada semua pihak. Majlis ini diharap dapat membantu mencapai misi dan visi sekolah serta merealisasikan matlamat negara.

SILA KLIK GAMBAR DI BAWAH :







Isnin, 24 Januari 2011

78. Watikah Perlantikan Pengawas 2011

====================================
WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS
SESI 2011
=================================
Tarikh: 24hb Januari 2011
Masa: 8.50 pagi (Perhimpunan Pagi)
Tempat:Tapak Perhimpunan SMTI

Anjuran:
Lembaga Pengawas SMKTI

Rabu, 19 Januari 2011

77.Pelan Kecemasan SMKTI



[Klik gambar untuk lebih kelas]

Selasa, 18 Januari 2011

76.Taklimat Penyalahgunaan Dadah

================================================
TAKLIMAT PENYALAHGUNAAN DADAH KEPADA PK HEM, 
KAUNSELOR DAN WARDEN SEKOLAH DAERAH TAMPIN
=================================================
Tarikh : 18 Januari 2011
Hari: Selasa
Masa: 2.00 - 5.00 Petang
Tempat: Dewan Ceramah Pejabat Agama Islam, Daerah Tampin

Anjuran:
AADK Daerah Tampin dan PPD Tampin
Objektif:
  • Menerapkan kesedaran tentang ancaman dan dadah terhadap diri pelajar sekolah
  • Meningakatkan kesedaran dan memberi bimbingan tentang peranan PK HEM, kaunselor dan warden dalam pendidikanbnpencegahan dadah serta jaringan dengan pihak yang berkaitan dengan pencegahan dadah semasa.
  • Memberi peluang kepada PK HEM, kaunelor dan warden bertukar-tukar pandangan dan idea-idea berhubung hal pencegahan dadah di peringkat sekolah.
  • Untuk memberikan kemahiran kepada PKHEM, kaunselor dan warden sekolah bagi mencegah pelajar dari terlibat dalam aktiviti penagihan serta saluran yang boleh digunakan untuk membantu pelajar yang mungkin terlibat.

Selasa, 11 Januari 2011

75. Majlis Penganugerahan Pelajar Cemerlang PMR 2010

============================================
MAJLIS PENGANUGERAHAN PELAJAR CEMERLANG
PMR 2010
=============================================
Tarikh: 10hb Januari 2011
Masa:8.50 pagi ( Perhimpunan Pagi)
Tempat: Tapak Perhimpunan

Penyampaian oleh:
Pn. Soon Loi Thai

Ahad, 9 Januari 2011



74. Motivasi-Guru perlu ada motivasi

GURU PERLU ADA MOTIVASI
(oleh: Sakinah Salleh)

Walaupun istilah glamour dan berprestij selalu dikaitkan kerjaya dalam bidang seperti korporat, kedoktoran dan guaman, kehebatan yang sebenarnya terletak pada warga pendidik. Warga pendidiklah yang sebenarnya hebat kerana berjaya mendidik manusia yang berasal dari kampung mahupun bandar menjadi peguam,doktor,saintis dan pelbagai penjawat yang hebat dalam bidang masing-masing.
Itulah kehebatan yang sebenarnya. Itulah prestij yang sebenarnya . Betapa hebatnya menjadi warga pendidik kerana berupaya membimbing anak didiknya hingga mencapai kejayaan. Lihatlah bagaimana guru dihargai-diraikan dengan sambutan Hari Guru. Bahkan guru yang teruja lebih menunggu saat keputusan peperiksaan diumumkan. Tatkala pelajar mencapai keputusan yang baik dan cemerlang,ketika itu,mengalir dalam diri guru perasaan terubat segala penat lelah menabur bakti, terbayar segala ilmu yang dicurahkan.
Bagaimanapun, sebagai manusia ,guru jug TIDAK sunyi daripada ujian.Ujian sebenarnya bertujuan mengangkat mertabat diri. Ujian datang dalam pelbagai bentuk dan rupa. Ada ujian bersifat peribadi.Ada ujian yang membabitkan diri dan keluarga. Tidak kurang juga ujian yang membabitkan orang lain. Semua ini mungkin memyebabkan guru dibelenggu rasa kecewa, kurang bermotivasi,lemah semangat, dihimpit bebanan sehingga menyebabkan tekanan, depresi, kurang minat mengajar dan sebagainya.
Namun, sedarilah hakikat bahawa kehidupan punya aturannya sendiri. Semua sudah ditentukan oleh Allah s.w.t. Life has ups and down.Oleh itu bagi menyuntik semangat pada diri penting setiap guru perlu mempunyai motivasi diri - dari dalam mahupun luar diri. Kedua-duanya mampu membangkitkan semangat kepada diri untuk meneruskan karier dengan jayanya bagi menabur khidmat dan bakti secara berterusan.
Cabaran sentiasa ada dan perlu dihadapi. Semua permasalahan tidak akan selesai tanpa diri sendiri yang mengatasinya. Ibarat kata pepatah, pendayung tidak dikayuh,masakan perahu akan sampai ke seberang. Ibarat itu amat sinonim untuk kita menyelesaikan segala permasalahan, baik di sekolah mahupun di rumah.
Sebenarnya kitalah sendiri yang perlu mencari jalan penyelesaiannya.Contohnya apabila kita berasa tidak lagi bersemangat mengajar sehingga hilang fokus, tiada upaya dan semangat untuk menjalankan tugas kerana menghadapi masalah tertentu, maka pada saat ini adalah penting untuk diri kita mempunyai semangat dalaman yang kuat. Semangat dalaman yang tinggi mampu menaikkan semangat diri. Contohnya keputusan pepriksaan pelajar tidak seperti yang diharapkan sehingga kita dipersoalkan puncanya, walhal kita sudah mencuba sedaya upaya.
Dalam keadaan begini, kita perlu kembali kepada motivasi diri dan berpegang kepada matlamat untuk mendidik dengan penuh  ikhlas. Ketika itu, akan bangkit semangat untuk mencuba dan terus mencuba. Pada tahap ini , apabila kesedaran diri dapat dicapai, maka adalah amat membantu jika kita mendapat motivasi luaran iaitu dorongan,kata semagat dan tips yang berguna daripada rakan yang positif. Melanjutkan pelajaran adalah salah satu cara motivasi luaran kerana apabila kita menambahkan ilmu pengetahuan, secara tidak langsung kita boleh mendapat motivasi.
Kepada guru yang memandang remeh soal motivasi diri atau merasakannya sebagai tidak penting, maka PERLU ingat bahawa tanpa motivasi diri, kita akan mendapat kesan yang tidak disedari seperti ketiadaan matlamat yang jelas, hilang fokus, hilang minat dan luntur komitmen.Guru yang mengajar tanpa matlamat yang jelas boleh menjeaskan pelajarnya kerana ia akan mengajar tanpa meletakkan sebarang sasaran yang hendak dicapai.Kesedaran untuk menjadi insan yang cemerlang tidak ada pada semua pelajar, tetapi jika guru bermotivasi dan mempunyai hala tuju yang jelas bagi memastikan pelajarnya mencapai kejayaan , maka sudah pasti ia mampu membimbing pelajarnya supaya fokus mereka terarah untuk mencapai cita-cita atau bermatlamat tertentu.
Selain itu, kehilangan motivasi diri juga boleh menyebabkan seseorang itu gagal untuk mengekploitasi potensi dirinya sebenar. Natijahnya akan menimbulkan pemikiran negatif terhadap diri sendiri., orang lain mahupun persekitaran. Apabila ini berlaku, kesannya akan terpercik kepada orang yang sama-sama bekerja dengan kita serta anak didik kita.
Guru yang berfikiran negatif gagal melihat peluang yang ada. Bahkan lebih cenderung melihat sesuatu perkara sebagai masalah, bukannya cabaran yang harus ditangani.Misalnya, kita mungkin diberi peluang mengajar subjek baru atau berlaku pertukaran silibus. Guru yang berfikiran negatif akan melihatnya sebagai perkara yang menyusahkan diri. Tetapi bagi yang positif ini adlah peluang menambag kemahiran diri, membuktikan potensi serta menambah nilai kepada pengetahuan yang sedia ada. Sikap cukup dan berpada dengan ilmu an kemahiran yang ada perlu dibuang kerana guru perlu mempunyai sikap yang sentiasa ingin meningkatkan diri dari satu tahap ke tahap yang lebih baik. Oleh itu motivasi diri  amat penting kepada setiap individu.Kaedah yang paling mudah untuk mendapatkannya ialah dengan sentiasa menghampiri orang yang positif serta menampakkan kemahuan yang jelas.Kenali diri, bina indentiti!!
(Sumber: Majalah Pendidik .Bil 76/Septemeber 2010)

Rabu, 5 Januari 2011

73.Orientasi Murid Tingkatan 1 dan Peralihan 2011

=================================
HARI ORIENTASI MURID 
TINGKATAN 1 DAN PERALIHAN
2011
==============================
Tarikh : 3hb Januari 2011
Hari: Isnin
Waktu: 8.00am - 12.40 pm
Tempat : Dewan SMKTI

Anjuran:
Bimbingan dan Kaunseling SMKTI

Jumaat, 31 Disember 2010

72. Mesyuarat Guru Kali Pertama 2011

---------------------------------------------------------------------------------
MESYUARAT GURU KALI 1 / 2011
----------------------------------------------------------------------------
TARIKH : 31HB DISEMBER 2010
HARI: JUMAAT
MASA: 8.30 AM
TEMPAT: BILIK GERAKAN SMK TAMAN INDAH

Makluman :
 Sila muat turum  bahan-bahan Unit HEM  di bawah  yang perlu di bawa oleh para guru semasa mesyuarat nanti:
***P/S: Muat turun juga bahan-bahan  yang berkaitan dengan unit masing-masing dengan mengklik link  Polisi/Tatacara Unit HEM ini.

Sekian, terimakasih.
GPKHEM SMKTI

Khamis, 30 Disember 2010

Rabu, 29 Disember 2010

70. Pelan Sekolah SMK Taman Indah 2011

Pelan Sekolah SMK Taman Indah
[**Klik gambar untuk imej yang lebih jelas]

Khamis, 16 Disember 2010

69. Program Ramah Mesra Anjuran PPD Taampin dan Bank Rakyat

================================
PROGRAM RAMAH MESRA 2010
===================================
Tarikh 16 Disember 2010   
Hari: Khamis
Tempat: Dewan Rekreasi Bukit Tampin
Masa: 4.00 pm
Anjuran:
PPD Tampin bersama Bank Rakyat Tampin
RASIONAL
Falsafah Pendidikan Negara yang digubal dapat dilihat sebagai usaha menyediakan warga negara dan tenaga kerja yang mampu menghadapi era globalisasi yang semakin tinggi daya persaingannya dan memerlukan pendidikan yang proaktif.
MATLAMAT
Memperkasa Sekolah-sekolah Daerah Tampin
OBJEKTIF
Adalah diharap program ini akan dapat:
1. Mengeratkan siratulrahim antara satu dengan yang lain dalam sesi yang agak santai.
2.Mempertingkatkan persefahaman antara PPD, Sekolah dan Persatuan Ibubapa dan Guru.
3.Mempertingkatkan kefahaman tentang fungsi dan peranan masaing-masing.
4.Mempercambahankam ilmu dan idea dalam menangani cabaran pendidikan masa kini.

Sabtu, 13 November 2010

68.Pendaftaran Murid Tingkatan 1 / Peralihan

PENDAFTARAN MURID TINGKATAN 1/PERALIHAN TAHUN 2011 ADALAH PADA KETETAPAN BERIKUT:               
TARIKH: 13 HINGGA 24 DISEMBER 2010 
 HARI: ISNIN HINGGA JUMAAT 
 MASA: 8.00 PAGI HINGGA 4.30 PTG 
 TEMPAT: PEJABAT SMK TAMAN INDAH 

 SILA BAWA BORANG/MAKLUMAT YANG TELAH LENGKAP SEPERTI BERIKUT:
 1. BORANG BMM (BORANG MAKLUMAT MURID) YANG TELAH DILENGKAPKAN
     BERSERTA:-
                          -3 SALINAN KAD PENGENALAN MURID
                          -3 SALINAN SIJIL KELAHIRAN MURID
                          -1 KEPING GAMBAR BERWARNA BERUKURAN PASPORT
                          -SALINAN KAD PENGENALAN IBU DAN BAPA/PENJAGA
                          -SALINAN PENYATA GAJI IBU BAPA/PENJAGA
                          -SALINAN KEPUTUSAN UPSR
                          -SALINAN BIL ELEKTRIK/AIR/TELEFON
 2. BORANG PROFIL MURID YANG TELAH DILENGKAPKAN
 3. BORANG SAHAM KOPERASI SEKOLAH
 4. BUKU REKOD KESIHATAN MURID
      #(PENDAFTARAN TIDAK DITERIMA JIKA BORANG MAKLUMAT TIDAK LENGKAP)

Khamis, 11 November 2010

62. Program Seminar Kesihatan Remaja

--------------------------------------------------------------------
PROGRAM SEMINAR KESIHATAN REMAJA
------------------------------------------------------------------
TARIKH: 11HB NOV. 2010
MASA: 8.00 PAGI HINGGA 12.00 PAGI
TEMPAT: SMK TAMAN INDAH
--------------------------------------------------------------
ANJURAN:
PEJABAT KESIHATAN DAERAH TAMPIN
Pendahuluan:
Objektif  kursus adalah untuk memberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan tentang cara hidup sihat kepada golongan pelajar lepasan PMR seramai 60 orang.
Aturcara program:
8.30 - 9.00 pagi - Pendaftaran Peserta
9.00 - 10.30 pagi - Ceramah: Kesihatan Mental, Minda Sihat
( oleh Pakar Perunding Psychiatry , Hos. Tuanku Jaafar Seremban)
10.30 - 11.00 - Rehat , minum pagi
11.00 - 12.00 tgh - Menangani Gejala Merokok Di kalangan Remaja
12.00 tgh -  Bersurai
**Semasa program berjalan pemeriksaan kesihatan kepada guru dan kakitangan sekolah akan diadakan beserta pamiran*****


Isnin, 1 November 2010

61.Muat Turun Manual Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010


Salam  1 Malaysia.
Dapatkan Manual Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010 dengan klik alamat URL dibawah.
Semoga dengan adanya instrumen yang bakal digunakan ini untuk menilai peningkatan pencapaian pemimpin sekolah dan guru dapat memberi impak ke atas kemenjadian murid. (Petikan Ucapan dari Timbalan Perdana Menteri, Merangkap  Menteri Pelajaran Malaysia).
                                   -Bahan SKPM 2010 - SiLa Download
                                   -Instrumen Penaksiran SKPm-SiLa Download

Selasa, 26 Oktober 2010

60. Operasi Baik Pulih dan Mengecat Meja

Operasi baik pulih dan mengecat meja telah dijalankan pada 26hb Oktober 2010. Usaha ini telah mendapat  bantuan daripada pelajar  lelaki Tingkatan 1D. Seramai 12 orang pelajar yang terlibat dalam operasi ini. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang terbabit . Diharapkan pelajar-pelajar tersebut dapat meneruskan usaha yang murni ini untuk masa-masa akan datang.


Jumaat, 22 Oktober 2010

59. SMK Taman Indah kini di FaceBook

SMK Taman Indah mengorak langkah ke alam siber dengan menubuhkan laman web sosialnya di Facebook. Laman web SMK Taman Indah boleh dicapai pada butang Facebook di sebelah kanan blog ini atau klik pada gambar di bawah dan jangan lupa untuk menambah "Like atau Suka" sebagai kenalan untuk mendapatkan info-info terkini daripada kami.


Khamis, 21 Oktober 2010

58. Kolokium Kembara Pengurusan dan Kepemimpinan Pendidikan

=========================================================
KOLOKIUM KEMBARA PENGURUSAN DAN 
KEPEMIMPINAN PENDIDIKAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH 
DAERAH TAMPIN 2010
========================================================
Tema:
Melestarikan Kepemimpinan Sekolah 
Ke Arah Modal Insan yang Berkualiti
Perasmian:
Tuan Hj. Mad Aris bin Azis
Pegawai Pelajaran Daerah Tampin
Tarikh: 21 Oktober 2010
Masa: 8.00 - 4.30 petang
Tempat: Pusat Kecemerlangan PPD Tampin (Darul Falah)
SK Tunku Besar Tampin, N.Sembilan
Anjuran:
Pejabat Pelajaran Daerah Tampin 
dengan kerjasama
PKPSM Daerah Tampin

Matlamat:
  • Memberi maklumat terkini kepada warga pemimpin sekolah tentang dasar, aktiviti dan program Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Membentang isu dan permasalahan pengurusan sekolah menengah di Malaysia.
  • Memberi pendedahan dan pengetahuan yang lebih luas kepada pemimpin sekolah tentang profesionalisme pengurusan dan kepemimpinan.
  • Merapatkan hubungan dan komunikasi dalam kalangan pemimpin-pemimpin sekolah menengah di daerah Tampin