Selasa, 26 Oktober 2010

60. Operasi Baik Pulih dan Mengecat Meja

Operasi baik pulih dan mengecat meja telah dijalankan pada 26hb Oktober 2010. Usaha ini telah mendapat  bantuan daripada pelajar  lelaki Tingkatan 1D. Seramai 12 orang pelajar yang terlibat dalam operasi ini. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang terbabit . Diharapkan pelajar-pelajar tersebut dapat meneruskan usaha yang murni ini untuk masa-masa akan datang.


Jumaat, 22 Oktober 2010

59. SMK Taman Indah kini di FaceBook

SMK Taman Indah mengorak langkah ke alam siber dengan menubuhkan laman web sosialnya di Facebook. Laman web SMK Taman Indah boleh dicapai pada butang Facebook di sebelah kanan blog ini atau klik pada gambar di bawah dan jangan lupa untuk menambah "Like atau Suka" sebagai kenalan untuk mendapatkan info-info terkini daripada kami.


Khamis, 21 Oktober 2010

58. Kolokium Kembara Pengurusan dan Kepemimpinan Pendidikan

=========================================================
KOLOKIUM KEMBARA PENGURUSAN DAN 
KEPEMIMPINAN PENDIDIKAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH 
DAERAH TAMPIN 2010
========================================================
Tema:
Melestarikan Kepemimpinan Sekolah 
Ke Arah Modal Insan yang Berkualiti
Perasmian:
Tuan Hj. Mad Aris bin Azis
Pegawai Pelajaran Daerah Tampin
Tarikh: 21 Oktober 2010
Masa: 8.00 - 4.30 petang
Tempat: Pusat Kecemerlangan PPD Tampin (Darul Falah)
SK Tunku Besar Tampin, N.Sembilan
Anjuran:
Pejabat Pelajaran Daerah Tampin 
dengan kerjasama
PKPSM Daerah Tampin

Matlamat:
  • Memberi maklumat terkini kepada warga pemimpin sekolah tentang dasar, aktiviti dan program Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Membentang isu dan permasalahan pengurusan sekolah menengah di Malaysia.
  • Memberi pendedahan dan pengetahuan yang lebih luas kepada pemimpin sekolah tentang profesionalisme pengurusan dan kepemimpinan.
  • Merapatkan hubungan dan komunikasi dalam kalangan pemimpin-pemimpin sekolah menengah di daerah Tampin


Sabtu, 2 Oktober 2010

57.Program Motivasi Dan Bengkel Kecemrlangan SPM 2010

-------------------------------------------------------------------------------------
PROGRAM  MOTIVASI  DAN BENGKEL KECEMERLANGAN 
SPM 2010
---------------------------------------------------------------------------------
TARIKH:  2HB OKTOBER 2010
HARI: SABTU
MASA: 7.45 PAGI HINGGA 5.00 PETANG
TEMPAT: SMK TAMAN INDAH
Objektif Program:
Program ini diharapkan dapat membantu pelajar supaya:
  • Dapat membuat persediaan dan perancangan yang rapi untuk menghadapi peperiksaan SPM.
  • Membaiki kelemahan dan memantapkan diri menghadapi peperiksaan.
  • Mendapat motivasi dan pemangkin untuk terus mencapai kecemerlangan.
  • Bekerjasama dan komitmen belajar dalam kumpulan.

56. Selamat Menghadapi Peperiksaan PMR 2010

Kepada semua calon PMR 2010, warga SMKTI mendoakan semoga dapat menjawab dengan penuh yakin dan tabah menghadapi Peperiksaan PMR . Kami juga mendoakan semoga semua pelajar-pelajar memperolehi keputusan yang cemerlang...

Jumaat, 17 September 2010

Jumaat, 10 September 2010

54. Selamat Hari Raya - Maaf Zahir Batin

"MAAF ZAHIR BATIN KEPADA SEMUA WARGA SMKTI
DAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..."

Selasa, 31 Ogos 2010

53. Selamat Hari Merdeka ke 53 - 1Malaysia Menjana Tranformasi

 ERTI KEMERDEKAAN
Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara.
Menyorot kembali perjuangan kemerdekaan bangsa Melayu sejak 1511 hingga ke Perang Dunia Kedua 1941-1945, negara ini telah mengalami 3 peringkat perjuangan. Peringkat pertama, secara militan atau gerila, perjuangan pondok yang dipelopori oleh golongan ulama dan kemudian golongan nasionalisma yang berjuang melalui mata pena. Ketiga-tiga kategori perjuangan ini berjalan berasingan sehinggalah pada cadangan untuk mengadakan Kongres Melayu pertama pada 1-4 Mac 1946 diadakan dan menyatukan ketiga-tiga kategori perjuangan ini dengan lebih tersusun dan teratur. Terbentuknya UMNO semasa persidangan tersebut telah memantapkan lagi perjuangan ke arah menuntut kemerdekaan negara.
Menjadi tanggungjawab rakyat generasi baru hari ini untuk mengenang dan menghayati erti kemerdekaan. Tugas kita pada hari ini adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemerdekaan yang baru sahaja diperolehi amat rapuh.
Rakyat perlu bersedia menghadapi pelbagai cabaran untuk memperkasakan bangsa yang merdeka. Sementelah seluruh rakyat Malaysia telah melalui pelbagai cabaran getir, kemerdekaan perlu dihayati dan diisi dengan memelihara kekuatan politik, ekonomi, sosial, agama, bahasa, budaya dan seni warisan bangsa. Segala jurang pembangunan, ekonomi dan sosial di kalangan kaum perlu dirapatkan dan diperkukuhkan agar saling menikmati erti kemerdekaan. Perpaduan yang terbina semenjak usaha memperolehi kemerdekaan perlu diteruskan dan disemai supaya rakyat menjadi semakin kukuh.
Bumi bertuah ini telah melahirkan ramai pemimpin berkaliber ketika negara bergelut dengan pelbagai masalah seperti kemiskinan, taraf pendidikan yang rendah, perpaduan kaum bahkan ancaman komunis ketika Darurat yang diisytiharkan sejak 1948 lagi. Dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru 1970-1990 (DEB), Rancangan Buku Hijau dan Buku Merah, rancangan mempertingkatkan penguasaan ekonomi penduduk bumiputera dan jurang perbezaaan antara kaum dapat diharmonikan. Dasar pendidikan bermula dari Penyata Razak dan Rahman Talib hingga kini berjaya membebaskan diri rakyat daripada belenggu kejahilan kepada masyarakat moden.

Beberapa dasar negara telah diperkenalkan seperti Dasar Pandang ke Timur, Dasar Perindustrian, Dasar Pensyarikatan dan Wawasan 2020 telah menjadikan Malaysia negara maju. Kemerdekaan menjadikan kita bangsa yang merdeka dan berdaulat serta bebas menyusun hala tuju sendiri. Kita bebas dari sudut ekonomi, politik, ketenteraan, budaya dan agama. Bebas dalam erti kata mengikut acuan dan kemahuan kita untuk membentuk jati diri bangsa Malaysia yang berdaulat.

Menyelami erti kemerdekaan dengan menyusuri lembaran sejarah bangsa akan menyedarkan seluruh rakyat betapa perjuangan kemerdekaan tidak pernah terhenti. Seharusnya kegemilangan ini menjadi pemangkin kepada generasi baru negara untuk meneruskan kecemerlangan yang telah dicapai. Pengorbanan generasi terdahulu perlu menjadi inspirasi untuk kita terus berusaha gigih menjadi bangsa yang maju dan moden.

(Sumber Portal Sambutan Kemerdekaan Malaysia:  http://www.malaysiamerdeka.gov.my/)

Rabu, 4 Ogos 2010

50. Sambutan Bulan Patriotisme 2010

-------------------------------------------------------
SAMBUTAN BULAN PATRIOTISME
PERINGKAT SEKOLAH SMKTI
2010
-----------------------------------------------
Tarikh : 3 hb Ogos 2010
Hari: Selasa
Masa: 7.30 am
Tempat: Tapak Perhimpunan SMKTI
Perasmian Pelancaran oleh:
Tn. Hj Mad Aris bin Azis
Pegawai Pelajaran Daerah Tampin
------------------------------------------------------------------------------
Aturcara Majlis
7.30 am: Murid dan guru berhimpun di tapak perhimpunan
:Nyanyian lagu Negaraku
:Bacaan doa oleh Ustaz Safri b Jamaludin
:Persembahan Puisi kemerdekaan
:Penyerahan Jalur Gemilang kepada ketua-ketua kelas
:Ucapan pengerusi pelancaran bulan patriotisme
:Ucapan dan perasmian pelancaran bulan patriotisme oleh PPD Tampin
:Bacaan rukun negara & laungan merdeka (7x)
:Nyanyian lagu-lagu patriotik
:Majlis bersurai
:PPD Tn Hj Mad Aris bin Aziz menandatangi "plak" logo 1 Malaysia 

Isnin, 2 Ogos 2010

48. Projek Mural 1Malaysia - Cetusan Ilham Pengetua, Pn. Soon Loi Thai

47. Projek 1 Malaysia SMKTI - Graffiti 1 Malaysia


Graffiti bertemakan 1 Malaysia. di SMK Taman Indah, Tampin, Negeri Sembilan, Malaysia. Potret wajah 3 Perdana Menteri Malaysia. Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

Rabu, 28 Julai 2010

46. Bengkel Pemantapan Pengurusan HEM

______________________________________________
BENGKEL PEMANTAPAN PENGURUSAN HEM
PROGRAM BERSAMA UNIT HEM JPNS
DENGAN MAJLIS PERMUAFAKATAN PK HEM
SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH NEGERI SEMBILAN
__________________________________________________
Tarikh: 27 Julai 2010
Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Putera SM Sains Seremban
____________________________

Objektif  Program ialah GPKHEM jelas tentang:
1.Prosedur sesuatu tindakan yang diambil
2.Memahami punca kuasa sesuatu prosedur tindakan
3.Dapat membuat perancangan pencegahan terhadap kemungkinan salah laku.
4.Cara bertindak yang profesional dalam menangani isu/kes.

Jumaat, 23 Julai 2010

45. Kem Motivasi Pelajar Tingkatan 3


Pada 20hb Julai hingga 21 Julai 2010 telah diadakan Kem Motivasi Pelajar Tingkatan 3 bertempat di Pusat Kokurikulum Daerah Alor Gajah, Melaka. Kem ini telah dihadiri oleh 92 orang pelajar Tingkatan 3 sekolah SMKTI. Antara objektif  Kem Motivasi ini ialah:
(1). Meningkatkan keyakinan diri pelajar dan membentuk peribadi yang mulia.
(2).Mewujudkan daya saing dan motivasi yang tinggi dalam diri pelajar
(3). Memupuk semangat kerjasama dan setia kawan .
(4).Melatih pelajar meningkatkan pengurusan diri dan masa.

Isnin, 12 Julai 2010

42. Pameran Bas Bergerak AADK

12hb Julai 2010(Isnin)-AADK Daerah  Tampin dengan kerjasama KDN Malaysia telah megadakan  Pameran Bergerak di sekolah ini, Yang menarik ialah pameran bergerak ini adalah yang julung kalinya diadakan di sekolah ini dan pertama di Daerah Tampin pada tahun ini. Kedatangan bas ini telah menarik perhatian warga sekolah SMKTI. Semoga program seperti ini diperluaskan ke sekolah-sekolah lain.

Khamis, 8 Julai 2010

41. Program Perjumpaan 3 Penjuru 2010

 [Arkib gambar sila klik link ini]
Rabu,7hb Julai 2010-SMKTI telah mengadakan Program 3 Penjuru 2010. Program ini diadakan setiap tahun sebagai usaha untuk meningkatkan pencapaian dan motivasi pelajar. Ibu bapa dan penjaga akan diberi motivasi dan kesedaran tentang pentingya peranan mereka untuk mendidik anak-anak ke arah kecemerlangan.Program ini juga memberi peluang kepada ibu bapa untuk bertemu guru-guru dan membincangkan tentang permasalahan anak mereka dan mengenal pasti prestasi pelajaran mereka berdasarkan keputusan pertengahan tahun.


Objektif:
1.Ibu bapa/penjaga berpeluang berkenalan dengan guru-guru yang mengajar anak mereka.
2.Ibu bapa/penjaga dapat berbincang tentang prestasi akademik anak-anak.
3.Ibu bapa/penjaga dapat mengetahui sahsiah anak-anak semasa di sekolah.
4.Guru-guru dapat memohon kerjasama ibu bapa bagi meningkatkan prestasi murid-murid dan segi akademik dan sahsiah.
5.Dapat mengeratkan silaturahim antara ibu bapa dan guru-guru.

Aturcara Program:
2.00 ptg - 2.15 ptg: Ketibaan ibu bapa/penjaga
2.15 ptg - 2.30 ptg:Ucapan Tuan Pengetua
2.30 ptg - 5.00 ptg:Perjumpaan
2.00 ptg - 5.00 ptg:Tayangan Power Point ( Aktiviti dan Pencapaian SMKTI)