Jumaat, 17 September 2010
Jumaat, 10 September 2010
54. Selamat Hari Raya - Maaf Zahir Batin
"MAAF ZAHIR BATIN KEPADA SEMUA WARGA SMKTI
DAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..."
Selasa, 31 Ogos 2010
53. Selamat Hari Merdeka ke 53 - 1Malaysia Menjana Tranformasi
ERTI KEMERDEKAAN

Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara.
Menyorot kembali perjuangan kemerdekaan bangsa Melayu sejak 1511 hingga ke Perang Dunia Kedua 1941-1945, negara ini telah mengalami 3 peringkat perjuangan. Peringkat pertama, secara militan atau gerila, perjuangan pondok yang dipelopori oleh golongan ulama dan kemudian golongan nasionalisma yang berjuang melalui mata pena. Ketiga-tiga kategori perjuangan ini berjalan berasingan sehinggalah pada cadangan untuk mengadakan Kongres Melayu pertama pada 1-4 Mac 1946 diadakan dan menyatukan ketiga-tiga kategori perjuangan ini dengan lebih tersusun dan teratur. Terbentuknya UMNO semasa persidangan tersebut telah memantapkan lagi perjuangan ke arah menuntut kemerdekaan negara.
Menjadi tanggungjawab rakyat generasi baru hari ini untuk mengenang dan menghayati erti kemerdekaan. Tugas kita pada hari ini adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemerdekaan yang baru sahaja diperolehi amat rapuh.Rakyat perlu bersedia menghadapi pelbagai cabaran untuk memperkasakan bangsa yang merdeka. Sementelah seluruh rakyat Malaysia telah melalui pelbagai cabaran getir, kemerdekaan perlu dihayati dan diisi dengan memelihara kekuatan politik, ekonomi, sosial, agama, bahasa, budaya dan seni warisan bangsa. Segala jurang pembangunan, ekonomi dan sosial di kalangan kaum perlu dirapatkan dan diperkukuhkan agar saling menikmati erti kemerdekaan. Perpaduan yang terbina semenjak usaha memperolehi kemerdekaan perlu diteruskan dan disemai supaya rakyat menjadi semakin kukuh.
Bumi bertuah ini telah melahirkan ramai pemimpin berkaliber ketika negara bergelut dengan pelbagai masalah seperti kemiskinan, taraf pendidikan yang rendah, perpaduan kaum bahkan ancaman komunis ketika Darurat yang diisytiharkan sejak 1948 lagi. Dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru 1970-1990 (DEB), Rancangan Buku Hijau dan Buku Merah, rancangan mempertingkatkan penguasaan ekonomi penduduk bumiputera dan jurang perbezaaan antara kaum dapat diharmonikan. Dasar pendidikan bermula dari Penyata Razak dan Rahman Talib hingga kini berjaya membebaskan diri rakyat daripada belenggu kejahilan kepada masyarakat moden.
Beberapa dasar negara telah diperkenalkan seperti Dasar Pandang ke Timur, Dasar Perindustrian, Dasar Pensyarikatan dan Wawasan 2020 telah menjadikan Malaysia negara maju. Kemerdekaan menjadikan kita bangsa yang merdeka dan berdaulat serta bebas menyusun hala tuju sendiri. Kita bebas dari sudut ekonomi, politik, ketenteraan, budaya dan agama. Bebas dalam erti kata mengikut acuan dan kemahuan kita untuk membentuk jati diri bangsa Malaysia yang berdaulat.
Menyelami erti kemerdekaan dengan menyusuri lembaran sejarah bangsa akan menyedarkan seluruh rakyat betapa perjuangan kemerdekaan tidak pernah terhenti. Seharusnya kegemilangan ini menjadi pemangkin kepada generasi baru negara untuk meneruskan kecemerlangan yang telah dicapai. Pengorbanan generasi terdahulu perlu menjadi inspirasi untuk kita terus berusaha gigih menjadi bangsa yang maju dan moden.
(Sumber Portal Sambutan Kemerdekaan Malaysia: http://www.malaysiamerdeka.gov.my/)
Jumaat, 13 Ogos 2010
Rabu, 4 Ogos 2010
50. Sambutan Bulan Patriotisme 2010
-------------------------------------------------------
SAMBUTAN BULAN PATRIOTISME
PERINGKAT SEKOLAH SMKTI
2010
-----------------------------------------------
Tarikh : 3 hb Ogos 2010
Hari: Selasa
Masa: 7.30 am
Tempat: Tapak Perhimpunan SMKTI
Perasmian Pelancaran oleh:
Tn. Hj Mad Aris bin Azis
Pegawai Pelajaran Daerah Tampin
------------------------------------------------------------------------------
Aturcara Majlis
7.30 am: Murid dan guru berhimpun di tapak perhimpunan
:Nyanyian lagu Negaraku
:Bacaan doa oleh Ustaz Safri b Jamaludin
:Persembahan Puisi kemerdekaan
:Penyerahan Jalur Gemilang kepada ketua-ketua kelas
:Ucapan pengerusi pelancaran bulan patriotisme
:Ucapan dan perasmian pelancaran bulan patriotisme oleh PPD Tampin
:Bacaan rukun negara & laungan merdeka (7x)
:Nyanyian lagu-lagu patriotik
:Majlis bersurai
:PPD Tn Hj Mad Aris bin Aziz menandatangi "plak" logo 1 Malaysia
7.30 am: Murid dan guru berhimpun di tapak perhimpunan
:Nyanyian lagu Negaraku
:Bacaan doa oleh Ustaz Safri b Jamaludin
:Persembahan Puisi kemerdekaan
:Penyerahan Jalur Gemilang kepada ketua-ketua kelas
:Ucapan pengerusi pelancaran bulan patriotisme
:Ucapan dan perasmian pelancaran bulan patriotisme oleh PPD Tampin
:Bacaan rukun negara & laungan merdeka (7x)
:Nyanyian lagu-lagu patriotik
:Majlis bersurai
:PPD Tn Hj Mad Aris bin Aziz menandatangi "plak" logo 1 Malaysia
Selasa, 3 Ogos 2010
Isnin, 2 Ogos 2010
47. Projek 1 Malaysia SMKTI - Graffiti 1 Malaysia
Graffiti bertemakan 1 Malaysia. di SMK Taman Indah, Tampin, Negeri Sembilan, Malaysia. Potret wajah 3 Perdana Menteri Malaysia. Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.
Rabu, 28 Julai 2010
46. Bengkel Pemantapan Pengurusan HEM
______________________________________________
BENGKEL PEMANTAPAN PENGURUSAN HEM
PROGRAM BERSAMA UNIT HEM JPNS
DENGAN MAJLIS PERMUAFAKATAN PK HEM
SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH NEGERI SEMBILAN
__________________________________________________
Tarikh: 27 Julai 2010
Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Putera SM Sains Seremban
____________________________
Objektif Program ialah GPKHEM jelas tentang:
1.Prosedur sesuatu tindakan yang diambil
2.Memahami punca kuasa sesuatu prosedur tindakan
3.Dapat membuat perancangan pencegahan terhadap kemungkinan salah laku.
4.Cara bertindak yang profesional dalam menangani isu/kes.
Jumaat, 23 Julai 2010
45. Kem Motivasi Pelajar Tingkatan 3
Pada 20hb Julai hingga 21 Julai 2010 telah diadakan Kem Motivasi Pelajar Tingkatan 3 bertempat di Pusat Kokurikulum Daerah Alor Gajah, Melaka. Kem ini telah dihadiri oleh 92 orang pelajar Tingkatan 3 sekolah SMKTI. Antara objektif Kem Motivasi ini ialah:
(1). Meningkatkan keyakinan diri pelajar dan membentuk peribadi yang mulia.
(2).Mewujudkan daya saing dan motivasi yang tinggi dalam diri pelajar
(3). Memupuk semangat kerjasama dan setia kawan .
(4).Melatih pelajar meningkatkan pengurusan diri dan masa.
Isnin, 19 Julai 2010
Ahad, 18 Julai 2010
Isnin, 12 Julai 2010
42. Pameran Bas Bergerak AADK
12hb Julai 2010(Isnin)-AADK Daerah Tampin dengan kerjasama KDN Malaysia telah megadakan Pameran Bergerak di sekolah ini, Yang menarik ialah pameran bergerak ini adalah yang julung kalinya diadakan di sekolah ini dan pertama di Daerah Tampin pada tahun ini. Kedatangan bas ini telah menarik perhatian warga sekolah SMKTI. Semoga program seperti ini diperluaskan ke sekolah-sekolah lain.
Khamis, 8 Julai 2010
41. Program Perjumpaan 3 Penjuru 2010
Objektif:
1.Ibu bapa/penjaga berpeluang berkenalan dengan guru-guru yang mengajar anak mereka.
2.Ibu bapa/penjaga dapat berbincang tentang prestasi akademik anak-anak.
3.Ibu bapa/penjaga dapat mengetahui sahsiah anak-anak semasa di sekolah.
4.Guru-guru dapat memohon kerjasama ibu bapa bagi meningkatkan prestasi murid-murid dan segi akademik dan sahsiah.
5.Dapat mengeratkan silaturahim antara ibu bapa dan guru-guru.
Aturcara Program:
2.00 ptg - 2.15 ptg: Ketibaan ibu bapa/penjaga
2.15 ptg - 2.30 ptg:Ucapan Tuan Pengetua
2.30 ptg - 5.00 ptg:Perjumpaan
2.00 ptg - 5.00 ptg:Tayangan Power Point ( Aktiviti dan Pencapaian SMKTI)
Khamis, 1 Julai 2010
40. Program Minggu 3K SMKTI 2010
PROGRAM MINGGU 3K SMKTI 2010
---------------------------------------------------------------------
TARIKH: 28HB JUN HINGGA 3 JULAI 2010
TEMPAT: SMK TAMAN INDAH
PELANCARAN OLEH:
PUAN SOON LOI THAI
(PENGETUA SMK TAMAN INDAH)
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
28hb Jun 2010-SMKTI telah mengadakan Program Minggu 3K mulai 28hb Jun hingga 3 hb Julai 2010 peringkat sekolah. Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Pengetua SMK Taman Indah pada 28hb Julai 2010(Isnin) jam 7.30 pagi. Selepas pelancaran , program ini diteruskan dengan ceramah oleh En. Norsham b Mohd Safian dari Agensi Anti-Dadah Kebangsaan Daerah Tampin selama 30 minit. Di bawah ini dinyatakan Tentatif Program Minggu 3K SMKTI.
| TENTATIF PROGRAM MINGGU 3K SMKTI 2010 | ||||
|---|---|---|---|---|
Hari
|
Masa
|
Acara
|
Sasaran
|
Lokasi
|
Isnin
( 28Jun )
|
7.30 am-8.30 am
|
-Ceramah Anti Dadah
|
Semua pelajar
|
Tapak Perhimpunan
|
Selasa
(29 Jun )
|
7.20 am-7.40 am
|
Semua pelajar
|
Tapak Perhimpunan
| |
Rabu
(30 Jun )
|
8.00 am-5.00 am
| -Pameran Kesihatan dan Anti Merokok
-Pertandingan Melukis bertemakan kehidupan sihat
-Pameran Anti Dadah
-Gotong Royong (Tanam pokok,membersihkan kawasan sekolah, bilik-bilik khas) -Kitar semula |
Semua pelajar
|
Kantin
Kantin
Kantin
|
Khamis
( 1 Julai)
|
7.40 am-2.40 pm
|
Semua Pelajar
| ||
Jumaat
(2 Julai)
|
7.20 am-7.50 am
3.00pm-4.30pm | -Pertandingan Memasak Menu Sihat |
Semua warga sekolah
|
Tapak Perhimpunan
Bilik ERT |
Rabu, 30 Jun 2010
Ahad, 20 Jun 2010
37. Skop Perkhidmatan Kawalan Keselamatan dan Kebersihan Kawasan
Berikut adalah skop perkhidmatan kawalan keselamatan dan perkhidmatan kebersihan kawasan untuk rujukan pihak sekolah, kontraktor dan Pejabat Pelajaran Daerah:
(i).Muat turun skop perkhidmatan kawalan keselamatan.
(ii).Muat turun skop perkhidmatan kebersihan kawasan.
(i).Muat turun skop perkhidmatan kawalan keselamatan.
(ii).Muat turun skop perkhidmatan kebersihan kawasan.
Jumaat, 4 Jun 2010
36. 3K(Kesihatan Mental & Rohani)- Kursus Program Penghayatan Al Quran













Jumaat, 3hb Jun 2010-Seramai 38 orang pelajar SMKTI telah menghadiri Program Penghayatan Al-Quran anjuran Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Inst. Tahfiz Al-Quran, Gemencheh. Program ini berjalan selama 2hari satu malam iaitu bermula dari 3hb Jun hingga 4hb Jun 2010. Sambutan sangat menggalakkan dari kalangan pelajar.Tahniah diucapkan kepada Panitia Pendidikan Islam kerana berjaya menganjurkan program ini. Dan diucapkan ribuan terimakasih kepada fasilitator-fasilitator Inst. Tahfiz Al-Quran, Gemencheh atas kerjasama yang diberikan. Semoga program ini diteruskan untuk masa-masa akan datang. Dan terimakasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.



















































