Isnin, 23 Jun 2014

219. Program Bersama Komuniti dan NGO

 Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini yang julung kali diadakan di SMK Taman Indah.

Rabu, 18 Jun 2014

218. Program Bersama JKKT Taman Indah dan PIBG SMK TI

Jutaan terima kasih diucapkan kepada PIBG SMK Taman Indah atas penganjuran Program Keibubapaan yang diadakan di Dewan Serbaguna Taman Indah. Tidak ketinggalan juga jutaan terima kasih kepada En. Mohd Sabri b Jamaludin, Perunding Latihan dan Motivasi Najiheen Training & Consultancy atas kesudian menyampaikan ceramah dalam program tersebut.

217. Program Bersama Tabung Haji


Rabu, 14 Mei 2014


Isnin, 28 April 2014

215. Majlis Pelancaran Minggu Sains & Matematik dan Majlis Penyerahan Buku Sarana

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tn. Hj. Hashim b Sulaiman , YDP PIBG SMK TI, kerana telah menyempurnakan Majlis Perasmian Minggu Sains & Matematik dan Majlis Penyerahan Buku Sarana Ibubapa.

Jumaat, 18 April 2014

214. Program Unit Hal Ehwal Murid SMK TI dari Januari hingga April 2014

Ahad, 6 April 2014

213. Penambaikanbaikan PBS & Perincian PT3 yang bermula 1 April 2014

Sila klik di bawah dan sign-in dengan akaun google anda. Gunakan password email anda . Jika belum ada akaun, buka akaun baharu dengan klik logo google di bawah
ATAU
Bahan di atas boleh dimuat turun melalui link di bawah:

Khamis, 20 Mac 2014

211. Tahniah kepada semua calon SPM 2013..

Tahniah dan syabas kepada warga SMK Taman Indah di atas peningkatan keputusan SPM 2013..Syabas dan tahniah juga kepada semua calon SPM 2013 atas kejayaan tersebut..Keputusan SPM 2013 merupakan keputusan terbaik dalam tempoh sepuluh tahun.
Senarai Nama Cemerlang SPM 2013:
1. Yap Li Jun - 9A 1B
2.Foo Chin Ying -8A 2B
3. Low Chia Sean - 8A
4. Abilashini - 7A
5. Chan Jun Xian - 7A
6. Goh Yen Sin-6A
7. Nurul Aini bt Jamal - 6A
8. Yap Qiau Jun-6A
9. Bakavathy -5A
10. Cheon Woan Shin-5A
11.Ngo Tek Horng-5A

Rabu, 19 Mac 2014

210.Program Bersama Jabatan Pertahanan Awam Daerah Tampin.

209. Program Bersama Klinik Kesihatan Tampin : Pemeriksaan Kesihatan


208. Pemberitahuan: Mesyuarat Agong PIBG dan Hari Penetapan Target 2014

Pihak sekolah merakamkan  jutaan penghargaan dan jutaan ucapan terima kasih atas kehadiran Yang Berbahagia Tuan Mohd Isam b Hj. Mohd Isa, selaku ADUN Gemencheh, Encik Nazri b Abd Rahman selaku Baba Angkat SMK Taman Indah dan kesemua ibu bapa yang hadir ke majlis ini. Tidak lupa juga kepada semua warga SMK TI yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Majlis Perasmian Mesyuarat AGONG PIBG 2014..


Ahad, 9 Mac 2014

207.Majlis Perpisahan Pn. Ramlah dan Cik Nur Ain


Majlis Perpisahan Pn. Ramlah bt Md Junus yang berpindah ke SMK Tunku Syed Idrus sebagai GPK KOkurikulum dan Cik Nor Ain bt Abd Kadir  (Juruteknik komputer) bertukar ke SK TBS mulai 7/3/2014..Semoga Pn. Ramlah dan Cik Nor Ain menjalankan tugas dengan cemerlang di sekolah baru. 

Isnin, 24 Februari 2014

2O6.Program Bersama PDRM : Majlis Penyampaian Watikah Pengawas Sekolah Tahun 2014

Program Bersama PDRM : 
Majlis Watikah Perlantikan Pengawas 2014 disempurnakan oleh Cif. Insp. Pn. Pusparani a/p Paliandy merangkap Pegawai Perhubungan Sekolah pada 24/2/2014. 

Rabu, 19 Februari 2014

205. Program Bersama Universiti Tunku Abd. Rahman (UTAR) : Ceramah Motivasi Gemilang 2014

Program bersama Un. Tunku Abdul Rahman (UTAR):
Ceramah Motivasi Gemilang 2014 yang disampaikan oleh En. Jeyaraman a/l Seenivasagam pada 19/2/2014. Pihak SMKTI mengucapkan ribuan terimakasih kepada UTAR atas anjuran program bersama SMKTI ini. Semoga jalinan ini dapat mengeratkan hubungan  di antara sekolah dengan Agensi luar.

Sabtu, 15 Februari 2014

204. Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2014


Pihak sekolah mengucapka ribuan terima kasih kepada penceramah jemputan, Ustazah Nik Nursuha dari SMK Yengku Syed Idrus atas kesudian hadir memberi ceramah kepada warga Islam SMK TI..Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada Panitia Islam atas kejayaan penganjuran majlis tersebut. Terimakasih juga kepada Tn. Hj. Hashim b Sulaiman sebagai YDP, PIBG atas kesudian menyampaikan cenderahati kepada penceramah. Tidak ketinggalan juga kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.....

Rabu, 12 Februari 2014

203. Latihan Kebakaran 2014 kali Pertama

Latihan kebakaran biasanya diadakan dua kali setahun bagi memenuhi peraturan keselamatan  bangunan yang ditetapkan oleh pihak yang berwajib. Oleh itu, pihak Hal   Ehwal Murid SMK Taman Indah bersetuju untuk mengadakan  latihan yang   pertama bagi tahun 2014 pada 12hb Februari 2014 ( Rabu ) jam 10.00 pagi.Matlamat utama latihan kebakaran ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan dan pendedahan  kepada warga sekolah tentang bahaya kebakaran dan cara menyelamatkan diri ketika kebakaran serta pendedahan pencegahan kebakaran.

Isnin, 10 Februari 2014

202. SMK Taman JUARA Merentas Desa Peringkat Daerah TAmpin 2014

Tahniah kepada kontingen SMK Taman Indah kerana JUARA keseluruhan acara Merentas Desa Peringkat Daerah Tampin 2014 yang diadakan pada 29hb Januari 2014 di SMK Bukit Rokan baru-baru ini.

Selasa, 4 Februari 2014

201.Pengarah JPNNS Kini bergelar Dato'...

Seluruh warga SMK TAMAN INDAH, Tampin mengucapkan tahniah kepada
YBhg. DATO' HAJAH KALSOM BINTI KHALID
Pengarah  Pendidikan Negeri Sembilan
atas pengurniaan
DARJAH SETIA BAKTI NEGERI SEMBILAN (DBNS)
yang melayakkannya bergelar Dato'
sempena ulang tahun keputeraan yang ke-66
D.Y.M.M Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Isnin, 27 Januari 2014

200. Program Bersama Majlis Agama Islam NS: Program Kelompok Pemantapan Jati Diri

Pengenalan.
Program ini anjuran PK MAINS Cawangan Tampin dengan kerjasama SMK Taman Indah yang berbentuk ceramah, LDK dan sesi individu. Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar untuk melakukan perubahan dan tingkah laku bagi membangunkan potensi diri secara menyeluruh.
TENTATIF PROGRAM
SESI
TARIKH
MASA
PROGRAM
TEMPAT
1
27hb Jan 2014
8.00 am
Minum pagi
SMK Taman Indah
8.30 am
Ice Breaking
9.00 am
LDK 1
10.30 am
Minum pagi
11.00 am
LDK 2
12.30 tgh
Makan tengahari
2
6hb Feb. 2014
8.30 am
Sarapan pagi
Dewan Majlis Baitumal Tampin
9.00 am
LDK 3
10.30 am
Minum pagi
11.00 am
LDK 4
12.30 tgh
Makan tengahari
3
20hb Feb. 2014
8.30 am
Sarapan pagi
Dewan Majlis Baitumal Tampin
9.00 am
LDK 3
10.30 am
Minum pagi
11.00 am
LDK 4
12.30 tgh
Makan tengahari
4
6hb Mac 2014
8.30 am
Sarapan pagi
SMK Taman Indah
9.00 am
LDK 3
10.30 am
Minum pagi
11.00 am
LDK 4
12.00 tgh
Penutup
12.30thg
Makan tengahari

Jumaat, 24 Januari 2014

199. Penyebarluas I-Think : 8 Peta Pemikiran

Selasa, 21 Januari 2014

197.Majlis Pelancaran Sarana PIBG SMK Taman Indah dan Penyerahan Bantuan RM100 Tahun 2014..

Pihak SMK Taman Indah mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Tn Mohd Isam b Hj. Mohd Isa, ADUN Gemencheh, atas kesudiannya menyempurnakan majlis tersebut. Tidak ketinggalan juga diucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga SMKTI yang menjayakan program ini serta ibu bapa / penjaga yang hadir. Semoga jalinan ini bertambah erat antara pihak sekolah dengan waris-waris pelajar SMK TI...Terima kasih semua. SMK TI berasa bertuah buat pertama kalinya Dewan Terbuka SMK TI digunakan untuk tujuan program yang penuh bermakna ini...
[Untuk melihat foto-foto program ini bolehlah mengakses link FB SMK TI ]

Jumaat, 17 Januari 2014

197.Sarana PIBG: Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan 1Malaysia 2014


Ahad, 12 Januari 2014

196. Motivasi Diri : Cerita Kepompong

CERITA KEPOMPONG....
Pada suatu hari, terdapat seorang pemuda memerhatikan satu kepompong di sebatang dahan pokok yang mengandungi seekor beluncas yang mengalami proses untuk bertukar menjadi seekor rama-rama yang beraneka warna. Proses ini mengambil masa begitu lama sehingga pemuda tersebut berasa terseksa memerhatikan kepayahan rama-rama yang berusaha untuk keluar dari kepompong tersebut. Disebabkan perasaan prihatin dan kasihan, pemuda tersebut dengan niat yang baik ingin menolong rama-rama tersebut. Pemuda itu mengambil sebilah gunting lalu mengunting selaput nipis kepompong tersebut supaya dapat membantu rama-rama itu keluar dari kepompongnya dengan lebih mudah.

Selepas digunting, ternyata rama-rama tersebut keluar dengan mudah. Dengan hati yang gembira, pemuda tersebut memerhatikan rama-rama itu dengan harapan ia akan mengembangkan sayapnya pada bila-bila masa dan akan terbang dengan bebas. Namun, kenyataannya rama-rama itu berada dalam yang lemah dengan sayapnya terencat sehingga sayapnya tidak dapat dikembangkan langsung. Rama-rama tersebut terpaksa hidup dalam keadaan cacat dan akhirnya ia mati.

Moral cerita ini:


1.Sememangnya pemuda tersebut berniat baik kerana ingin menolong rama-rama itu dan berpendapat bahawa rama-rama itu telah cuba sedaya upaya untuk keluar tetapi mengalami kerumitan. Maka untuk memudahkan proses tersebut pemuda itu menolongnya tetapi akhirnya dia telah membunuh rama-rama yang sepatutnya terbang dengan bebas.

2.Sebenarnya Allah s.w.t. telah mengaturkan proses secara semulajadi untuk rama-rama tersebut. Dalam kepompong tersebut, rama-rama itu akan mendesak bendalir-bendalir dalam badannya mengalir ke seluruh badan terutamanya di dalam saluran-saluran halus yang ada pada sayapnya. Proses ini memerlukan tekanan dan dinding dalam kepompong itulah sebagai sumber tekanannya. Apbila selesai proses tersebut, rama-rama ini akan menjadi cukup kuat untuk mengoyakkan kepompong tersebut dan lantas keluar sebagai seekor  rama-rama yang cantik.
3.Kisah ini boleh diibaratkan seperti kehidupan kita . Setiap kesusahan , masalah dan dugaan adalah batu loncatan untuk menjadikan kita lebih cekap, matang, sempurna dan lebih bersedia untuk menghadapi kehidupan yang akan datang. Namun, jika kita cuba untuk mengelak atau mencari jalan pintas , sudah pasti ia tidak akan menolong kita malah membinasakan diri kita.
Oleh itu, kita harus bersemangat dan bersabar dalam menghadapi segala ujian daripada Allah s.w.t. dan insya Allah ia akan meninggikan lagi darjat kita serta memberi keuntungan dalam kehidupan di dunia dan di akhirat seperti dalam surah Al-Imran ayat 139 yang bermaksud:


"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.."


Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud:


"Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkan kesabaranmu dan tetaplah bersiaga di perbatasan negerimu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.."


(Sumber dari buku : "Aku Cinta Masalah" tulisan Mohad Daniel Lim b Abdullah..)


Selasa, 26 November 2013

192. Sarana Ibu Bapa 2014 : Pendaftaran Murid Tingkatan 1 _ 2014

Pada 26hb November 2013 telah diadakan Program Pendaftaran Murid Pelajar Tingkatan Satu dan Peralihan 2014. Program ini diadakan di Bilik Gerakan SMK Taman Indah pada jam 8.30 am hingga 1.00pm. Dianggarkan 70 peratus murid telah mendaftar pada hari tersebut. Terima kasih kepada rakan guru dan staf sokongan yang memberi kerja sama pada hari pendaftaran tersebut.

Isnin, 18 November 2013

191. Rencana Pilihan: Menjana Kecemerlangan Sekolah

"Permuafakatan Ibu bapa , Guru dan PIBG faktor penting dalam proses pendidikan..."
(oleh : Abd. Manaf Mat, SK Senderut, Kuala Lipis, Pahang)
TANGGUNGJAWAB mendidik anak-anak adalah tanggungjawab bersama antara ibu bapa, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan guru-guru di sekolah.
Ibu bapa tidak seharusnya menganggap pendidikan hanya berlaku di sekolah semata-mata tanpa penglibatan ibu bapa di rumah.
Harus juga diingatkan bahawa pendidikan anak-anak bermula sejak di dalam kandungan ibu lagi dan bukannya bermula pada hari pertama anak-anak menjejakkan kaki ke sekolah sama ada memasuki tadika, tabika ataupun prasekolah.
Oleh itu, ibu bapa tidak seharusnya terlalu sibuk dengan kerjaya atau membuat kerja tambahan sehingga menjejaskan pendidikan ana-anak.
Paling utama, usah serahkan bulat-bulat anak-anak kepada pembantu rumah atau orang gaji untuk menjaga mereka.
Sekiranya tidak dikawal dan dipantau dengan yeliti, dikhuatiri anak-anak akan mengikut acuan yang diberikan oelh pembantu rumah tersebut.Anak-anak amat memerlukan kasih-sayang sepenuhnya daripada ibu bapa mereka.
Apabila anak-anak tidak mendapat kasih sayang sepatutnya maka akan berlaku 'vakum kasih-sayang' dan kekosongan tersebut akan diisi dengan pelbagai aktiviti seperti ketagihan Internet, merokok, merempit, melepak di tempat awam, penyalahgunaan dadah, dan pelbagai salah laku lain.
Tingkah laku sedemikian perlu segera  ditangani oleh ibu bapa kerana sekiranya dibiarkan akan menjejaskan prestasi pelajaran mereka di sekolah.
Walau bagaimanapun, sekiranya anak-anak yang dihantar ke sekolah mempunyai kasih sayang yang secukupnya diberikan oelh ibu bapa, sudah pasti guru-guru dapat menjalankan peranan dan tanggungjawab mereka dengan cemerlang.
Guru-guru tidak pening kepala untuk menyelesaikan masalah disiplin para pelajar justeru dapat menjalakan pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna.
Kepercayaan ibu bapa kepada pihak sekolah wajar dibalas oleh warga guru dengan memberikan pengetahuan secukupnya bagi membentuk generasi masa depan yang cemerlang.
Ibu bapa pula perlu mempunyai kepercayaan dan keyakinan sepenuhnya kepada pihak guru . Sebarang konflik dan prasangka yang wujud perlu segera ditangani dengan bantuan PIBG.
Komunikasi dan dialog permuafakatan perlu diadakan segera apabila berlaku sebarang konflik kerana sekiranya dibiarkan akan menyebabkan prestasi sekolah berkenaan akan menurun.
Pada masa yang sama, sebarang konflik tidak perlu digembar-gemburkan di media massa yang secara tidak langsung akan menjatuhkan imej guru.
Pemuafakatan, penglibatan dan saling mempercayai antara ibu bapa, guru dan PIBG adalah sangat penting dalam proses pendidikan.
Kesedaran ibu bapa tentang kesukaran para guru mendidik anak-anak mereka untuk menjadi insan cemerlang dari aspek emosi, rohani dan intelek akan mewujudkan suasana harmoni.
Para guru akan melihat pelajar sebagai anak sendiri yang perlu ditatang sepenuhnya di samping akan mengenakan sedikit denda mengikut peraturan yang ditetapkan jika mereka melakukan kesalahan.
Namun, ibu bapa di rumah jangan cepat naik angin sekiranya anak-anak mereka didenda.Sesungguhnya jika persefahaman terjalin antara ibu bapa, guru dan PIBG, pasti kecemerlangan sekolah akan tercapai.
(Rujukan: Utusan Malaysia bertarikh 18.11.2013, muka surat 25)

Rabu, 6 November 2013

190. Buku Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid 2014

Jumaat, 1 November 2013

189. Jamuan Akhir Tahun Badan Pengawas dan Majlis Perpisahan Pengawas Tingkatan 5

Jamuan Akhir Badan Pengawas dan Perpisahan Pengawas Tingkatan 5 pada 31hb Oktober 2013 di Bilik Gerakan SMK Taman Indah, jam 2.15 petang...Syabas dan terimakasih kepada semua pengawas SMK Taman Indah yang banyak menolong pihak sekolah dalam membantu mengawal disipilin murid SMK TI. Bagi pengawas tingkatan 5 , selamat menduduki SPM ..Semoga berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan yang bakal diadakan pada 6/11/2013 nanti..

Rabu, 30 Oktober 2013

188.Semakan ID YES Frog VLE Murid SMK Taman Indah

SEMAKAN  ID YES FROG VLE MURID SMK TAMAN INDAH
Sila taipkan No. Kad Pengenalan pada berwarna kuning seperti mana yang ditunjukkan dalam ruang ( Contoh: '111122223333 ) untuk mendapatkan ID YES dan Password Frog VLE anda.
UNTUK LOGIN KE FROG VLE: Sila klik Gambar dibawah

Ahad, 27 Oktober 2013

187. Takwim 2014

Nota: Sila rujuk Cuti Peristiwa, Cuti Ganti dan Sekolah Ganti 2014.

Jumaat, 18 Oktober 2013

Ahad, 13 Oktober 2013

182. Sarana Sekolah dan PIBG

Bahan - bahan untuk Sarana Sekolah dan PIBG boleh diakses melalui link di bawah ini:
Sarana Sekolah dan PIBG