Sabtu, 11 Oktober 2014

236. Tahniahh !!! Sejarah Tercipta Lagi... "WIRA TIMSS SMK TAMAN INDAH 2015"

"TIMSS adalah singkatan kepada Trends in International Mathematics and Science Study TIMSS diadakan bagi mengkaji penguasaan pelajar antarabangsa dalam subjek Matematik dan Sains sahaja. Dan juga TIMSS dilaksanakan 4 tahun sekali. Pada tahun ini pelajar Tingkatan dua dari sekolah SMK Taman Indah telah terpilih untuk mewakili Negara dalam pelaksanaan untuk mengkaji penguasaan pelajar antarabangsa dalam subjek Matematik dan Sains.
Bagi mencapai tahap penguasaan yang dikehendaki , pelajar-pelajar tingkatan dua telah diberikan latihtubi soalan-soalan yang telah dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran. Guru mata pelajaran Sains dan Matematik telah menyampaikan pengajaran dengan menggunakan audio dan video kepada pelajar untuk memudahkan pelajar memahami tajuk-tajuk yang yang akan diuji. Soalan-soalan yang diuji dalam ujian TIMSS ini merupakan soalan yang bearasaskan KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ).Dimaklumkan bahawa pelajar Tingkatan 2 Bersih dan 2 Cekap telah terpilih untuk mewakili sekolah SMK Taman Indah untuk menduduki ujian TIMSS yang akan dilaksanakan pada bulan 28 Oktober  2014.
" Pelajar dari dua kelas yang telah terpilih telah di beri gelaran sebagai ‘WIRA TIMSS’...

Sabtu, 4 Oktober 2014

235. Lawatan Mesra Dato' Pengarah JPNS , Dato' Hjh Kalsom binti Khalid

Kunjungan mesra Dato' Pengarah JPNS, Dato' Hhj Kalsom binti Khalid, ke SMK Taman Indah pada 2/10/2014. Terima kasih Dato' atas kunjungan tersebut. Semoga kehadiran Dato' memberi motivasi kepada kami semua untuk menjalankan tugas kami di bumi bertuah ini. Terima kasih atas kata-kata nasihat dan motivasi yang diberikan kepada anak-anak didik SMK TI..Tq, Dato' ..