Ahad, 31 Ogos 2014

232. SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN KE 57

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN KE 57. SEMOGA NEGARA BANGSA MALAYSIA YANG TERBINA PADA 31 OGOS 1957 DAPAT TERUS DIWARISI OLEH GENERASI AKAN DATANG...KITA ADALAH PEWARIS BANGSA..MERDEKA!!! MERDEKA !!! MERDEKA !!

Ahad, 24 Ogos 2014

231. Program Ramah Mesra Merdeka Raya 2014 Peringkat Sekolah SMK Taman Indah...

Pada 23/8/2014, jam 10.30 pagi , SMK TI telah menganjurkan Program Ramah Mesra Merdeka Raya 2014 Peringkat Sekolah. Sambutan ini merupakan acara tahunan di SMKTI selain daripada aktiviti-aktiviti lain. Adanya anjuran program ini, ianya sedikit sebanyak dapat merelisasikan aspirasi negara yang termaktub dalam PPPM 2013-2025 iaitu membentuk warganegara Malaysia yang mempunyai nilia-nilai murni yang tinggi dan saling hormat menghormati di antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama. Selain dari itu, program ini diharapkan dapat merapatkan silaraturrahim di antara semua warga SMK Taman Indah. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Jawatan Kerja Jamuan Merdeka Ria 2014..
Sila layari FB SMK Taman Indah untuk melihat foto-foto yang menarik :

230. Program Gotong Royong Membakar Lemang dan Memasak Rendang 2014 Peringkat SMK TI...

Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya pada 22/8/2014 dari jam 3.00 pm hingga 9.00 pm. Diharapkan dengan mengadakan program seperti ini ianya dapat merapatkan lagi silaturahim di antara semua warga sekolah samada guru , staf sokongan , pekerja swasta , pengawal keselamatan serta murid-murid sekolah. Program ini sedikit sebanyak merealisasikan aspirasi negara yang terkandung dalam PPPM 2013-2025 melahirkan warganegara yang mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Jawatan Kerja Lemang dan Rendang 2014..
Sila layari FB SMK Taman Indah untuk melihat foto-foto yang menarik :

229. Program Ceria Merdeka 2014 Peringkat Sekolah SMK TI..

Salah satu resipi kejayaan murid ialah keceriaan sekolah. Dengan persekitaran yang bersih dan ceria, dapat menarik minat murid hadir ke sekolah seterusnya berasa seronok untuk belajar. Atas maksud tersebut, sempena bulan merdeka 2014 SMK Taman Indah telah melancarkan Program Ceria Merdeka 2014 di mana semua  kelas menceriakan kelas masing-masing dengan bantuan guru kelas. Program ini telah dilancarkan pada 18/8/2014..Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid serta guru kelas atas kerja sama yang diberikan bagi menjayakan program ini..
Sila layari FB SMK Taman Indah untuk melihat foto-foto yang menarik :

228. Program Bersama Polis DiRaja Malaysia


Selasa, 19 Ogos 2014

Khamis, 14 Ogos 2014

226.SMK Taman Indah...Di sini Lahirnya Sebuah Cinta

SMK Taman Indah Bumi Bertuah.....